тιga pυℓυн єnαм

7.5K 305 2
                                    

Terdapat sedikit perubahan pada bab tiga puluh lima. Mikhail dtg lawat Amelia lepas dua hari Amelia sedar sbb kerja. Dah edit tapi nampaknya tak keluar : (

Teruskan membaca : )

✿✿

Amelia baring di atas katil sambil menutup matanya. Rasanya dia sudah boleh angkat tangannya dan bergerak sedikit demi sedikit. Itupun dengan bantuan doktor dari bahagian fisio terapi. Tiada anggota badannya yang patah cuma dia tidak boleh berjalan dengan senang.

Tapi itu tidak memeranjatkannya, iyalah dia berlanggar dengan lori. Ajaiblah kalau dia boleh terus berlari selepas itu. Exercise yang dilakukan juga tidak lah berat. Kata doktor itu selepas Amelia boleh bangun, dia akan dibenarkan bersiar-siar sekitar hospital itupun dengan mengunakan wheelchair dan ditemani nurse.

Rienna pula tiada memandangkan dia ada kelas di kolejnya jadi tiada siapa akan menemani Amelia pada pagi ini. Kalau dia berjaga lama-lama pun dia akan berasa pening jadi sepanjang di hospital Amelia terpaksa banyak tidur. Mujur sekarang dia sudah boleh memakai tudung sarung. Jadi dia tidak risau jika nurse lelaki datang memberi ubat melihat auratnya lagi.

Tiba-tiba Amelia teringat kata-kata Rienna semalam tentang Azhar Syazmi.

" Bukan dia ada tunang ke? "

Selepas je Rienna bertanyakan soalan itu terus Amelia kata dia mahu tidur. Dia terkejut sebenarnya tapi mengenali Ratna, dia yakin gadis itu telah lama tahu tentang itu. Amelia sedikit kecil hati Ratna tidak mahu menunjukkan dia sedih dihadapannya. Ratna pasti mahukan lelaki itu jujur sendiri.

Azhar Syazmi.. Kalau dia benar sayang pada Ratna kenapa dia tidak memberitahu dari dulu lagi? Lagipun bukannya dia patut pergi sahaja dengan tunangnya? Sengaja mahu main-mainkan hati Ratna... Tapi apa-apa pun Amelia hormat dengan keputusan Ratna. Jika dia tidak mahu bercerita tentang Azhar, Amelia tidak akan paksa.

Amelia mengeluh kecil. Mahu bandingkan Ratna dengannya pasti lagi susah jadi Ratna. Lagipun dia dari dulu asyik membuat keputusan kebudak-budakan. Ikut perasaan, tak peduli perasaan orang. Atau mungkin memang keputusan terbaik untuk dia memberi peluang pada Mikhail dan.. Lupakan Rayyan? Mampukah dia?

Amelia mengeleng kepala. Kali ni dia tidak boleh membuat keputusan tanpa pendapat. Mungkin dia patut meminta pendapat Rhys? Lagipun Rhys sudah berkawan dengan Rayyan dan Mikhail sejak mereka di UK... mungkin lebih lama. Pasti lelaki itu boleh membantunya.

Buat masa sekarang ni, Amelia mahu tidur terlebih dahulu. Bila dia fikir panjang kepalanya menjadi sakit. Ah dia terlupa Doktor Adrian pesan jangan stress kan pemikiran.

*********

Pintu bilik Amelia dibuka. Kelihatan Amelia sedang lena dibuai mimpi. Lelaki itu menutup pintu perlahan dan duduk di kerusi berdekatan katil Amelia. Rayyan memerhatikan gadis itu tidur. Jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Rayyan tersenyum. Mungkin hari ini akan menjadi hari terakhir dia jumpa dengan Amelia. Sejujurnya dia mengharap Amelia dapat bangun dan bersembang dengannya seperti biasa.

" Amelia, Lepas ni mungkin kita tak akan jumpa lagi. Bukan di pejabat, bukan di KL dan bukan di Malaysia. "

Rayyan mengusap pipi Amelia. Dia memandang Amelia lembut.

" Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Maaf Rayyan tak dapat tunaikan janji Rayyan nak bawa Amelia pergi Horse Riding, jaga Leo dan Neo sama-sama. " bisik Rayyan perlahan.

Matanya tidak lepas dari wajah Amelia. Dia tersenyum menyedari gadis itu sebenarnya sedar.

