[Picture: Juwita tanpa cermin mata hahaha]
"Dah... dah siap dah. Adik baru on the way nak bayar. It's okay, you don't have to come in. Okay... bye."
Haris hanya mendengar sahaja perbualan Juwita bersama seseorang di dalam talian. Melalui panggilan yang Juwita gunakan terhadap dirinya sendiri, Haris meneka bahawa orang yang berada di dalam talian itu pasti ahli keluarganya.
"I have to go," ujar Juwita tanpa memandang Haris.
"Juwita..." Baru sahaja Juwita hendak berlalu, Haris memanggil namanya.
Juwita berhenti melangkah. Wajah Haris yang seperti ingin berkata sesuatu dipandangnya.
"Drive safe."
Juwita hanya senyum segaris sebelum meneruskan langkahnya ke arah kaunter pembayaran. Sebaik sahaja Juwita hilang dari padangannya, Haris menepuk dahi kuat.
Adui Haris... bukannya susah sangat nak sebut perkataan 'sorry'!
Ish, tak gentle langsung la Haris!
***
Juwita yang baru sahaja sampai ke rumah daripada sekolah terus berlari-lari anak masuk ke dalam biliknya. Latihan bola baling di sekolah membuatkan dia lambat pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang dan pada pukul 5 petang dia perlu ada di butik pengantin untuk final fitting baju pengantin Julia dan juga bajunya sebagai pengapit kakaknya pada hari perkahwinan itu nanti.
Juwita terus melangkah masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya. Lama dia brada di dalam bilik air kerana berendam dalam tab mandi untuk menghilangkan penat yang merajai selurh tubuh badannya. Selesai, dia hanya keluar dari bilik air memakai jubah mandi dengan rambut yang berbungkus dengan kain tuala.
Almari baju dibuka dan Juwita membelek-belek baju yang berada di dalam almarinya itu. Sehelai blaus merah berserta seluar slack hitam menjadi pilihannya.
Selesai mengenakan pakaian, Juwita duduk di meja solek dan mengeringkan rambutnya yang masih lembab menggunakan pengering rambut. Kemudian dia mencapai alat mekapnya di atas meja solek dan memulakan sentuhan pada wajahnya. Juwita sekadar mengenakan solekan nipis tetapi nampak segar agar wajahnya yang nampak penat tidak terlalu menonjol.
Apabila sudah berpuas hati dengan hasil tangan sendiri, Juwita menyanggul rambutnya yang panjang dengan kemas lalu melilit selendang berona merah jambu berbunga putih di kepalanya. Akhir sekali, dia mencapai kanta lekap di dalam bekas dan perlahan-lahan dipakai pada matanya. Selalunya dia hanya akan memakai cermin mata dan kanta lekap hanya akan dipakai pada masa-masa tertentu.
Juwita beralih ke arah cermin besar yang terletak disudut bilik. Imej dirinya sendiri yang terpapar pada cermin besar itu ditilik sekejap. Bibirnya mengukir senyuman manis apabila berpuas hati melihat diri sendiri.
Sesiapa yang tidak mengenali dirinya, pasti tidak akan menyangka bahawa Juwita Natalia, seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah dan sentiasa dengan imej biasa akan kelihatan seperti Juwita Natalia yang sekarang ini.
Bagi Juwita, kedua-dua cara tetap menunjukkan dirinya sendiri. Ada sebab mengapa dia kadang-kala berpakaian seperti biasa dan kadang-kala dia boleh berubah dalam sekelip mata. Bukan sengaja dia menyorokkan segala-galanya di sebalik cermin mata besar dan baju-baju biasa. Bukannya dia tidak tahu bergaya. Tetapi sisinya yang seperti ini tidak selalu ditunjukkan kepada orang luar atas sebab-sebab tertentu. Selalunya bila dia berpakaian seperti ini, ramai orang tidak akan mengenali dirinya.
Juwita terpaksa membuat keputusan seperti ini kerana kisah silam yang pahit dan masih tidak dapat dilupakannya sehingga sekarang.
Lamunan Juwita terhenti apabila dia menyedari jam sudah hampir ke pukul 4.30 petang. Pantas dia mencapai beg tangan dan melangkah keluar dari biliknya. Rumah itu kedengaran sunyi sepi kerana tiada sesiapa di rumah. Ayahnya seperti biasa pasti berada di pejabat manakala ibunya pula rajin menghadiri aktiviti-aktiviti lain. Petang-petang begini pasti ibunya berada di masjid mengikuti kelas mengaji.
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
Roman d'amourCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...