BAB 6

24.3K 1.3K 29
                                    

Juwita duduk di atas kerusi di sebelah Julia sambil menongkat dagu melihat kakaknya itu disolek lagi. Sebenarnya tadi Julia sudah siap dari hujung rambut hingga hujung kaki tetapi tiba-tiba terdapat sedikit lagi yang ingin dibetulkan jurusolek itu. Carla pulak sibuk memakaikan veil dan crown di atas kepala Julia sementara Julia masih lagi disolek.

Selesai, Julia berdiri menghadap adiknya. Dia tersenyum gementar. Walaupun dia sudah selamat bergelar isteri kepada Norman pagi tadi, dia masih berasa gementar untuk majlis resepsi malam ini.

"Okey tak?" tanya Julia sambil berpusing di hadapan Juwita.

Juwita tersenyum. Tahu sangat yang Julia sedang gemuruh lalu dia terus memeluk tubuh Julia.

"You look gorgeous kakak. Carla's masterpiece kan? Of course meletop! Betul tak Carla?" usik Juwita cuba menenangkan hati kakaknya.

Carla mengenyitkan mata. "Bukan Carla la namanya kalau tak meletop!"

Julia turut tersenyum. Juwita meleraikan pelukan lalu melihat kakaknya semula dari hujung rambut hingga hujung kaki. Julia memakai gaun berwarna coklat keemasan rekaan eksklusif daripada Carla, antara pereka fesyen yang terkenal di Malaysia. Cantik! Betul-betul menawan!

"Adik pun cantik pakai kebaya ni. Carla design kebaya ni khas untuk adik tau!" ujar Julia.

Julia tergelak kecil. "Thanks Carla! Jasamu dikenang!" Dia menghadiahkan gadis itu sebuah flying kiss.

"Alah... macam tak biasa!" ujar Carla dengan senyuman. Dia menarik tangan Juwita agar duduk di atas kerusi di hadapan cermin. "Biar I pakaikan tudung untuk you. The latest trend!"

Juwita membiarkan sahaja Carla melilit selendang bagi pihaknya. Walaupun gadis itu berbangsa cina dan bukannya beragama Islam, tetapi dia ternyata lebih pandai menggayakan tudung lebih daripada Juwita sendiri! Entah macam mana gaya Carla membelit sana sini, akhirnya selendang berwarna krim itu kelihatan kemas melitupi rambutnya. Juwita cukup suka melihat hasil kerja Carla yang tidak pernah mengecewakan.

"Adik... pergi check Abang Norman kat bilik sebelah. Tengok dia dengan pengapit dia dah siap ke belum..." ujar Julia.

Juwita mengangguk dan melangkah ke arah pintu bilik. Kasut tinggi yang juga merupakan rekaan Carla disarungkan ke kakinya. Berkat kasut tinggi itu, ketinggian Juwita meningkat tiga inci setengah daripada ketinggian asalnya. Rasalah jugak jadi tinggi walaupun untuk sekejap...

Pintu bilik Norman diketuk beberapa kali tetapi tiada jawapan. Kemudian baru Juwita tersedar terdapat loceng yang terletak di tepi pintu bilik itu. Juwita tersenyum sendiri seraya menekan loceng bilik tersebut.

"Abang Norman..." ujar Juwita sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka. Tak sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, matanya terbuntang. "Eh???"

Berkerut-kerut dahi Juwita apabila ternampak wajah yang cukup dikenalinya itu sedang berdiri di hadapannya dengan memakai baju Melayu lengkap dan berona sama dengan kebaya yang dipakainya.

Haris yang baru sahaja membuka pintu bilik itu turut terkejut melihat gadis yang berdiri di hadapannya ini. Dahinya berkerut cuma mengingati wajah itu. Apabila sdah teringat,  matanya membulat. Sungguh dia kenal dengan gadis itu! Sangat kenal, walaupun penampilan gadis itu agak berlainan pada malam ini. Serta-merta fikirannya melayang pada hari dia bertembung dengan seorang gadis di hadapan butik Carla.

It was her?!

"Apa awak buat dekat sini???" tanya Haris yang turut keliru.

"Eh eh dia tanya kita pulak... Doktor yang buat apa dekat sini?!" Gadis itu membulatkan matanya yang sudah tersedia bulat.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now