dυa pυℓυн єnaм

7.8K 336 3
                                    

Air mata Amelia makin mengalir deras. Mikhail berhenti melihat Amelia yang masih belum berhenti menangis.

" Amelia... Please stop.. "

Amelia mengeleng laju.

" Amelia... "

" Awak.. Tak faham. Dia rasa macam ha..ti awak kena koy..ak. Nafas awak ter..sekat. Awak takkan faham!! " jerit Amelia.

Dia tak larat sumpah dia tak larat. Dia mengalihkan pandangannya. Dia tidak mahu memandang wajah Mikhail. Sejujurnya dia mahu jumpa Ratna. Dia mahu luahkan semuanya.

' Ratna... Aku kena reject weh... Dia tak sayangkan aku. ' bisik hati Amelia.

Mikhail hanya diam. Dia tahu Amelia terlalu emotional buat masa ni.

" Mikhail... Saya ni buruk sangat ke? Perangai saya ni teruk sangat ke? "

Mikhail memandang Amelia dengan simpati. Kalau boleh dia mahu peluk Amelia kuat-kuat dan kata semuanya akan menjadi okay.

" You're perfect, baby. Too perfect... " bisik Mikhail perlahan.

Amelia mengetap bibirnya.

" Tipu... Awak tipu. Kalau saya sempurna dia tak akan buat saya macam ni. Sa.. saya.. "

Amelia terus memeluk Mikhail kuat. Dia cuma mahukan teman. Beberapa saat kemudian Mikhail membalas pelukannya. Dia mengosok belakang Amelia.

" Amelia... Awak cuma kena reject je. Dalam saat ni mungkin orang hilang suami, anak, ibu dan ayah... " pujuk Mikhail.

Amelia diam dia menunggu Mikhail untuk menyambung.

" Kalau dia tak sayang awak InsyaAllah ada yang akan sayangkan awak.

Tapi buat masa tu, awak kena maaf kan diri awak. Maaf kan diri awak sebab tak jadi apa yang well Rayyan nak.

Mungkin awak bukannya apa yang dia nak tapi awak adalah  segalanya bagi orang yang lain. "

' contohnya saya ' sambung Mikhail di dalam hati.

Amelia melepaskan pelukan Mikhail. Dia mengelap air matanya lalu tersenyum pada Mikhail.

" Terima kasih... "

Mikhail menganggukkan kepala.

" Dah jom lah kita pergi lunch? " ajak Mikhail.

Amelia tertawa kecil lalu menunjuk ke arah jam.

" Tapi lunch tinggal dua puluh minit je. "

Mikhail mengaru kepalanya yang tidak gatal. Naik kereta, order makan tunggu makanan siap semestinya tak sempat.

" Saya boss tak apa, dah jom " Mikhail menarik tangan Amelia.

***********

Mikhail memakir keretanya di hadapan sebuah kafe yang selalu dia singgah. Dia keluar dan segera membuka pintu buat Amelia. Amelia sudah terbiasa dengan Mikhail menjadi 'gentleman '

Mikhail meletakkan tangannya dibelakang Amelia dan mula berjalan mengiringi Amelia masuk ke kafe. Amelia memerhatikan kafe itu tanpa menyedari dirinya diperhati Mikhail. Kafe itu cantik tapi tumpuannya terhenti pada seorang lelaki yang menpunyai aura misteri dan kacak?

Mikhail menjadi pelik dengan Amelia yang bagaikan terpukau. Pandangan teralih pada suatu susuk yang sangat dikenali.

' Kejap, Apa dia... buat kat sini? Bukan dia dekat UK ke? '

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now