BAB 33

18.4K 831 21
                                    

Juwita menyusun pinggan mangkuk yang berisi lauk di atas meja. Semuanya masih berasap nipis kerana baru sahaja dimasak sebentar tadi. Bau asam pedas ikan tenggiri yang dimasak oleh Puan Hidayah memang cukup menyelerakan.

Sebentar tadi, sengaja Puan Hidayah meminta Juwita memasak lauk udang sambal petai dan sayur goreng campur. Nasib baik masak-memasak sudah menjadi kebiasaan buat Juwita, jadi hal itu tidak menjadi masalah kepadanya. Tidak susah untuk dia menyediakan udang masak sambal petai dan sayur goreng campur kerana ianya sangat mudah sahaja.

Ketika hampir dua jam mereka bertiga berada di dapur untuk memasak, macam-macam cerita yang dibualkan. Biasalah, orang perempuan kalau dah bersama, memang mulut tak akan boleh duduk diam! Juwita berasa amat selesa berada bersama mama dan adik Haris yang ternyata memang sangat ramah.

"Nis... pergi panggil along turun makan. Lama dia kat atas tu. Tertidur agaknya," ujar Puan Hidayah sambil meletakkan jug air oren di atas meja makan.

Tanpa banyak soal, Hanis terus melangkah ke tingkat atas untuk memanggil abangnya. Tak sampai seminit, dia turun semula berseorangan.

"Betul cakap mama... he fell asleep in his towel!" ujar Hanis lalu ketawa geli hati. "Hanis dah gerak tadi. Along kata tunggu kejap dia nak dress up."

Juwita turut ketawa kecil. Kesian abang... mesti penat sangat sampai tertidur dalam kain tuala!

"Gelak apa tu..." Haris bersuara dari tangga apabila melihat Juwita dan adik sedang tertawa. Juwita menggelengkan kepala dan tersenyum kepada Haris.

"Hmmm... sedapnya bau!" ujar Haris teruja apabila berada di meja makan. Sudahlah dia memang sedang lapar, makanan-makanan yang terhidang di hadapannya membuatkan dia menjadi semakin lapar! "Yang mana satu Lia masak?" tanya Haris.

Juwita angkat bahu pura-pura tak tahu. Dia senyum sahaja kepada Haris, sengaja tidak mahu menjawab soalan lelaki itu.

"Dah... duduk, duduk. Dah pukul 1 ni, eloklah kalau kita lunch dulu. Tadi kata lapar sangat..." Puan Hidayah berkata.

Mereka masing-masing mula mengambil tempat di meja makan itu. Haris mengetuai bacaan doa sebelum semuanya mula menjamu selera.

Selesai makan, mereka semua duduk berehat sebentar di ruang tamu. Hanis sempat pula menghidangkan creampuff yang dibawanya sebentar tadi dengan air teh panas yang entah bila disediakan. Tup tup semuanya dah terhidang!

"Sedapnya makan hari ni... kalau dapat makan hari-hari macam ni kan best!" ujar Haris. "Sambal udang tadi memang terbaiklah mama... sedap! Mama memang champion!"

Puan Hidayah tergelak kecil. "Of course mama champion... tapi yang sambal udang tu bukan mama yang masak. Girlfriend along yang masak..."

Haris angkat kening memandang Juwita tetapi gadis itu buat tak tahu sahaja. Siap menggeleng kepala lagi!

"Patutlah sedap sangat... buah hati yang masak!" usik Haris sambil tersenyum. "Haila... lambatnya nak tunggu sebulan lagi nak masuk meminang orang tu..." Haris mengeluh. Wajah Juwita yang duduk bertentangan dengannya ditatap lama dari jauh.

"Alah along... tak mati aihhh kalau tak jumpa sebulan! What doesn't kill you makes you stronger, along!" sampuk Hanis selamba sambil membedal creampuff yang dibuat oleh Juwita.

"Banyaklahhh kau punya falsafah, Nis! Yang nak kena menanggung rindu tu along tau!"

Terkekeh-kekeh Hanis ketawa apabila mendengar kata-kata alongnya. "Poyo la along ni. Rindu kononnnn! Susah jugak kan kalau dah tua-tua macam along ni baru nak bercinta balik? Over-think!"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now