"Tunggu."
Haris berhenti melangkah saat namanya dipanggil perlahan oleh Juwita. Dia berpaling semula memandang ke arah gadis itu yang masih lagi berdiri di tempatnya.
"Just stay here. Awak dah tempah bilik kat sini, kan? Takkan saya nak halau awak pergi. This hotel is not mine..." ujarnya tanpa memandang Haris. "It's okay. I'll just pretend that you are not here."
Juwita terus melangkah masuk ke dalam hotel itu dan menuju ke arah kaunter untuk menguruskan urusan check-in. Seluruh tubuh badannya terasa penat dan dia sendiri sudah mengantuk kerana hari sudah lewat malam. Nasib baik urusan di kaunter itu tidak lama dan dia mudah sahaja mendapat kunci untuk ke biliknya memandangkan dia sudah siap membayar harga bilik itu melalui atas talian.
Juwita merebahkan tubuhnya di atas katil. Badannya penat tetapi matanya terasa segar sahaja. Terkebil-kebil dia memandang siling bilik hotel tanpa perasaan. Sekejap dia berkalih ke kanan. Sekejap dia berkali ke kiri. Kemudian meniarap. Tiba-tiba sahaja wajah lelaki itu terbayang-bayang di layar matanya.
Juwita menggeleng laju. No Juwita, no! Ingat apa yang dia buat dekat kau dulu! Jangan nak cepat sangat mengalah! Kalau boleh jangan mengalah langsung!
Come on Juwita! You can do this! Aja aja fighting!!!
Selepas puas memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri, Juwita bingkas bangun dari baringannya lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas mandi barulah dia dapat tidur dengan nyenyak tanpa membayangkan wajah Haris lagi.
***
Sebaik sahaja Juwita pulang ke biliknya selepas bersarapan pagi di ruang makan, terus sahaja dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sekali lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi dan dua jam sahaja lagi sahabat yang dikenalinya ketika di Amerika itu akan bernikah. Ketika di Amerika dulu, Hafeezah telah menjadi rakan sebiliknya selama enam bulan dan sepanjang tempoh itu dia dan gadis itu menjadi rapat dan kini gadis itu boleh digelar sahabat baiknya.
Selesai sahaja membersihkan diri, Juwita duduk di hadapan meja solek. Tuala putih yang membungkus rambutnya yang panjang dileraikan dari kepala membuatkan rambutnya yang masih lembab itu terurai hingga paras pinggang. Tangannya mencapai pengering rambut di atas meja solek lalu dihidupkan. Perlahan-lahan pengering rambut itu dilalukan pada rambutnya dengan rata supaya rambutnya itu kering. Untuk membiarkan rambutnya itu kering secara normal pasti akan mengambil masa berjam-jam, jadi lebih baik dia menggunakan alat itu sahaja walaupun dia tahu tidak elok menggunakan pengering rambut dengan kerap.
Apabila rambutnya sudah kering, Juwita memulakan sentuhan pada wajahnya pula. Mula-mula dia menyembur wajahnya dengan air khas untuk melembabkan wajah. Kemudian dia meratakan foundation di seluruh muka dan concealer di bahagian-bahagian tertentu. Selepas itu, dia memakai sedikit blusher, eyeshadow berona merah jambu, maskara dan eyeliner hitam secara nipis. Akhir sekali, Juwita sudahi segala-galanya dengan memakai pelembab bibir dan secalit gincu nipis juga berona merah jambu. Wajahnya tampak ringkas sahaja dengan solekan nipis dan ringan tetapi masih manis untuk dipandang.
Almari baju dibuka. Sepasang kebarung moden berwarna hijau gelap yang sudah siap bergosok dibawa keluar lalu disarungkan pada tubuhnya. Baju itu masih terletak elok pada tubuhnya walaupun usia baju itu sudah mencapai dua tahun. Juwita memasang aksesori pada baju itu sebelum mula melilit selendang kelabu menutupi rambutnya.
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomanceCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...