eмpaт ρυℓυн ѕαтυ

7.3K 318 24
                                    

Setelah Mikhail membetulkan tie nya, dia mengayakan rambutnya dengan gaya pompadour. Tangannya menyapu gel pada rambutnya. Telefonnya berbunyi. Dia memerhatikan screen telefonnya.

Sayang

Dia mencapai telefonnya. Senyuman terukir dibibir.

" Hello? Hm ya mel? "

" Mik..mikhail tolong ambil saya cepat. "

Mikhail mengerutkan dahinya.

" Hm? Kenapa ni? What happen? " soal Mikhail pelik.

" Saya takut duduk rumah seorang- seorang... " kata Amelia.

Mikhail tergelak kecil.

" Ingat kan apa lah. Okay nanti saya ambil. "

" Cepat! " kata Amelia.

Mikhail selesai mengayakan rambutnya dia terus mencapai dompet dan telefonnya. Dia menuruni tangga. Orang ramai di sekitar rumahnya. Dia memberikan senyuman pada saudara-maranya. Walaupun mereka sebenarnya tidak terlalu rapat.

Bila dia merapati pintu tiba-tiba dia dihentikan sepupunya, Eryn.

" Hey! " gadis itu dengan manja menyapa.

Mikhail mengeluh didalam hatinya. Dia hanya memberikan senyuman pada gadis yang tidak cukup kain itu. Dengan gown merah menunjukkan lurah dadanya. Mikhail tahu gadis itu bukannya jenis seperti ini.

" Ya Eryn, ada apa saya boleh tolong? "

Eryn merapatkan tangan Mikhail padanya.

" Teman Eryn jalan-jalan? " pinta Eryn, gadis itu sempat lagi mencuri pandang sekitarnya bagai mahu mencari seseorang.

Mikhail mengeluh kali ini dia tidak cuba menyorokkan rasa penatnya.

" Eryn mungkin Eryn patut jujur je apa yang Eryn nak. Bukan masa kecil dulu Eryn benci Mika ke? " soal Mikhail.

Eryn menjeling malas. Mikhail sebenarnya tahu Eryn itu sebenarnya tidak berminat pun dengannya. Dia sebenarnya mahukan perhatian....

" Tuan Mikhail, maafkan Cik Eryn kerana menganggu. Saya harap Tuan Mikhail tak rasa terbeban. "

Lelaki yang memakai baju butler itu menundukkan kepalanya kepada Mikhail.

" Tak Aidil, tak apa.. Saya pergi dulu. Saya nak pergi ambil tunang saya "

Lelaki bernama Aidil itu bangun dari menunduk dan memberikan senyuman kepada Mikhail. Mata lelaki itu tidak menunjukkan sebarang emosi.

" Hati-hati dalam perjalanan Tuan Mikhail. " kata lelaki itu.

Mikhail menganggukkan kepala lalu beredar. Mula-mula ganguan sepupu yang jatuh cinta dengan butler sendiri. Lepas ni apa lagi agaknya dugaannya. Mikhail mengeluh. Jadi orang kaya bukannya sesenang yang disangka ramai.

********

Mikhail berhenti dihadapan rumah Amelia. Dia memaling ke arah gadis yang memakai baju dress long sleeve labuh berwarna biru dipadankan tudung. Dia melambai dan mengenyit mata pada gadis itu.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now