Matanya dipejam rapat, fikirannya melayang-layang seperti masa yang berlalu setiap detik dan ketika. Amelia menarik dan melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Suatu wajah sejak akhir ini tidak pernah meninggalkannya. Wajah Rayyan sedang tersenyum, gelak bagai digam dingatannya. Mungkinkah dia jatuh cinta? Tapi.. mustahil dia hanya mengenali Rayyan untuk beberapa bulan. Cinta tak berlaku sekejap ini kan? Amelia tersenyum. Dia masih teringat lagi ketika dia pertama berjumpa dengan Rayyan. Dia terpana dengan wajah Rayyan kerana dia terlalu kacak. Dan dia masih lagi ingat bagaimana dia tidak boleh henti daripada memanggil Rayyan, Encik. Mungkin.. tidak mustahil untuk jatuh cinta dalam masa singkat?
" Amelia Katrina binti Hamid Aziz! " suara itu mematikan lamunan Amelia.
Ratna Ayu bercekak pingang dihadapan Amelia. Asyik termenung je dari tadi dipanggil tidak menyahut! Apa dah jadi pun Ratna tak tahu. Amelia yang masih lagi dengan muka blurnya dipandang serius. Entah.. entah.. Pap! Ratna menepuk tangannya.
" Kau jatuh cinta eh! " soal Ratna lebih kepada menyatakan pendapatnya.
Amelia mengangkat kening.
" Ma.. mana ada.. " Amelia cuba untuk selindung perkara sebenar.
Ratna memandang Amelia dengan wajah sangsi.
" Kau ni tak payah selindung dengan aku lah weh, Aku ni kerja peguam tahu? Muka orang tipu semua aku tahu. " ujar Ratna sedikit riak.
Amelia memutarkan bola matanya.
" Yela, yela. Cuma aku tak pasti lagi lah aku suka dia ke tak. Cuma mungkin aku minat je lah kot. " jujur Amelia.
Memang betul pun dia tidak tahu jika dia suka ataupun main-main sahaja.
Ratna tersenyum lebar.
" Rayyan eh? " tekaan Ratna kena tepat pada sasaran. Melihat wajah Amelia segan membuatkan Ratna tersengih.
Dari kali pertama Ratna melihat Amelia dan Rayyan dia tahu mereka menpunyai keserasian.
" Kau nak aku tolong? " Soalan Ratna meninggalkan kerutan di dahi Amelia.
" Kau nak buat apa? " Amelia terus membayangkan perkara perkara yang mungkin akan terjadi. Ratna mengeleng kepala.
" Aku takkan buat kerja gila punya lah. Aduh kau ni. Aku bagi plan je, kau yang buat sendiri.. okay? "
Amelia sudah semakin pelik.
" Apa plan kau? "
Ratna tersenyum dengan penuh makna.
*****
" Plan pertama! Tegur dia. "
kata-kata Ratna tergiang di fikiran Amelia bagai mengingatkan Amelia.' Okay, okay aku tegur! ' omel Amelia dalam hati.
Amelia melangkah ke arah Rayyan yang duduk di hadapan meja sedang berbual dengan beberapa pekerja lain.
" Selamat pagi! " ujar Amelia.
Rayyan senyum. Dengan pantas Amelia memaling ke arah tempat lain.
" Tapi ingat jangan bagi dia balas, Dia nak balas terus pergi dari situ. " sekali lagi peringatan Ratna tergiang di fikiran.
Amelia terus bergerak dari situ. Dia menuju ke mejanya tanpa memandang sedikit pun ke belakang.
' Macam mana benda ni boleh membantu aku rapat dengan Rayyan? '
Amelia termenung sendiri. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Dh buat plan prtma?
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...