Hari yang memenatkan bagi Riyadh. Bila malam tiba barulah segala penat boleh direhatkan.. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Airis menelefon Riyadh
"helo, awak dekat mane?"
" on the way balik.kenapa?"
"awak nak makan ape-ape tak? saya beli."
"awak beli jelah ape-ape untuk saya.balik jangan malam sangat dah maghrib ni.."
"okay.bye" airis menamatkan perbualan dan terus mematikan talian.
Dia sudah keluar awal-awal lagi dari office sebenarnya dalam pukul 5 petang untuk ke butik muslimah.. Airis membeli telekung dan sejadah yang baru. Yang lama dah tak jumpa. Airis kemudiannya membeli buku berkaitan agama adalah mungkin dalam 5 buah buku..
Airis pulang dengan membawa dua bungkus makanan. Dia tiba di rumah pukul 7.20 malam. cepar-cepat dia membersihkan diri dan menunaikan solat.
Semasa hendak menunaikan solat dia membaca buku amali solat tersebut ada cara-cara mengambil wudhu dengan betul. Airis hanya mengikut tertib melalui buku tersebut..
Kemudian barulah dia menunaikan solat.. Setakat ini dia hanya tahu membaca surah- surah yang ringkas tetapi itu pun ade yang lupe-lupe..
"Assalamualaikum warahmatullah...Assalamualaikum warah matullah" Airis memberi salam kemudian dia berdoa..
"Ya allah kau ampunkanlah dosaku yang selama ini ku pernah menghina kejadian mu ke pernah menghina kewujudan mu ku pernah menghina alam mu.ya allah sesungguhnya aku taknak masuk ke dalam neraka jahannam...Aku taubat ya allah. Aku insaf...Aku bersyukur kau telah datangkan suamiku untuk mengubah diriku yang jahil meskipun aku derhaka keatasnya.." Airis berdoa sambil teresak-esak menangis..
Doanya bukan sahaja didengari oleh tuan empunya badan dan sang pencipta, malah Suaminya juga memasang telinga... Ingat naik atas nak panggil turun makan tapi terdengar pula dia berdoa.. Sedih.
tok tok tok!
"Airis..awak dah sudah? saya masuk boleh?"soal Riyadh dari luar..
Airis mengesat air matanya..
"Masuklah.." jawabnya ringkas.
Riyadh membuka pintu dan masuk
"Jom makan..baru selesai solat ya? jom turun temankan saya" pelawa Riyadh..
"Awak..saya mintak maaf.. Saya mintak maaf sangat-sangat sebab saya derhaka dengan awak.. Saya pernah jadi nusyuz..maafkan saya awak..." Jelas Airis..
"Ya, saya dah lama maafkan awak.Dahla tak maulah nangis ni.. Saya dah maafkan lah" Jelas Riyadh lalu memeluk isterinya yang masih bertelekung lalu mencium dahi isterinya..
"Dahlah jomlah saya dah lapar ni." Kata Riyadh..
"Urm yelah jom.." Ajak Airis.. Dia kemudian melipat telekung dan sejadah dan meletakkannya di dalam almari baju..
Airis dan Riyadh turun kebawah untuk menjamu selera walaupun hanya sebungkus nasi goreng kampuang, tetap dimakan kerana perut yang dah mengadu kelaparan..
Selesai makan Riyadh dan Airis menonton TV di ruang tamu bawah bersama..
Sejujurnya mereka masih lagi berasa janggal apabila berdua-duaan dan rasa tidak selesa..
"Awak nak air ke? saya buatkan" soal Airis memecahkan kesunyian..
"Boleh jugak.." Jawab Riyadh..
"Nak air ape?" soalnya lagi.
"Air ape-ape yang awak buat saya minum.." jelas Riyadh.. Airis mengangguk faham kemudia dia ke dapur untuk membancuh Nescafe 3 in 1 untuk suaminya..
"Nah" Airis menghulurkan secawan nescafe kepada Riyadh.
"Thanks" ucap Riyadh lalu menghadiahkan senyuman manis untuk isterinya..
