Hujan rintik-rintik membasahi bandar Kuala Lumpur. Ratna memerhatikan jam tangannya. 4 : 50 p.m. Ratna mengeluh kecil. Mana Amelia ni. Tadi kata nak beli barang perhiasan rumah sama-sama. Kenapa Ratna tidak mahu beli sendiri? Dia sangatlah tidak pandai dengan interior design. Pernah sekali Amelia membuat Ratna beli barang di kedai serbaguna. Dia beli patung batu panda. Tersangatlah hodoh rupanya. Tapi Ratna berkeras bahawa benda itu 'comel'. Jadi Amelia meletakkan patung batu itu dibilik Ratna.Ratna baring diatas tangannya. Bosannya. Amelia ni pun kenapa lambat sangat? Kata balik awal tapi sampai sekarang tak datang lagi. Jalan raya sesak ke?
Akhirnya Ratna pusing satu Mid Valley dan membeli beberapa jenis gummy. Bukan apa memandangkan dia dapat duit lebih bulan ini kerana dia sudah selesaikan banyak kes.
Ratna yang berada di level 4 berhenti di hadapan Chattime. Dia memesan Hazelnut Chocolate dan menghulurkan duit pada lelaki di kaunter.
Tiba-tiba bunyi piano Canon in D mematikan sunyi. Ratna menjawab panggilan telefon.
" Hello! " riang sahaja pemanggil itu.
" Hello.. " Ratna menjawab nak tak nak.
Amelia tergelak kecil mendengar suara Ratna.
" Alaa Ratna kau marah aku ke? " soal Amelia walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya.
Ratna hanya mengeleng kepala. Boleh Amelia tanya dia soalan macam tu? Dia kena tunggu selama 50 minit kot!
" Tak payah banyak cakap, baik kau datang sini cepat. Kacau je aku nak beli chattime. "
" Haaaaaa, wehhhhh belikan untuk aku sekali, please? " rayu Amelia.
Ratna mengeluh perlahan. Nasib dia sayang kawan baik dia seorang ni.
" Kau nak apa? Cepat sikit sebelum aku tukar fikiran "
Amelia membuat bunyi 'um' sepanjang yang boleh. Ratna mula sakit hati menunggu.
" Strawberry chocolate? Ha yang tu. Nak pearl! " riang sahaja suara Amelia.
" Okay, okay bye. Jumpa kat level empat. "
Ratna menutup talian. Ratna mendekati kaunter.
" Um nak tambah satu lagi order. Strawberry chocolate with pearl medium ice. Terima kasih " Ratna menghulurkan sekeping not 10 ringgit.
Lelaki itu memberikan Ratna satu lagi resit dan baki. Ratna bergerak ke kaunter menerima. Beberapa minit kedua-dua air sudah siap.
Ratna bergerak ke sebelah escalator. Dia mencucuk straw pada plastik dan menyedut Hazelnut Chocolatenya.
*********
Amelia keluar dari kereta Rayyan. Rayyan menawarkan diri untuk menghantarnya. Kereta Amelia? Dia tidak bawa kerana lebih jimat jika dia pergi kerja dengan kereta Ratna sahaja. Lagipun Ratna perlu melalui area tempat kerja Amelia sebelum pergi ke tempatnya. Setelah mengucapkan terima kasih pada Rayyan gadis itu segera masuk ke dalam Mid Valley.
' Ratna suruh pergi tingkat berapa eh tadi? '
Amelia mengetap bibirnya. Chattime dekat tingkat... 4! Amelia cepat-cepat menaiki eskalator dan pergi ke tingkat 4. Mata mencari-cari bayang Ratna. Mana pula lah dia pergi. Amelia berjalan disekitar tingkat itu. Eh kejap... Dia salah tingkat ke?
" Yo, Amelia. " panggil Ratna dari belakang.
Amelia berpaling ke arah Ratna. Rasa cemas Amelia sekelip mata hilang. Ratna menghulurkan Amelia air strawberri coklatnya.
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...