ℓιмα ρυℓυн ℓιмα

15.3K 342 17
                                    

Lagi beberapa hari lagi akad nikah Amelia bakal berlangsung. Persiapan semua telah disediakan. Akad nikah mereka dirancang pada hari jumaat petang. Amelia telah pun memohon cuti half day pada jumaat. Dan majlis kahwin akan dibuat sehari selepas akad nikah.

Terpancar rasa gembira pada raut wajah Amelia. Dia ingat lepas Puan Aisah tidak memberi Amelia jumpa dengan Rayyan beberapa bulan lepas, tiada lagi perkara seperti itu ternyata adat melayu bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan tidak boleh bertemu dua atau seminggu sebelum akad nikah. Itu yang membuatkan Amelia rasa tidak sabar menunggu hari akad nikahnya.

Mikhail keluar dari biliknya dan pergi meja Amelia. Amelia memerhatikan Mikhail.

" Amelia... " panggil Mikhail perlahan.

" Ya Mikhail...? " soal Amelia.

Mikhail menarik nafas panjang sebelum menyerahkan sampul surat kepada Amelia.

" Surat apa ni? " soal Amelia lagi.

Pelik pula rasanya tiba-tiba diberi surat. Alamak entah-entah surat berhenti agaknya... eh apa dia merepek ni?

" Mel buka lah dulu " balas Mikhail pendek.

Amelia membuka sampul surat itu dan ternyata terdapat kad jemputan kahwin? Amelia terdiam bukankah ini kad yang pernah dipilihnya ketika persiapan perkahwinannya dengan Mikhail dulu?

Amelia memandang Mikhail yang tersenyum tawar dengan pelik. Dengan perlahan-perlahan Amelia membaca.

Dengan segala hormatnya, Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Amelia Katrina dan pasangan dijemput hadir ke majlis perkahwinan

Mikhail Qairul
&
Aria Sofea

Saat membaca nama Sofea, Amelia memandang ke arah Mikhail terkejut.

" Awak dengan Sofea... " Amelia tidak menghabiskan kata-katanya.

Mikhail hanya tersenyum.

" Sebab tu awak tak perlu risau lagi. Mungkin kita sama-sama bahagia tapi dengan orang yang berbeza. " kata-kata Mikhail sedikit sebanyak menyentuh hati Amelia.

Amelia tersenyum tawar. Dia memandang Mikhail yang kelihatan tenang.

" Mel... Mel doakan Mikhail bahagia " kata Amelia.

Mikhail tersenyum mesra ke arah gadis itu.

" InsyaAllah, Mikhail pun doakan Amelia bahagia dengan Rayyan... "

Amelia membalas senyuman Mikhail. Mungkin kebahagian Mikhail ada pada Sofea dan mungkin Sofea mampu memberikan apa yang Mikhail perlukan. Amelia tidak sangka antara banyak-banyak orang Sofea dan Mikhail. Dia dapat rasakan mereka dapat bahagia bersama, InsyaAllah.

Mikhail diam. Dia tahu untuk melupakan Amelia akan mengambil masa tapu apa yang dia mahu hanyalah kebahagiaan gadis itu. Walaupun bukan dengannya tapi asalkan gadis itu gembira sudah cukup baginya.

**********

Hari akad nikah telah tiba. Hati Amelia tidak dapat lari dari rasa berdebar. Dia mengetap bibirnya. Dia bakal menjadi isteri orang dan rasa gemuruh yang dirasakan ini membuatkannya hampir pengsan!

" Eh, eh dia ni sempat lagi ketap bibir tu comotlah lipstik tu meh sini saya betulkan. " satu suara menyapa.

Amelia tersengih ke arah Rienna. Rienna sudah mengeluarkan beg makeup dan membetulkan lipstick Amelia.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now