Ramai yang sudah pulang. Hanya tinggal saudara mara dan sahabat handai sahaja. Rienna menarik tangan Adrian ke meja yang terdapat Mikhail, Amelia dan lain-lain.
Sebaik sahaja Rienna merapati meja mereka. Dia memberikan senyuman manis.
" Eh pengantin baru lah " usik Amelia.
" Haha jangan cakap macam tu malu, semua dah makan belum?" soal Rienna.
Amelia menganggukkan kepalanya.
Mikhail sudah berbual Adrian. Mata Rienna jatuh kepada Rayyan dan seorang gadis yang tidak dikenali." and you're? " soal Rienna.
Adresia menghulurkan tangannya.
" Adresia. Nur Adresia. "
Rienna bersalaman dengan Adresia. Matanya beralih kepada lelaki yang sentiasa menpunyai aura misteri.
" Congratulations Rienna. " kata Rhys.
Rienna hanya tersenyum mesra. Rienna dan Adrian sudah pun duduk di kerusi.
" So macam mana kau rasa jadi raja sehari? " soal Mikhail pada Adrian.
Adrian tergelak kecil.
" Never felt this way before. Kau kena rasa sendiri baru faham. "
Rayyan dan Rhys hanya mendengar dengan diam.
Rienna memandang Amelia yang kelihatan lain macam.
" Hey? Amelia okay? Demam ke? " soal Rienna prihatin.
Amelia tersenyum mesra dan mengeleng kepala.
" Tak.. Mungkin pening sikit ramai orang kan tadi ? " balas Amelia.
Mikhail memerhatikan Amelia risau. Adresia dan Rayyan hanya diam sedari tadi.
' Kalau dia dah ada tunang tak ada apa yang patut aku risau lah kan? ' bisik hati Adresia.
Adresia menyedari mata Rayyan tertumpu pada Amelia. Tapi entah kenapa dia dapat rasakan mereka bagaikan ada sesuatu. Hatinya rasa kurang senang.
Rhys memerhatikan Rienna. Lelaki inggeris itu tidak lepas dari memandang.
" Rienna, I heard you're even more fluent in French than Mikhail? C'est vrai, ça? (is that true?). " soal Rhys.
Rienna tersenyum mesra.
" Peut-être (maybe) "
Rhys membalas senyuman Rienna.
" Vous etes si belle que vous regarder est une souffrance (You look so beautiful it hurts ) " puji Rhys.
Rienna tersipu malu. Adrian sudah mengerutkan dahinya. Walaupun dia tidak mengerti tapi dia sangat yakin Rhys sedang mengorat isterinya.
" You're such a flirt, Monsieur ( Mister) " kata Rienna dengan pipi yang sedikit merah.
Rhys sedikit menundukkan kepalanya.
" Je suis ravi ( I'm pleased ) "
Dia sempat lagi mengenyitkan matanya pada Rienna. Adrian mengerutkan dahinya. Mula rasa cemburu.
" Ehem! I hope you don't forget I'm still here. " kata Adrian.
Adrian mengeluh kecil. Nampaknya dia terpaksa belajar bahasa french lah lepas ni. Rhys, Rhys siapa lah yang mengorat pengantin perempuan di majlis kahwin? Depan suami dia pula tu!
Amelia terkebil-kebil lalu dia memandang ke arah Mikhail dengan muka naif.
" Apa yang dia orang cakap? "
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...