ѕepυℓυн

10.5K 385 9
                                    


Ting Tong! Siapa pula tu? Ratna tertinggal kunci ke macam mana? Amelia dengan perlahan-lahan bangun dari katilnya. Kepalanya serta badannya terasa berat namun dia kuatkan langkahnya ke pintu. Dia sempat lagi mencapai tudung dan menyarung. Amelia membuka tombol pintu. Rayyan dan Mikhail yang sedang um bertengkar adalah perkara pertama yang Amelia lihat. Mikhail memaling ke arah pintu yang terbuka.

" Eh Cat! awak buat apa sakit, sakit pergi baring. " kata Mikhail.

Amelia membuat muka penat. Tak tahulah nak cakap apa nak kata pandai nampak macam tidak nak kata tak pandai pun jawatan CEO.

" Maaf lah Encik pintu rumah saya ni bukannya buka automatik. Pagar tu kena buka sendiri dan pintu ni pun kena buka sendiri. Kalau saya baring siapa nak buka pintu? " soal Amelia sedikit mengeluh.

Amelia melangkah ke arah pagar dan membuka kuncinya. Rayyan dan Mikhail kelihatan teragak-agak untuk masuk. Tiba-tiba Amelia teringat dia seorang sahaja perempuan tak akan nak biarkan mereka masuk? Erm macam mana ni.

Bagai memahami keadaan yang berlaku kereta Ratna meluncur laju di luar pagar rumah mereka. Dia kelihatan sedikit pelik dengan Amelia, Rayyan dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Ratna keluar dari keretanya.

' Ratna! Penyelamat aku dah sampai! Yay! ' sorak hati Amelia. Sejak demam ni makin mengila gadis itu nampaknya.

" Encik Mikhail dengan Rayyan boleh masuk dulu? " kata Amelia lemah namun cukup kuat untuk didengari mereka.

Kepala Amelia makin berdenyut-denyut. Mereka mengangguk kecil. Tidak tahu apa yang patut dikatakan sebenarnya. Ratna pula merapati Amelia. Tangan ditekap ke dahi Amelia. Mata terbeliak. Panas sangat dah ni.

" Amelia! Makin panas badan kau ni, muka pun dah merah. Pergi masuk baring kat katil kau. Makin teruk nanti. " sebaik sahaja Ratna usai bersuara Amelia rebah. Nasib Ratna sempat menahan kepala Amelia dari terhentak.

" Ya Allah! Amelia! Rayyan!! Tolong Amelia dah pengsan ni! " jerit Ratna cemas.

Rayyan dan Mikhail laju keluar dari pintu. Pada saat-saat ini lah mereka bergaduh siapa yang patut mengangkat Amelia ke biliknya.

" Ya Allah boleh tak sesiapa je angkat Amelia ni! " marah Ratna.

Mikhail terus mendukung Amelia ke biliknya membiarkan Rayyan sendiri. Ratna pula sudah masuk bersama-sama Mikhail ke dalam rumah. Rayyan mengerut dahi terasa sedikit tidak berpuas hati tapi dia cepat-cepat mengeleng kepala. Mungkin ini apa yang seorang abang akan rasa bila ada playboy tak guna cuba nak mengorat adik dia kot?


Suara-suara dikeliling Amelia bagai mengejutkannya. Namun kelopak matanya terasa bagai terlalu berat. Pening membuatkan dia mengerut dahi.

" Ahhh! Amelia kerut dahi tadi! " ujar Laila bagai excited.. Laila?

Suara Kak Aida dan Ratna kedengaran samar-samar. Mungkin mereka sedang bersembang.

Amelia perlahan-lahan membuka matanya. Kak Aida, Laila dan Ratna berada di dalam biliknya. Mujur biliknya agak luas dan selesa untuk mereka. Paling penting, nasib baik kemas.

" Amelia.. kau okay tak " soal Ratna perlahan tidak mahu mengejutkan Amelia.

Amelia mengangguk perlahan. Dia meraba kepala dan mendapati tudungnya sudah tiada.

" Aku tanggalkan tadi masa kau pengsan takut nanti kau panas. Mikhail dan Rayyan dah balik masa aku tanggalkan tudung kau. " kata-kata Ratna membuatkan Amelia lega.

" Terima kasih, Kak Aida dengan Laila terima kasih tau datang. Maaf Amelia tak sedar pun kau orang datang tadi. " ujar Amelia perlahan. Dia bangun dari posisi baring dan bersandar di katilnya.

