Mikhail meneguk air milo yang dibuat Rienna. Sedang dia sibuk memikirkan tentang kerja di pejabatnya, Dato Hussein sudah duduk di meja makan. Rienna menuangkan air teh untuk Dato Hussein.
" Mikhail, macam mana dengan Indaman Sdn Berhad? " soal Dato Hussein serious.
Mikhail tidak menunjukkan sebarang emosi.
" Baik, bulan ni ada tiga project besar yang sedang diusahakan. "
Dato Hussein menganggukkan kepalanya. Dia meletakkan pancake ke dalam pinggannya. Sambil memotong dia bersuara lagi.
" Cawangan baru macam mana? "
Mikhail meneguk lagi airnya sebelum menjawab soalan Dato Hussein.
" Setakat yang mereka bagitahu, okay. Tapi Mika dah hantar Rayyan untuk survey betul-betul keadaan dekat sana. "
Dato Hussein menganggukkan kepalanya.
" Bagus teruskan prestasi ni. Papa tak nak adik beradik papa kata anak papa tak pandai jaga syarikat. Satu-satunya anak papa mesti pandai uruskan syarikat. "
Mikhail berdecit saat mendengar 'satu-satunya'. Rienna betul-betul disebelah Dato Hussein. Takkan dia tak terasa.
" Oh ya sebelum papa terlupa, Mikhail kena cari bakal isteri secepat yang mungkin. Mikhail dah 28, lagipun Mikhail baru je keluar majalah dan terkenal di Malaysia. Kemungkinan perempuan mata duitan untuk rapat dengan Mikhail makin besar. Papa tahu Mikhail pandai pilih perempuan yang sesuai dengan keluarga kita. Dia tak perlu setaraf tapi dia kena pandai bertutur dan berani. Apa yang penting dia bukannya kaki kikis. " pesan Dato Hussein.
" Baiklah papa " balas Mikhail pendek.
Sejujurnya dia malas mahu berkata apa-apa lagi walau dia tahu bahawa Dato Hussein ingin menyampaikan bahawa jangan cari perempuan seperti ibunya. Mikhail menyuapkan roti yang disapu nutella. Usai Dato Hussein makan, dia terus menyapu mulutnya dengan tisu sebelum dia beredar. Mikhail memerhatikan Dato Hussein yang memegang tongkat itu pergi.
Rienna mengangkat pingan dan cawan Dato Hussein dan membawanya pergi ke arah dapur.
Mikhail terfikir agaknya bila Dato Hussein akan tergerak hati untuk memaafkan mamanya kalau tidak pun sekurang-kurangnya dengar dulu penjelasan dia.
Mikhail yakin mamanya pasti ada penjelasan kenapa dia larikan diri dan kenapa pakcik saudara mereka kata mamanya lari dengan lelaki lain. Walaupun tiada bukti kukuh namun Dato Hussein jelas termakan dengan kata-kata mereka.
" Abang? Cepat sikit makan nanti lambat pergi office. " kata Rienna yang mengumpul pingan-pingan.
Mikhail bangun dan terus naik tangga. Ya, orang akan kata dia malas tapi tidak kalau dia bawa pinggan kotornya ke dapur pasti dia akan dimarahi Rienna dengan mengatakan itu tugasnya. Mungkin Rienna memang berkerja suka dengan ikhlas? Mikhail bergeleng kepala. Apa yang pasti dia tidak boleh biarkan Rienna terus berkerja sebagai orang gaji di rumah itu.
Amelia memandu kereta kancilnya. Dia menguap entah sudah beberapa kali dia agaknya menguap. Bukan apa dia terlupa untuk menyalin schedule Mikhail pada minggu hadapan jadi dia terpaksa buat ketika malam. Bila dia siapkan, dia terpaksa tidur pukul tiga setengah...
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...