BAB 4

11.6K 281 2
                                    

Pihak pengantin lelaki dah sampai ke perkarangan rumah agam yang besar dan cantik milik Dato' Abtisam sekeluarga...

"Hah bawak Airis keluar..Tok kadi pun dah sampai nak nikahkan dah ni...dah pukul 9 dah Naila weh" Jerit Mak Nab a.k.a kakak angkat puan Naila.. mereka berdua memang rapat..

"Tak guna punya Vic...Bukan nak datang time wedding aku.. membazir betullah kawan dengan dia ni" Airis merungut...

Puan Naila membawa keluar Airis..Pertama kali Riyadh melihat wajah bakal isterinya.. Memanglah tak rela tapi nak buat macam mana ummi dengan abi dah setuju dengan rancangan Dato' Abtisam..

'takdelah teruk sangat..Elok je tengok cantik...pakai tudung lagi..' bisik hatinya...Airis di matanya bukan seperti yang dikatakan Dato' Abtisam tentang perangai Airis..

mula-mula sebenarnya pun Umi tak setuju sebab ingat doorang buat Riyadh ni macam ape jek nanti...

"Riyadh pun berharta la weh... Jangan pandang sebelah mata..." bisik abangnya yang sedang tolong mengangkat kusyen adiknya itu...

Airis menjeling abangnya... Matanya terpandang ke arah lelaki yang berada di hadapan tok kadi...Lelaki yang bakal mengahwininya...Hensem... Tapi tak boleh kalah dengan Hafiz..

Nilah kot anak ustaz tu..Tengok muka pun dah tau alim...nampak cahaya keimanan pada wajahnya.. Hah senanglah ni kalau nak buli...Isteri buli suami tak pernah dengar tapi boleh jadi rekod..

"Aku terima nikahnya Dhiya Airis Imanina bt. Dato' Abtisam dengan mas kahwinnya Rm 1000 ringgit tunai..." Riyadh melafazkan ijab dan qabulnya..

"sah" soal tok kadi kepada saksi

"Sah" jawab ketiga-tiga saksi ...

"Alhamdulillah" Ucap Tok kadi tersebut dan menadah tangan mengucapkan syukur.

Airis telah sah bergelar isteri kepada Riyadh Izzul Haq dengan berwalikan bapanya..

Pengantin sudah sedia berarak beriringan dengan kompang.
Airis duduk di pelamin sambil ditutup mukanya dengan kipas. Pengapitnya cuma Kak Hawa sepupunya..Victoria yang bengap lagikan bangang tu tak nampak batang hidung..dah senang.. nanti ade masalah la takde member teman lah baru nak nampak batang hidung..

selepas bersilat barulah Pengantin lelaki bertemu dengan pengantin perempuan.. lagu selamat pengantin baru dipasang
Selepas dalam 20 minit menjadi tayangan di atas pelamin mereka turun untuk makan berdamai...

keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan menjamu selera di meja tersebut..

" tak sangke kau langkah bendul ya dik" Gurau Abangnya..

"Kau diamlah..Aku shot kepala kau nanti..." marah Airis..

Riyadh hanya melihat drama antara abang dan adik...Lucu pula...Aiman memang mengenali dirinya kerana mereka berada di satu asrama di SMKA johorjaya, Johor...Memang agak jauhlah dari ibu bapa mereka.. Tapi diorang ni tak kenal sangat kenal nama dengan rupa jek...

"Weh yadh kau baik-baik adik aku ni mulut dia puaka sikit.." Pesan aiman kepada Riyadh..

"Haha..Aku belum kenal dia lagi.. Nanti aku dah kenal pandai lah aku nak bash dia.." Jawab Riyadh selamba..

Riyadh dan abangnya sebaya rasenya...Ee tak laku jugak macam abang aku jugak ke ni.. Sesuai sangatlah jadi kawan...

"Selamat pengantin baru Airis..." ucap bekas rakan baiknya, Hidayah...Putus kawan sebab Hidayah selalu sangat nasihat pasal agama..Bab agama ni Airis tak suka sentuh sangat...

"Nak balik dah ke?" soal Airis..

"Haah.. Lain kali jumpa lah kagi lana tak jumpa kau since form 5.." jelasnya

"hurm ok...nanti call aku la" kata Airis mesti mummynya yang jemput...Mummynya agak caring dengan hidayah kerana dia seorang anak yang dah jadi yatim piatu sebelum tiba masanya..Adelah yang parents dia buat...

"Hurm nanti aku mintak mummy kau" jelas Hidayah..

"Okay take care. Thanks swbab sudi datang wedding aku lepas kita gaduh besar" jelas Airis..

"Lupakan jelah sengketa lama tu.." Kata Hidayah...Kemudian paengantin sibuk dengan kenalan masing-masing.

"Selamat pengantin baru Izzul.. Aku harap kau happy dengan dia.." Ucap Faizunnisa..

"Nisa, aku mintak maaf sebab tak dapat kahwin dengan kau..Ni semua family plan.." jelasnya .

"Aku tak ambil hati lah.. Family punya plan selalu betul...hope kau happy dengan isteri kau.. Cantik isteri kau...kalah aku " Jelas Faizunnisa..

"hehe" Riyadh tersenyum hambar.. Dah lama Nisa aku tunggu kau lama sangat kenapa parents aku sanggup paksa aku kahwin dengan perempuan yang aku langsung tak kenal..teriak hatinya...

********

Tetamu beransur-ansur pulang dan akhirnya semua orang dah balik...Airis dan Riyadh berada di rumah agam Dato' Abtisam.. Keesokan harinya baru pindah ke rumah sendiri..

Selepas membersihkan diri, Airis membuka komputer riba miliknya dan aktifkan akaun facebooknya..

Riyadh? Hah biarlah dia beramah mesra dengan keluarga mertuanya..Jangan pulak si Aiman kutuk aku depan dia dah.. memang nak kene hempok agaknya ..

Riyadh masuk ke dalam bilik Airis.. Riyadh hanya tersenyum melihat airis sebaliknya airis menjeling apa nak harap malam pertama? Kena shot kepala tu dulu tak pun senduk yang Mak Nab buat masak sup tu kau telan..Itu pun belum tentu dapat ok..

"Malam ni saya nak tidur mana?" soal Riyadh..

"Disebabkan ni bilik saya,saya tidur atas katil awak tidur atas sofa...Sofa tu boleh dipanjangkan tak pun awak amik comforter kat bilik Aiman..Bilik dia memang banyak comforter awak pilihlah satu den tidur kat bawah. ade 2 pilihan jek.. Saya tau awak pun takkan nak todur dengan saya kan.." Jawab Airis panjang lebar dia membebel

"Tau pun " Balas Riyadh ringkas..

'Fikir aku tak dengar pe kau cakap.' Bisik Airis..

Mereka berdua sudah Sedia melelapkan mata..Harap esok dipermudahkan urusan untuk pindah rumah..

Terima Kasih CintaWhere stories live. Discover now