Pengantin baru dah kemas baju nak berhoneymoon di Bali. Bali adalah pilihan Mummy. Mulanya, Aiman dan Nisa hanya merancang untuk ke Fraser hill tapi dah sebab dipaksa mummynya dan Aiman pulak setuju, Nisa terpaksa mengikut keputusan suaminya. Katanya tempat di Bali cantik. Sesuai untuk honeymoon
"Yangg," Panggil Riyadh manja.
"Ada apa?" Soal Airis.
"Tengok Aiman dengan Nisa pergi honeymoon kan, teringat pulak kita ni dulu tak ber-honeymoon pun.Bila nak pergi?" Soal Riyadh.
"Tunggu abang cutilah." Jelas Airis.
"Kalau nak tunggu abang cuti, lambat.Sayang pun dah sarat dah."Jelas Riyadh lalu mengusap perut isterinya itu..Kandungan Airis baru berusia 3 bulan lebih. Perut pun belum membukit sangat..
"Tunggu lepas Ris habis pantang and baby kita pun dah besar sikit." Jelas Airis.
"Dekat sana nanti boleh rancang tambah adik untuk si kecil ni kan" Jelas Riyadh lalu mengenyitkan mata kearah Airis nakal.
Airis tak ubah dengan sikap barunya.Garang.Tu pun masa pregnant dapat perangai ni. Airis menjeling Riyadh..
Tawa pecah..
"Yelah kita ikut mama Ris ni lah ye.." Kata Riyadh..
----
Airis sedang membaca majalah sambil menyanyi lagu kegemarannya lagu Rindu nyanyian Shae featuring Nukilan
Di malam yang sepi,
aku sendirian,
Dengar bisik hatiku,
pejamkan mata,
biarkan dibawa kembali ke suatu
ruangan masa,
indahnya bila dibuai sejarah,
Di dalam keasyikkan,
terlihatkan seraut wajah...Rindu membelenggu,
terkenang masa lalu,
hati ini jadi rindu,
tak terkata,
mana pun kau berada,
semoga berbahagia.."Rindu siapa tu sampai nyanyi- nyanyi.Rimdu abang eah?" Soal Riyadh entah dari mana dia muncul.
"Abang ni. Malu tau dengar suara Ris yang sumbang ni." Jelas Airis
"Sayang, suara sayang tu sedapppp sangat abang suka. Kalau lah sayang nyanyikan untuk abang tiap-tiap malam kan sweet" Jelas Riyadh.
Airis tersenyum.Malu? Ha'ah memang pun sebab kena puji melambung dengan encik suami.
"Abang, bosanlah duduk rumah. jomlah shopping ke?" Ajak Airis.
"sayang, Awak tu pregnant sayang. Larat ke nak jalan?" soal riyadh.
"Baru 3 months kan.Jomlah bang." Airis memujuk dengan muka comelnya.
"Yelah yelah." Riyadh mengalah
--
"Abang, Jom pergi tengok barang baby jom. "
"Ikut sayang.."
Airis dan Riyadh menuju kearah bahagian yang menjual semua peralatan dan keperluan bayi.
Selepas membeli barangan keperluan baby mereka singgah makan sebelum pulang.
"Abang, jom makan sushi. Ngidam nak makan yang ada sotong tu...Salmon ke. um sedapnya" Jelas Airis.
Riyadh menurut. Aii baru 3 bulan dah mengidam.teruk kau kena nanti Riyadh.Nasib kaulah ..
Dah nak lepas first trimester ni bertukar pulak perangai Airis dari garang jadi pulak mengada- ngada. Penat Riyadh melayan Kerenah isteri.Yalah mana taknya baru nak masuk 4 bulan dah mengidam nak makan tu lah ini lah.
----
Riyadh dan Airis pulang ke rumah orang tua Airis. Mereka mungkin pulang selepas menunaikan solat asar
Airis mengemas bajunya dulu senang kerja nanti tinggal angkut bawak masuk kereta jek.
Mummy dan daddy-nya dah menunggu mereka untuk solat berjemaah bersama-sama..
Selesai memberi salam terakhir dan berdoa, mereka bersalaman sesama sendiri.Wajah Puan Naila gembira melihat wajah anak dan menantunya. Alhamdulillah..Kini anak yang dulunya pakaian tak cukup kain,kaki clubbing dan suka sangar minum arak tu dah berubah. Puan Naila juga memuji menantunya kerana pandai mengubah dan mengambil hati Airis yang keras macam batu
"Ris kalau dah bersalin nanti pantang dekat mana? Rumah Umi izzul ke rumah mummy?" Soal Puan Naila
"Duduk rumah Ris jek.Nanti mummy dengan umi sama-sama jaga Ris dengan baby.."Jelas Airis.
"Kalau mummy duduk dengan Ris, daddy tak ada orang jaga." Kata Puan Naila.
"Bukan suruh tinggal terus. Mummy boleh je kalau nak balik. Nanti adalah Ris upah orang jaga Ris masa pantang nanti. Mummy jangan risau. Daddy pula tak terjaga rindu mummy nanti." Jelas Airis.
Gelak pecah.
Airis dan Riyadh bersalaman dengan orang tua mereka sebelum meninggalkan mereka di rumah agam yang besar bak istana itu.
"Ris gerak dulu mummy daddy."
"Hati-hati" pesan Puan Naila kepada mereka.
"Assalamualaikum" Kata Airis dan Riyadh serentak.
"Waalaikumsalam" jawab mummy dan daddynya.
Kereta Riyadh mula meluncur di atas jalan raya dan menghikang dari pandangan mata.
YOU ARE READING
Terima Kasih Cinta
Romanceseorang wanita bernama Dhiya Airis Imanina binti Dato' Abtisam yang cantik dan anggun tapi sayang perangai tak serupa tuannya..Kaki club,Kaki botol pun ye.. Riyadh Izzul Haq seorang anak kepada Ustaz Zain Ahmad yang telah diberi didikan teras agama...