Kak Aida tersenyum. Dia rasa elok biarkan Amelia berehat.

" Tak apa lah lagipun Akak yang ajak Laila datang tadi. Amelia rehatlah Akak dengan Laila balik dulu okay? Akak dan Laila ada bawakan buah tangan. Akak dah letak kat tepi meja. okay? "

Amelia mengangguk kepalanya perlahan.

" Terima kasih kak. Terima kasih Laila. " ujar Amelia.

Kak Aida dan Laila tersenyum kecil sebelum bersalaman dengan Ratna. Setelah mereka berbual pendek mereka merapati pintu.

" Rehat eh Amelia.. Assalamualaikum " serentak Laila dan Kak Aida sebelum mereka keluar dari biliknya. Amelia baring dan perlahan-lahan menutup kelopak matanya. Ratna menutup lampu bilik Amelia sebelum keluar.

**********

Rayyan bersandar di sofa. Dia kini di rumah kakak kembarnya, Aliah Khairina. Aliah memberitahu bahawa setelah dia meninggalkan rumah banglo ayah mereka, dia tinggal di rumah yang Adam tinggal sekiranya dia terpaksa outstation. Kata Aliah mereka keluar dari rumah itu bukannya kerana dia bergaduh dengan ayahnya tetapi mereka mahukan ruang untuk diri mereka. Rayyan mengeluh perlahan. Rasanya sudah tidak perlu kot Heiri untuk menjadi Spy nya.

Aliah memerhatikan melihat adiknya. Dia teringat lagi betapa gembira suara ibunya ketika mendapat tahu tentang Rayyan sudah dijumpai namun dia juga sedikit kesal kerana adiknya tidak langsung menghubunginya ketika keluar dari rumah banglo.

" Jadi kau bila nak jumpa ibu? Dia risau pasal kau. Kau tahu semua risau takut-takut kalau kau dah tak ada lagi. Ayah tu walaupun dia macam tu aku tahu dia risau. Balik lah jumpa dia orang. Ayah sebenarnya malu sebab dia dah dapat tahu Dato' Hassan memang penipu. Aku rasa yang lama tu biar je lah tak payah ungkit. "

Rayyan kelihatan sedikit terkejut.

" Dia dah tahu yang Dato Hassan tu cuba nak gunakan dia? Bila? " soal Rayyan.

Aliah menyirup air tehnya sebelum menjawab soalan Rayyan.

" Tiga bulan lepas kau keluar dari rumah tu. Entah lah aku pun tak ingat. Aku tengah sibuk study masa tu. "

Bila Aliah fikirkan balik masa ketika itu Rayyan sudah tidak lagi belajar di Universiti tempatnya belajar. Bila dia tanya pada orang pejabat mereka hanya memberitahu bahawa Rayyan menukar Universiti.

Rayyan terdiam. Dia pun sebenarnya sudah malas mahu fikirkan tentang hal lama. Tapi dia lega kerana dia sudah tiada apa untuk dirisau.

" Dah lah cakap pasal kau, hari tu Adam kata kau suka dekat seorang perempuan nama Ame.. Amelia? " soal Aliah.

Rayyan mengeleng kepalanya laju. Adam cuma salah faham! kan?

" Tak ada lah, dia salah faham tu. Aku anggap Amelia macam adik je ... kot? "

Aliah mengerut dahinya. Bukannya dia tidak faham dengan adiknya ni.

" Banyak lah kau punya kot-kot. Macam aku tak tahu je kau tu dah lah blur. " kutuk Aliah.

Rayyan hanya tersengih menampakkan gigi. Sudah lama Aliah tidak panggilnya blur.

" Cakap aku pula. Kau macam mana? Bila perut tu nak buncit? Kesian Adam dua tahun tunggu isteri dia habis belajar dekat U. Tahun ni baru boleh sweet-sweet. " usik Rayyan.

Pipi Aliah memerah. Tangannya laju sahaja membaling kusyen ke arah Rayyan.

" Eleh kau girlfriend pun tak ada nak cakap orang. Ada perempuan yang boleh jadikan awek dia jadikan adik angkat, Apa lah " perli Aliah pula.

Rayyan hanya tergelak kecil. Malas rasanya mahu melayan Aliah.


✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Hey! dan itu lah bab 10. Bab ini agak bosan sebab heroin kita iaitu Amelia demam panas. lol. Bab akan datang akan jadi lebih menarik, In Sha Allah. Terima kasih membaca! Vote dan komen :)






Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now