Hari yang ditunggu telah tiba! Amelia membetulkan bajunya dihadapan cermin. Hari ini dia mengenakan baju blouse satin berwarna unggu dan seluar slack berwarna hitam. Tudungnya pula ialah selendang berwarna krim dikenakan dengan gaya ala-ala arab.
Penampilannya hari ini kelihatan bergaya namun kemas. Dia perlu menampakkan dirinya bergaya dan professional untuk menaikkan nama Indaman Sdn Berhad. Selekeh ialah perkara yang terakhir dia mahu pada meeting ini.
Ting! Telefonnya serentak bergetar menandakan mesej masuk. Amelia mencapai dan membaca mesejnya.
Hei, Sy kt dpn rumah Amelia.
Amelia mencapai beg tangannya dan keluar dari biliknya. Ratna tiada di rumah kerana dia ada urusan di pejabatnya. Amelia boleh mendengar bunyi enjin kereta Rayyan dari dalam rumah. Dengan segera dia keluar dari rumahnya dan mengunci pintu.
Cermin kereta Rayyan terbuka separuh. Amelia menghadiahkan senyuman pada Rayyan.
" Amelia masuk cepat, kita pergi survey office syarikat tu sebelum meeting mula. "
Amelia masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Rayyan terus memandu keretanya.
Amelia memerhatikan sekelilingnya. Memang tidak dapat di sangkal interior design syarikat Bayu Selatan Sdn Berhad sungguh cantik. Di dinding hallway tersusun lukisan-lukisan yang menawan hati dan sekeliling pejabat menpunyai haruman lavender.
Mata Amelia beralih ke arah Rayyan yang sibuk berbincang dengan lelaki yang membawa mereka mengelilingi syarikat. Rayyan mengenakan baju t-shirt unggu gelap yang tanpa dirancang sepadan dengan blouse Amelia. Bagi menampakkan formal Rayyan melengkapkan pakaian dengan memakai coat berwarna krim dengan seluar berwarna biru tua.
" Baiklah Cik Amelia dan Encik Rayyan, masa meeting sudah hampir dan maaf sebab tak dapat nak habiskan tour ini. Mari saya bawa Encik dan Cik ke bilik mesyuarat. " ujar Khairul , lelaki yang membawa mereka mengelilingi syarikat.
Rayyan mengangguk faham. Rayyan memandang ke arah Amelia memastikan gadis itu tidak sesat ke mana-mana. Amelia pula termenung kosong.
**********
" Maaf kerana lama menunggu, saya Adam Hazmi, Eksekutif pemasaran Bayu Selatan Sdn Berhad. " kata lelaki yang baru memasuki bilik sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Rayyan.
Lelaki itu kelihatan terpana begitu juga dengan Rayyan. Amelia dan Khairul mengerut dahi, tidak faham dengan apa yang berlaku.
" Rayyan.. kau? " soal Adam bagai tidak percaya.
Selama ini merata tempat dia dan isterinya mencarinya, rupa-rupanya hanya di Kuala Lumpur? Lega dihati cepat menyapanya.
" Encik Adam saya rasa buat masa ini kita tumpukan kepada kerja kita, saya Rayyan Haikal eksekutif pemasaran Indaman Sdn Berhad. Tentang peribadi kita boleh bincang habis meeting. " ujar Rayyan dengan professional.
Amelia mengangkat bahu didalam hati. Mungkin mereka kenal? Amelia tidak membuang masa mengenalkan dirinya.
" Saya Amelia Katrina, penolong peribadi Encik Mikhail Qairul. Encik Mikhail tidak dapat hadir atas sebab tertentu jadi dia wakilkan Encik Rayyan. "
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...