Seperti yang dijanjikan, inilah dia bab terakhir utk TSH. Andai kata ada terkurang di sini sana, mohon ampun ya. Last but not least, enjoy reading and pls show your love to this story by leaving comment or like! ❤
***
Akhirnya, penantian yang sekian lama bakal berakhir juga hari ini. Setelah hampir dua tahun mengenali Haris sejak kali pertama mereka berjumpa di klinik lelaki itu, akhirnya mereka berdua akan disatukan dalam ikatan perkahwinan hari ini.
Juwita sudah siap dalam persalinan baju kurung moden putih gading yang direka khas untuknya oleh Carla, pereka fesyen merangkap kawan baiknya sendiri. Juwita tersenyum sendiri. Tidak sangka dalam masa tidak sampai satu jam sahaja lagi, statusnya akan bertukar daripada single kepada married.
"Cantiknya adik Kak Ju ni..." puji Julia sambil melihat adiknya. Juwita kelihatan berseri-seri sungguh hari ini lebih-lebih lagi dalam busana itu. "I'm gonna miss you so much, adik. You are still going to be my baby sister forever..." ujarnya dengan sedikit sebak.
Juwita terus mendakap tubuh kakaknya. Walaupun perut Julia sedang memboyot membawa kandungan yang sudah sarat sembilan bulan, tetapi Juwita masih dapat memeluk tubuh Julia dengan erat.
"I love you so much, kakak. You're the best sister that I could ever ask for. Walaupun adik bukannya adik kandung kakak, tapi kakak tak pernah layan adik macam tu."
"Juwita adik Kak Ju sampai bila-bila... forever and ever!"
"Err... ada sesi jejak kasih ke ni?" Sedang Juwita dan Julia berpelukan, tiba-tiba Norman menyampuk dari muka pintu.
Juwita dan kakaknya merungkaikan pelukan dan sama-sama ketawa. Kemudian Julia memegang perutnya yang sudah membulat itu lalu mencari kerusi yang terdekat. Pinggang yang terasa sengal diurut-urut perlahan.
"Sakit lagi ke sayang?" Norman mendekati Julia lalu turut mengurut perlahan pinggang isterinya. Sejak malam semalam lagi Julia mengadu sakit pinggang. Risau juga dia jadinya memandangkan tarikh Julia akan bersalin dijangka lebih kurang 10 hari lagi.
"Sikit je... biasalah perut dah besar macam ni memang selalulah sakit- sakit." Julia memberitahu. Dia tidak mahu merisaukan Norman. Lebih-lebih lagi hari ini hari penting buat Juwita, jadi dia tidak mahu merosakkan majlis penting ini.
"Lepas ni kita pergi hospital."
"Tak payahlah...." Julia menggeleng laju. "Sikit je ni."
"No sayang. Kali ni you kena dengar cakap I," ujar Norman tegas.
Julia hanya mampu mengangguk. Suami dah suruh, ikutkan ajelah....
Apabila rombongan pihak lelaki sudah tiba, Juwita dipanggil turun untuk sesi akad dan nikah. Juwita berdebar-debar kerana sebentar lagi dia akan menjadi Puan Juwita Natalia.
Diam tak diam sudah dua tahun sejak kali pertama dia berkenalan dengan Haris. Setelah pelbagai peristiwa dan dugaan yang berlaku dalam hubungan mereka sepanjang tempoh itu, akhirnya mereka berdua akan disatukan jua dalam sebuah ikatan perkahwinan hari ini.
Juwita berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga dengan Julia di sebelahnya. Saat matanya bertembung dengan sepasang mata Haris yang sudahpun berada di ruang tamu rumahnya itu, Juwita tersenyum penuh debar.
Belum sempat kakinya mendarat di tingkat bawah, langkahnya terhenti di anak tangga. Kakaknya Julia yang tiba-tiba berhenti melangkah dan memegang erat penghadang tangga itu membuatkan Juwita juga turut berhenti melangkah. Risau Juwita jadinya melihat Julia yang tiba-tiba sahaja berkerut seperti menahan sakit dan wajahnya pula sudah mula basah dengan peluh.
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomansaCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...