Adrian memerhatikan isterinya yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya.
" Okay ke hantar mesej macam tu je? " soal Adrian.
Rienna mengalihkan pandangan pada suaminya.
" Maksud Adrian? "
Rienna memandang suaminya dengan naif membuatkan suaminya menguntum senyuman.
" Maksud Adrian tak apa ke kita tak cakap kita nampak lelaki macam Rayyan tu dengan Amelia.. "
Dia teringat Rienna diam. Dia sendiri tidak pasti tapi.. Mungkin itu jalan yang terbaik.
" Rienna kenal Mikhail, walaupun dia tak nak Amelia tahu dia akan bagitahu juga yang kita nampak lelaki macam Rayyan tu. Masa tu terpulang pada Amelia kalau dia nak jujur pasal hal tu ataupun sorok perkara sebenar "
Adrian menganggukkan kepalanya. Dia terus bersandar di riba isterinya.
" Cakap pasal dia orang, bila kita nk cakap pasal kita? " tanya Adrian sambil memandang isterinya.
" Bukan kita hari-hari bercakap pasal kita? Eh dah lah bangun! Berat tahu? "
Adrian bangun dan berpura-pura merajuk. Rienna menjeling malas.
" Gedik! "
Rienna bangun dan membetulkan bajunya.
" Dah lah esok kita ada kenduri kahwin ingat? Tak ada masa nak relaks. "
Adrian memerhatikan isterinya pergi. Dia terus bangun mengikuti jejak isterinya.
*******
Amelia dan Mikhail duduk meja dengan tenang. Namun Amelia tidak boleh memerhatikan muka Mikhail. Dia terasa bersalah sebenarnya. Apa agaknya reaksi Mikhail jika dia kata dia jumpa Rayyan. Jika dia tahu perasaannya pada Rayyan tidak berubah?
Hati Amelia terasa sakit. Sakit dengan diri sendiri. Kenapa dia tidak boleh mengawal perasaan sendiri? Lagipun dia yakin Mikhail mampu membahagiakannya tapi kenapa.. Kenapa hatinya tidak mahu mendengar kata? Dia perlu membuat keputusannya.
Mikhail yang sedari tadi diam akhirnya bersuara.
" Tadi.. Adrian kata dia nampak Rayyan... " kata Mikhail perlahan.
Amelia menelan air liurnya. Adrian adakah dia nampak Amelia dengan Rayyan. Tapi apa yang lebih penting, tahukah Mikhail dia sudah jumpa Rayyan. Dia.. tak mahu sakitkan hati Mikhail. Lelaki itu sentiasa ada dengannya selama dua tahun ni. Amelia mengerutkan dahinya tanpa sedar.
Mikhail memerhatikan gadis itu. Ah mungkin berita tentang Rayyan sukar diterima.
" Saya...saya " Amelia jadi tidak tahu apa mahu kata.
Dia terbahagi antara dua. Patutkah dia bagi tahu perkara sebenar ataupun... Amelia mengelengkan kepalanya. Dia harus jujur walau apa pun Mikhail akan kata.
" Saya dah jumpa Rayyan tadi. Dia cuma bagitahu kenapa dia pergi dan itu je. Lagipun.. Dia dah ada orang yang dia sayang. "
Amelia memandang ke tempat lain. Dia tidak berani memandang Mikhail.
" Amelia.. " perlahan suara Mikhail memanggilnya.
Amelia masih tidak memandang Mikhail. Apa.. apa yang dia patut buat jika Mikhail marah..
" Amelia, pandang sini.. "
Amelia memandang Mikhail. Wajah lelaki itu tenang, tiada sebarang tanda lelaki itu marah.
" Amelia.. Saya percayakan awak. Dua tahun bukannya sekejap Amelia. Kalau awak tak ada perasaan langsung pada saya awak takkan terima saya dari mula kan? Itu apa yang saya percaya. "
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...