Seminggu telah berlalu dan Amelia semakin bosan dengan mesej. Sekali sekala Rayyan dan Amelia bercakap didalam telefon tapi tak ada banyak benda yang dibualkan. Tapi bila berjumpa pasti ada sahaja benda untuk dibual.
Mak Amelia masih belum memberi mesej apa-apa tentang jawapan mak nya. Lebih kurang tiga kali Amelia melawat mak nya tapi mak nya terlalu sibuk dengan bakeri.
Amelia tahu dia perlukan restu mak nya. Dia juga tidak mahu perkahwinan yang tidak direstui. Apa guna cinta semata tapi restu ibubapa tiada?
"Amelia " nama Amelia dipanggil Mikhail.
Amelia bangun dan menuju ke arah Mikhail dan beberapa staff lain yang sedang berbincang dengan serious.
Setelah beberapa minit Mikhail merapati Amelia. Kelihatan risau diraut wajah gadis itu.
" Kenapa macam stress? Ada masalah ke? " soal Mikhail prihatin.
Amelia tersenyum tawar. Memandang wajah Mikhail yang sudah pun tidak lagi pucat seperti di hospital hari itu.
" Tak ada apa lah. Saya cuma erm lapar kot? " kata Amelia.
Mikhail mengeleng kepala lalu tersenyum.
" Nak saya belanja? Ada satu restoran.. Ah mesti Rayyan tak suka awak lunch dengan saya " kata Mikhail perlahan.
Amelia mengangkat bahunya. Dia sendiri tak tahu.
" Mungkin kalau saya tanya di.. " kata-kata Amelia dipotong.
" Amelia... Kalau saya Rayyan, saya tak suka girlfriend saya keluar makan dengan ex tunang dia. Saya tahu awak dah anggap saya macam boss dan kawan balik tapi hakikatnya kita masih ex. " serious sahaja sara Mikhail.
Senyuman Amelia hilang. Sedih rasanya bila menyedari mereka tidak akan boleh kembali seperti biasa. Kembali dimana mereka bertiga hanya kawan sekerja.
Sungguh dia rindu dua tahun lepas. Mungkin kesilapannya bermula ketika dia meluahkan perasaan pada Rayyan. Mungkin jika dia tunggu dan sabar mereka bertiga masih lagi kawan.
Melihat riak wajah Amelia yang sedih Mikhail tersenyum tawar.
" It's okay atleast kita masih boleh jumpa. Even if things can't go back the way it is before you'll still be Amelia Katrina and I'll still be Mikhail Qairul. Okay, cat? " pujuk Mikhail.
Amelia membalas senyuman Mikhail. Terasa sayu pula mendengar Mikhail memanggilnya cat. Lelaki itu terlalu banyak berkorban untuknya. Air mata Amelia terkumpul dimata.
Mikhail tersengih melihat Amelia hampir menangis. Dia menepuk bahu Amelia.
" Dah jangan menangis nanti staff lain ingat saya hancurkan hati awak pula " gurau Mikhail.
Amelia mengetap bibirnya dan terus mencubit Mikhail. Mikhail yang mengaduh sakit membuatkan Amelia tertawa kecil.
*********
Puan Aisah keluar dengan kawan baik lamanya, Khariah. Dia menceritakan tentang Amelia kepada kawannya itu. Entah lah bagi Puan Aisah, dia perlu meluahkannya kepada seseorang.
Puan Khariah menganggukkan kepalamya sambil mendengar cerita Puan Aisah.
" Kalau kau tanya aku, aku akan kata mesti anak kau sayang dengan kau dan boyfriend dia memang serious dengan anak kau. " kata Puan Khariah.
Puan Aisah mengerutkan dahinya.
" Kenapa pula? " soal Puan Aisah.
Puan Khariah tersenyum.
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...