eмpaт ρυℓυн ℓιмα

7.6K 288 19
                                    

Amelia berjalan disekitar kedai baju. Dia terasa macam mahu beli handsock dan beberapa kasut baru. Tiba-tiba dia terdengaran suara tangisan budak. Amelia mengerutkan dahi. Suara siapa tu? Dia pun pusing dah ternampak seorang budak kecil lelaki sedang menangis. Dia merapati kanak-kanak itu. Kesiannya kecil lagi.

" Hey sayang.. Kenapa ni? " lembut suara Amelia menyoal.

Tangan budak yang sedang mengosok mata itu dialih. Menampakkan pipi gebu kemerah-merahan. Tersentuh hati Amelia dibuatnya. Budak itu diam. Dia sedikit undur.

" Mummy ata ayiz ta bole akap ngan strangerssss. " kata budak lelaki itu pelat.

Amelia tersenyum. Ayiz? Memang nama nya ayat atau pelat? Pasti ibu budak ini pandai mengajarnya.

" Okay ayiz auntie berdiri dekat sini je auntie tak buat apa-apa okay? Sampai mummy ayiz sampai. " kata Amelia dan kembali berdiri tegak.

Apa salahnya habiskan masa dengan budak itu sekejap. Dah lama dia tak jumpa budak kecil.

Budak lelaki itu memandang Amelia namun apabila Amelia memandangnya cepat-cepat dia pandang tempat lain.

Tiba-tiba perut budak yang mengelarkan dirinya Ayiz itu berbunyi.

" A..ayiz ta lapar! " pura budak itu.

Amelia tergelak kecil. Dia mengeluarkan coklat dari begnya.

" Ala macam mana ni? Auntie dah tak nak lah coklat ni. "

Budak itu memandang coklat itu dengan terliur. Tangannya ingin mencapai tapi cepat-cepat ditarik semula.

" Hm.. Kalau tak ada siapa nak, Auntie bagi orang lain je lah. " ugut Amelia.

Budak lelaki itu merapati Amelia, mengambil coklat itu dan berdiri sedikit jauh dari Amelia.

" Tak eyok membajir. "

Amelia tersenyum melihat budak itu terkial-kial membuka plastik coklat itu. Amelia merapati dia dan tolong membukakan plastik coklat itu.

Budak itu memerhatikan Amelia dan akhirnya tidak beralih lagi dari Amelia. Mungkin dia merasakan Amelia tidak membahayakan?

Amelia menghulurkan coklat itu kepada budak itu. Ayiz memakan coklat itu dengan sedikit comot membuatkan Amelia mengeluarkan handkerchief nya. Dia mengelap kesan coklat di tepi pipi Ayiz.

Tiba-tiba seorang lelaki merapati mereka.

" Aariz! Where have you been! Uncle cari dari tadi. " suara lelaki garau menyapa.

Aariz menyorok di belakang Amelia mungkin takut dimarahi. Oh Aariz ingatkan apa tadi namanya. Amelia mendongak ke arah lelaki itu dan terkejut, Rayyan...

Rayyan juga kelihatan terkejut namun segera dia mengawal reaksi wajahnya.

" Amelia tolong tengok kan Aariz ya? Terima kasih sangat-sangat, maaf menganggu. " kata Rayyan.

Amelia mengeleng.

" Tak... tak menganggu pun terkejut juga tak sedar Aariz ni anak saudara Rayyan... " kata Amelia.

Aariz hanya diam melihat mereka bersembang.

" Parent dia... Aliah dengan Adam? " soal Amelia lagi.

Rayyan menganggukkan kepalanya. Matanya dialih dari wajah Amelia menghadap Aariz.

" Okay, kalau macam tu saya minta diri dulu. " kata Amelia.

Dia menelan air liurnya. Dia tidak boleh begini lagi lama dia menatap wajah Rayyan bahaya jadinya. Amelia sudah pun mula bergerak.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now