" Kalau kita jumpa lagi, masa tu Rayyan janji Rayyan ceritakan semuanya. Apa yang menyebabkan Rayyan kena pergi. Walaupun masa tu Amelia dah bencikan Rayyan. Walaupun masa tu Amelia takkan boleh jadi milik Rayyan lagi. Rayyan minta maaf. Rayyan harap Amelia akan jumpa kebahagiannya Amelia. "

Dia bangun dan memandang Amelia buat kali terakhir. Sebelum dia keluar dari bilik itu dia meninggalkan sekuntum bunga carnation berwarna pink dibalut plastik hiasan disebelah Amelia.

Amelia membuka matanya. Air matanya mengalir.

" Ap..apa maksud Rayyan? " soalan itu tidak keluar sehinggalah Rayyan keluar dari bilik itu.

Amelia buntu. Apa yang dimaksudkan Rayyan. Entah kenapa Amelia terasa sunyi. Amelia mengerutkan dahinya.

Perasaan Amelia kali ini lain bukannya rasa sedih tapi rasa kehilangan. Tangisannya makin esak. Dia tahu Rayyan serious, Rayyan bukannya jenis membuat lawak tentang hal begini. Air liur terasa pahit. Hatinya berdebar laju. Walaupun Amelia sudah ditolak, walaupun Amelia sudah kata dia mahu lupakan Rayyan kalau dia tidak dapat melihat Rayyan lagi bagaikan tiada erti. Baru Amelia sedar dia sudah jatuh dan dia sudah pun lemas dengan rasa cintanya.

Amelia cuba mengerakkan kakinya namun kakinya kaku. Tangannya menepuk kakinya kuat. Kenapa.. Kenapa saat ini dia benar-benar tak berguna? Dia kena kejar Rayyan. Dia harus halang Rayyan dari pergi kemana sahaja dia mahu pergi tapi kenapa kakinya ini tidak bergerak? Amelia sedaya upaya cuba turun dari katil namun dia hilang kawalan dan dia jatuh dari katilnya.

Amelia menumbuk lantai itu berkali-kali. Sakit yang dirasakan tidak dihirau. Fikirannya penuh dengan Rayyan. Dia tipu, selama ni dia tipu diri sendiri. Apa yang dia rasakan untuk Rayyan lebih dari cinta. Dia perlukan Rayyan. Dia sanggup ditolak beribu kali asal dia dapat melihat Rayyan dihadapannya. Dia tidak boleh lupakan Rayyan. Dia tak boleh tukar perasaannya terus ke Mikhail. Ditinggal tanpa sebarang sebab dan penjelasan. Apa semua ni Rayyan? Apa semua ni?

Tanpa Amelia sedar luka dikepalanya kembali terbuka. Tak sampai beberapa minit pemandangannya gelap.

******

Mikhail berkerut dahi. Beberapa jam tadi baru sahaja Rayyan memberikannya surat berhenti 24 jam. Rayyan telah memberikan cek bernilai dua bulan gaji Rayyan. Itu prosedur syarikat. Sebagai boss Mikhail tidak cakap banyak. Cuma agak terkilan pekerja seperti Rayyan pergi. Namun sebagai seorang kawan Mikhail sangat marah dan kecil hati dengan Rayyan yang tidak langsung menjelaskan kenapa dia mahu pergi. Tinggalkan Malaysia, itu sahaja yang dijelaskan. Bagaimana pula dengan Amelia? Semua pun tahu Amelia masih cintakan Rayyan. Walau apa pun yang dia kata Mikhail sedar bahawa Rayyan itu cinta pertama Amelia.

Mikhail mengengam tangannya kuat. Dia ingat setelah Amelia sakit dan terlantar di hospital, Rayyan akan cuba menghargai dan akan mengambil Amelia serious namun tidak lelaki itu hanya pergi. Kalau Amelia tahu.. Apa yang akan jadi padanya. Tak sedarkah Rayyan betapa bertuahnya diri dia itu? Dia tidak tahu betapa terdesaknya Mikhail mahu mengantikan tempat Rayyan. Tapi dia sendiri sedar. Dia dan Rayyan tidak serupa. Personaliti mahupun penampilan. Mereka bagaikan dua individu yang sangat berbeza.

Mikhail teringat kata-kata Rayyan sebelum lelaki itu meninggalkan pejabatnya.

" Jaga Amelia elok-elok untuk aku. "

Jika itu Mikhail sudah pasti akan buat walaupun tidak dipesan. Cek yang diberi Rayyan tadi dikoyak menjadi cebisan-cebisan kecil dan dibuang ke dalam tong sampah.

Tiga tahun mengenali Rayyan tidak sikit pun latar belakang Rayyan diketahui Mikhail.

Mikhail bersandar dikerusinya dan serentak itu telefon pintarnya berbunyi. Entah mengapa kali ini Mikhail bagai boleh meramal apa yang jadi.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now