тιga pυℓυн eмpaт

7.6K 313 6
                                    

Rienna termenung di tepi katil Amelia. Pagi-pagi lagi abangnya mengejutkannya dan bersiap ke hospital memandang Mikhail kerja maka dia akan menjaga Amelia. Lagipun bukannya Rienna tak mahu, dia okay je jaga Amelia.

Setelah buat masa yang agak lama nurse masuk dan keluar bilik Amelia akhirnya tenang juga keadaan bilik itu. Kata nurse dia perlu diperiksa selalu memandangkan dia dalam kondisi koma.

" Agaknya dia boleh dengar tak apa yang aku cakap? " gumam Rienna sendiri.

" Sayangnya dia tak boleh dengar tapi tidak mustahil " tiba-tiba suatu suara menjawab soalan Rienna.

Rienna memaling ke arah suara itu. Doktor lelaki yang merawat Amelia sedang bersandar di pintu sambil memerhatikan Rienna tanpa henti.

" Oh.. " Rienna hilang kata-kata.

Doktor itu tersenyum melihat reaksi Rienna. Lelaki itu menpunyai senyuman kasanova yang mampu mencairkan ramai hati.

Oh mungkin itu jugalah sebab Rienna ternampak doktor itu dikelilingi nurse pagi tadi.

" Tak nak tahu kenapa dia tak boleh dengar apa yang awak cakap? " soal doktor itu.

Rienna mengeleng kepala namun kemudian terus menganggukkan kepalanya.

Doktor itu tergelak kecil.

" Awak nak tahu ke tak? "

Rienna menganggukkan kepala. Sambil tersenyum doktor itu mula menjawab.

" Sebab aktiviti otak pesakit koma sangat lah rendah menyebabkan pesakit tidak boleh merespon pada, bunyi, bau dan rasa sakit. Tapi ia tidak 100% mustahil. Masih ada 50% untuk dia boleh mendengar. Memandang dalam dunia ni tiada apa yang mustahil. "

Rienna mengangguk faham.

" Tapi... Amelia akan bangun kan? " soal Rienna.

Doktor itu diam namun kemudian memberikan senyuman professional.

" Saya tak boleh beri jaminan tapi saya yakin dengan kecederaan yang dia hadapi mungkin dia akan bangun dalam masa terdekat. Tapi kemungkinan itu dia berhenti bernafas dan menerima oksigen juga masih ada. " jelas Doktor itu.

Rienna mengangguk faham. Apa yang pasti dia akan doakan Amelia bangun dari koma. Ramai yang rindu pada Amelia.

" Cik..."

" Rienna Gracia " jawab Rienna.

" Rienna belum makan lagi kan? Dah pukul sepuluh ni apa kata pergi makan dulu? Saya boleh teman sekali " lembut sahaja doktor itu mengajaknya.

Rienna terkebil-kebil.

" Nama doktor pun saya tak tahu lagi.." kata Rienna.

" Adrian Fahmi. Kita boleh pergi sekarang? " soal doktor itu.

" Tapi Amelia... " tangan Rienna ditarik Doktor Adrian sebelum dia menghabiskan ayatnya.

" Nanti nurse tolong tengokkan. Dah jom. "

Rienna hanya sempat menarik begnya sebelum mereka keluar. Dia memaling ke arah Amelia yang masih lagi belum jaga dari tidur panjangnya.

********

Rienna memandang ke arah Doktor Adrian yang memandang Rienna sambil memangku dagunya.

" Err doktor? "

" Adrian. "

" Er Adrian.. Boleh saya tanya kenapa kita makan dekat restoran? "

Adrian membuat muka selamba.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now