Pada malam tersebut, Riyadh terasa lapar dan ingin keluar membeli makanan.. Riyadh memikirkan keadaan isterinya kerana selepas dia memaksa airis mendengar ceramah pagi tadi, Airis terus tak keluar bilik...Takkanlah sebab tu pun merajuk kot...tok! tok! tok!
"airis!awak nak pesan apa apa tak?saya nak keluar ni"kata riyadh
"boleh lah saya nak western food. nanti saya bayar." jawab Airis.
" saya nak ke gerai biasa je. kalau awak nak yang western awak keluar la sendiri. " balas Riyadh.
" tadi kata nak belikan. ni suruh beli sendiri pula. " Marah Airis.
" Ye la. saya nak ke gerai je. bukan macam awak selalu pergi western kalau lapar. " balas Riyadh selamba..
"Ishh..Awak ni...Takpelah saya dah lapar awak beli jela ape-ape" Jelas Airis..
"Eh...Awak.Takpelah saya keluar dengan awak ajelah.." Jelas Airis yang telah mengubah fikirannya.
"Up to you..Saya tunggu awak dalam kereta.."
Riyadh menuju ke arah kereta Audi miliknya dan masuk sambil menunggu Airis bersiap untuk keluar makan ..
"awak tak kisah ke kita makan dekat gerai biasa je?" Soal Riyadh..
"Nope...Saya tak kisah.." Jelas Airis sambil menggelengkan kepala..
"ke awak nak makan Mc'D ke" soalnya lagi..
"Eh tak payah lah.. gerai biasa jek" balasnya.. kalau di Mc'D peluang nak jumpa rakan yang setaraf tu 60% ada..So better kat gerai ajelah 1% pun tak akan jumpa diorang .
Selesai makan mereka terus pulang ke rumah kerana Hujan gerimis bak kata orang gerimis mengundag betul kan...ape-apelah..
Hujan yang tadinya gerimis makin lebat tambah pula dengan Guruh dan kilat..Suasana memang gelap dan suram seakan akan meratapi pemergian seseorang...Hm ade orang meninggal kot..
Airis memang dikenali dengan penyakit Fobia gelapnya kerana dulu masa kecik-kecik Mak Nab punyalah nak takutkan dia dengan segala hantu punya cerita. ingat lagi Aiman sampai terkencing dengar cerita mak Nab.
Bum!!!!
Bunyi petir menyambar...dan Bekalan eletrik semua terputus menyebabkan Airis yang berada di dalam biliknya menjerit ketakutan...
Riyadh yang mendengar jeritan Airis pantas menuju ke arah bilik isterinya itu..Hmm tak berkunci..
Riyadh masuk ke dalam bilik Airis..Airis yang dah nampak Riyadh diluar terus meluru kearah Riyadh dan memeluk suaminya itu...
"Awak kenapa ni? ok ke tak?" Soalnya risau..
"Awak nampak muka saya ni ada macam ok ke? Saya takutlah!" Marah Airis lalu memeluk erat tubuh sasa Riyadh...
"ok..Saya tau awak penat and esok awak kerja kan...ape kate awak tidur dengan saya?" Soal Riyadh..Airis hanya mengangguk
Dah takde cara lain lagi..Lilin pun tak disediakan so, sumber cahaya mereka hanyalah handphone punya torch..Airis sudah landing di atas katil manakala Riyadh terus baring di atas sofa .
"Awak...kenapa tidur atas sofa. Kenapa tak selimut? tak sejuk ke? " soal Airis...Rasa bersalah pula dahla tidur bilik dia lepastu macam mam nak tidur atas katil sedangkan tuan punya katil tidur atas sofa je..
"Hem takpe awak tidur atas katil je tak payah risaukan saya.." Jelas Riyadh..Suaranya terketar-ketar menggigil menahan kesejukan..
Airis bangun lalu menuju ke arah suaminya itu..Timbul rasa kesian pulak..Airis duduk di atas meja yang berdekatan dengan sofa tersebut.
"Awak...Awak tidur jelah atas katil tu.." arah Airis
"Habistu awak?"
"Tidur jelah dengan saya"
"erm takpelah"
"Awak jangan degil boleh tak.. Ok saya tak tidur ganas...takpelah saya letak jelah bantal kat tengah" Jelas Airis..
"Hmm yelah..." Balas Riyadh ringkas lalu bangun dan baring di atas katil...Airis meletakkan bantal peluk yang panjang di tengah antara mereka...