Kemudian masing-masing ke bilik sendiri..Airis menunaikan solat isyak sebelum tidur begitu juga dengan Riyadh..Riyadh menyambung dengan solat sunat istikharah untuk mengetahui siapa yang dia patut pilih..
Dia pun taknak jadi macam yang Ariq cakap. yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Mula berputik rasa suka dengan Airis. Pagi tadi dia telah mencium dahi Airis dan itu semuanya bukan dirancang.. ciuman itu tal sengaja dilepaskan
Selesai solat sunat istikharah, Riyadh bersiap-siap untuk tidur.
Keesokan pagi, Airis mengejut Riyadh untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja..
Riyadh tersedar..Dia ingat mimpi yang dia nampak seorang wanita berambut panjang melepasi bahu mungkin paras pinggang wajah wanita itu kabur dan tak dapat dilihat sepenuhnya. Waktu tu wanita tersebut hanya memakai pakaian biasa tak terlalu bertutup dan sedikit bertutup dan tidak ada satu pun yang terdedah. Wanita yang berada dalam mimpinya sedang duduk di katilnya sambil mengusap perlahan pipinya..
Riyadh kembali ke alam nyata.
"Ya saya bangun.." Jawab Riyadh. Airis tersenyum. Riyadh bangga kerana Airis mampu untuk mengejutnya sewaktu subuh..
"Awak,jom jemaah..Saya tunggu.. saya belum mandi lagipun.." ajak Airis..
"Ok." balasnya pendek. Mereka bersiap-siap. Airis masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat berjemaah..
Selesai memberi salam ke-2 , airis mencapai tangan Riyadh lalu disalam dan dicium penuh hormat. Airis bagaikan telah berputik suatu perasaan yang dinamakan cinta terhadap seorang lelaki yang telah bergelar suaminya yang bernama Riyadh Izzul Haq.
Kemudian, Airis membuka telekung dan melepaskan ikatan rambutnya..Rambutnya ikal mayang panjangnya paras pinggang. Cantik.. Riyadh memerhati Airis..
'Dia ke yang aku patut pilih?' bisik Riyadh.. Ciri-ciri wanita tersebut ada dalam diri Airis. Tapi dia cepat menyangkal bisikannya..Tak..tak mungkin Airis..Dia mengharapkan perempuan itu adalah Faizunnisa..Bukan Airis..
-_-_-
Riyadh tiba di Madrasah milik abi-nya dalam keadaan muka yang masam.
"Izzul..Kau dah istikharah?" sapa Ariq sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik guru..
"Dah" jawabnya ringkas
"Ape yang kau dapat petunjuk" soalAriq.
"Perempuan tu tengah duduk sebelah aku dia usap pipi aku. Rambut dia ikal mayang panjang hampir ke pinggang..Ciri-ciri tu ada pada Airis..tapi tak mungkin dia Riq." jelas Riyadh .
"Betullah Airis untuk kau. jangan rumitkan keadaan zul..kau jaga dia baik-baik..lepaskan Nisa dia bukan untuk kau ." kata Ariq.
"Tapi Riq aku tak pernah tau rambut nisa macam mana.. Aku pernah tengok mahram aku punya jek termasuk Airis" tambahnya lagi..
"No, selama ni kau jumpa Nisa adeke kau tengok dia ada sanggul? weh kalau perempuan pakai tudung nampak sanggul means rambut dia panjang nak sorokkan sanggul tu susah lainlah kalau rambut dia pendek." Jelas Ariq..
"Entahlah Riq..Aku still takde perasaan dengan Airis." Kata Riyadh..
"Kau kene belajar terima dia Izzul..dahlah aku nak tanda paper ni .ok bye..aku nak continue kerja aku." Jelas Ariq.
Riyadh mengangguk..Mungkin betul juga ape yang Ariq cakap. aku kene bagi Airis peluang jadi isteri yang baik untuk aku..
YOU ARE READING
Terima Kasih Cinta
Romanceseorang wanita bernama Dhiya Airis Imanina binti Dato' Abtisam yang cantik dan anggun tapi sayang perangai tak serupa tuannya..Kaki club,Kaki botol pun ye.. Riyadh Izzul Haq seorang anak kepada Ustaz Zain Ahmad yang telah diberi didikan teras agama...