dυa ρυℓυн ѕeмвιℓαn

7.3K 314 3
                                    

Mikhail berjalan sekitar shopping mall bersama Rienna. Dia mahu cari hadiah untuk Amelia katanya tapi tidak tahu apa patut dibeli.

Rienna akhirnya menarik Mikhail masuk kedai perhiasan emas berjenama. Kelihatan seperti kedai itu sedang menpunyai promosi potongan harga namun mereka terus pergi ke bahagian perhiasan yang menarik perhatian Rienna.

Tiba-tiba seorang pekerja menghampiri mereka.

" Miss ni semua barang yang over 1000 ringgit. Kalau you nak yang murah ada... " pekerja perempuan itu dipotong Rienna.

" No.. We're fine. " balas Rienna pada pekerja yang fikir mereka tidak mampu itu.

Pekerja itu hanya menjeling kecil dan memerhatikan mereka bagai mereka bakal mencuri apa-apa.

Mikhail hanya mengerut dahi melihat betapa kurang ajarnya pekerja kedai itu.

" Call your manager. I want to talk to her. " kata Mikhail.

Muka pekerja itu masih sombong lagi tapi dia pergi memanggil managernya. Bila dia kembali dengan managernya dia berbisik kecil pada managernya.

" Dia orang nampak macam tak mampu.. " bisikannya didengari Rienna dan Mikhail.

Manager itu hanya mengeleng. Dia memerhatikan Mikhail dan dia terus terkejut.

" Oh my god! You're Mikhail Qairul anak Dato' Hussein Syah kan? CEO termuda, terkaya di Malaysia? Saya nampak Tuan di surat khabar. It's an honor to have you here. Saya minta maaf kerana sikap pekerja saya yang kurang ajar. " kata wanita itu teruja.

Pekerja yang kurang ajar itu menelan air liur nya kerana dia sudah bersikap kurang ajar dengan satu-satu orang yang mungkin akan melaburkan duit banyak dalam kedai itu bulan ini.

Akhirnya manager yang dipanggil Keithreen membantu mereka memilih rantai. Pada mulanya Rienna disangkakan girlfriend namun akhirnya mereka memberitahu dia adalah adik Mikhail.

" Rantai yang mana paling cantik kat sini? " soal Mikhail memandangkan dia tidak berapa pakar dalam memilih yang cantik.

Asal mahal, berjenama dan berkualiti cukup bagi Mikhail. Lagipun selama ni kalau dia beli sesuatu dia akan pilih apa yang di recommend.

" Depends on siapa yang tuan belikan. If you're buying for your mother then bahagian ini tuan patut tengok... "

Mikhail mengengam tangannya sebaik sahaja mendengar perkataan 'mother'. Topik itu masih sensitif baginya.

Rienna menyedari tingkah laku Mikhail terus memotong kata-kata Keithreen.

" He is buying for his future fiancé. " kata Rienna.

Keithreen tersenyum mendengar dan terus mengeluarkan rantai yang dirasakan sesuai.

Rantai itu menpunyai batu diamond berwarna biru tua dan berbentuk tear drop.

" Bagi saya ini paling feminine dan cantik " kata Keithreen.

Mikhail dan Rienna memerhatikan rantai itu. Sungguh kelihatan cantik. Rienna sejujurnya terpegun melihatnya.

Mikhail memandang Rienna untuk mendapatkan kepastian. Iyalah dia kan lelaki mana dia tahu pasal perhiasan ini semua. Rienna hanya mengangguk kepalanya sangat setuju.

" Okay, saya nak yang tu. " kata Mikhail pantas.

Keithreen kelihatan sedikit terkejut namun terus menyoal mereka,

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now