****
Kesejukan cuaca diluar membuat kan mereka tidur nyenyak.. Tanpa disedari bantal yang menjadi panghalang antara Airis dan Riyadh tak sengaja dialihkan oleh seseorang ke arah tepi dan membuatkan bantak tersebut jatuh ke lantai...
Keesokan pagi, Airis dan Riyadh masih nyenyak lagi tidur.. Riyadh perlahan-lahan membuka mata dan terkejut apabila dia sedang mendakap tubuh kecil dan ramping milik Airis..
Airis hanya memakai gaun malam pendek bewarna merah paras peha sahaja manakala bahagian atas terdedah menampakkan dadanya..
Jantung Riyadh mula berdegup kencang...Cepat-cepat dia menghalau perasaan tersebut.. Riyadh mula mengesat peluh yang berjurai..entahlah cuaca kat luar masih lagi sejuk dan hujan gerimis...
Riyadh perlahan-lahan meregangkan pelukan antara dia dan Airis...
Airis memeluk lehernya membuatkan bibir antara mereka tersentuh...Wajah Riyadh kelihatan merah manakala wajah Airis tenang dan masih lagi tidur nyenyak..Airis membuka mata
lalu menjerit dan menolak Riyadh.."Sorry...Tak sengaja terpeluk.." ucapnya..
Riyadh masih lagi kaku memandang Airis...
"Uh ta- takde apelah.." balasnya ringkas..Airis yang sudah malu beredar ke biliknya untuk bersiap-siap pergi ke tempat kerjanya... Riyadh juga membuat perkara yang sama dan mereka terus keluar ke haluan masing-masing..Riyadh ke Madrasah milik abi-nya manakala Airis menuju ke anak syarikat milik Abtisam holding iaitu milik daddynya..
*****
Semasa di dalam bilik guru di Madrasah An-Nur..
'Ya allah hai macam manelah boleh terpeluk dia pulak ni' bisiknya dalam hati.. Buku pelajar-pelajarnya hanya direnung...Ahhh...
Memang masa tu imannya sudah rapuh melihat Pakaian Airis. sumpah disebabkan kegelapan semalam dia memang tak perasan pakaian Airis walaupun torchlight di handphonenya menyala kerana cahaya dari handphone tersebut hanya dibuka dalam keadaan weak.
Riyadh mengaku tadi dia ter-lihat semua badan milik Airis dan disebabkan itulah dia berpeluh dan jantungnya berdegup kencang bagaikan ingin ditarik-tarik lagi badan Airis biar rapat..ter aje eah ter
"Kau kenapa ni izzul?" tegur Ustaz Ariq.Selaku kawan baik dia haruslah menanyakan keadaan kawan baiknya yang dari tadi gelisah aje nampak.
"Takde papelah.." jawabnya ringkas..Malas nak ingat pasal tadi isyh buat jantung makin kencang jek..macam tak sabar tunggu malam menanti..
"Dari pagi tadi kot kau dok ngelamun jek..Apahal ingat bini kau yang gorgeous tu?" Gurau Ustz Ariq..
"Riq,kau ni kan asik nak kenekan aku je..takde papelah..serius tak" Jelas Riyadh..
"oklah aku ade kelas..bye" Jelas Ustaz Ariq dan yerus berlalu pergi meninggalkannya sendiri.
"Hmn yelah..Elok-elok civer macho tu kejap lagi kot-kot terserempat dengan ustazah Aisyah yang cun tu.. single lagi la dia " Gurau Riyadh..
"Kurang asam" jerit Ustaz Ariq dari jauh..
-----
"Shit, macam mana aku boleh peluk dia ni..Ahh dengan pakaian aku semalam dia tak tergugat ke?" Airis menyumpah- nyumpah dirinya akibat peristiwa pagi tadi dan paling teruk bibir mereka bersentuhan
oh tidakk...!! MalunyaAiris menyambung tugasnya dengan senyap dan cuba menghilangkan ingatan tentang peristiwa pagi tadi. tapi tak boleh..Ahh..kejap-kejap datang lagi ingatan tu dalam kotak ingatannya.
YOU ARE READING
Terima Kasih Cinta
Romanceseorang wanita bernama Dhiya Airis Imanina binti Dato' Abtisam yang cantik dan anggun tapi sayang perangai tak serupa tuannya..Kaki club,Kaki botol pun ye.. Riyadh Izzul Haq seorang anak kepada Ustaz Zain Ahmad yang telah diberi didikan teras agama...