BAB 44

19.6K 919 95
                                    

Juwita membelek satu-persatu fridge magnet di hadapannya. Bermacam-macam jenis sudah dipilih dan diletakkan di dalam bakul kecil yang telah disediakan. Ada yang berbentuk bunga rafflesia, ada yang berbentuk burung kenyalang, ada yang bertulis 'Sarawak', dan bermacam-macam lagi. Belum lagi termasuk keychain yang sudah dipilih terlebih dahulu. Kalau boleh, semuanya dia hendak beli!

"Banyaknya... untuk siapa semua ni?" tanya Haris yang sedari tadi hanya melihat Juwita memilih cenderamata.

"Untuk sesiapa jelah... family and friends, anak-anak murid..." ujar Juwita ringkas. Bakul kecil yang sudah penuh dengan pilihannya itu dibawa ke kaunter untuk dibayar.

"How about you?"

"What about me?" Juwita bertanya kembali. Dia baru sahaja mengeluarkan beg dompet dari beg tangan apabila Haris terlebih dahulu menghulurkan dua keping not lima puluh kepada penjaga kaunter itu. "Ehhh... I'm going to pay it myself." Juwita cuba menolak duit yang Haris hulurkan kepada penjaga kaunter itu dan menghulurkan duitnya sendiri.

"Tak apa, abang belanja. Dah lama tak belanja Lia macam ni," ujar Haris selamba. Juwita tidak boleh menolak kerana penjaga kaunter itu sudah mengambil duit Haris dan membungkus barang yang dibelinya. Beg plastik yang dihulurkan oleh gadis penjaga kaunter itu turut diambilnya. "Lia beli barang untuk orang lain, tapi untuk Lia macam mana pulak? Nothing to reward yourself?"

Juwita berfikir sejenak. Dia dan Haris berjalan beriringan di deretan-deretan kedai di tepi jalan itu yang penuh dengan pelbagai jenis jualan. Memang Main Bazaar terkenal dalam kalangan pelancong kerana tempat itu penuh dengan bermacam-macam jenis kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata.

"Kek lapis dengan kuih-kuih tradisional ada? Teringin nak makan kek lapis Sarawak yang betul-betul made in Sarawak!"

Haris tergelak kecil mendengar permintaan Juwita. "Kak lapis je? Dalam banyak-banyak benda, kek lapis je yang Lia nak?"

"Kenapa? Tak boleh ke?"

Haris menggeleng sambil tergelak kecil lagi. "Bukan tak boleh, sayang. Boleh sangat..."

Juwita terdiam mendengar perkataan 'sayang' yang keluar dari mulut Haris sebentar tadi. Entah kenapa dia perlu berasa segan sehingga dia dapat rasakan pipinya sudah mula bertukar kemerah-merahan.

Oh, come on Juwita! Pull yourself together!

Selepas menyedarkan dirinya semula, Juwita mula berlagak selamba. Nasib baik mereka sudah sampai ke kedai yang memang pakar dalam menjual kek lapis Sarawak. Bermacam-macam corak dan perasa yang terdapat di kedai itu membuatkan Juwita jadi rambang mata untuk memilih.

"Yang mana sedap eh..." tanya Juwita sambil merasa satu-persatu kek lapis yang telah dipotong kecil-kecil untuk dijadikan sampel. "Sedapnya ni... yang ni pun sedap jugak... yang tu pun sedap..."

"Or you can take each one of it, Lia." Haris mengusik apabila melihat gadis itu seperti tidak dapat memilih perisa apa yang perlu dibeli.

"I think I should," ujar Juwita yang bersetuju dengan cadangan Haris yang sebenarnya hanya gurauan sahaja.

Haris hanya mampu ketawa. Dia ingin bergurau sahaja, tak sangka pula Juwita akan termakan dengan gurauannya itu.

Juwita mula mencapai kek lapis yang ingin dibelinya. Setiap satu perisa diambil tetapi dibeli saiz yang paling kecil sekali yang berharga RM10 setiap satu.

"Kek lapis banyak-banyak ni untuk siapa pulak?"

"These are for me, me, me, and me." Juwita menunjukkan beberapa buah kek lapis yang memang dibeli untuk dirinya sendiri. "These are for friends and family." Beberapa buah kek lapis yang lain pula ditunjuk. "And these are for Abang Khal."

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now