BAB 51

20.8K 839 49
                                    

Juwita memarkirkan keretanya di tempat parkir yang kosong apabila dia sampai sahaja di VCR, kafe yang Haris cadangkan. Juwita belum pernah lagi merasa kopi di sini tetapi dia acapkali juga mendengar tentang kafe yang popular dalam kalangan penggemar kopi ini. Sedikit sebanyak dia tidak sabar juga ingin merasa kopi di VCR memandangkan dia juga seorang penggemar kopi.

Sebelum turun dari kereta, Juwita mengeluarkan gincu dari beg tangannya dan dicalitkan ke bibir dengan nipis; sekadar untuk membaiki gincu yang dipakai di rumah sebelum ke hospital tadi. Sebaik sahaja dia turun dari keretanya, Juwita melihat Haris sedang memarkirkan keretanya selang beberapa buah kereta daripada kereta Juwita. Sebelum Haris turun dari keretanya, sempat lagi Juwita memandang cermin kereta dan membetulkan blaus fishtail berona merah jambu yang dipakainya hari ini. Selendang hitam dikepala juga dikemaskan sedikit.

Eh eh kau ni Juwita. Kenapa nak melawa sakan ni? Are you trying to impress him or what?

Choi, tak ada makna! Kau ni hati... sokong aku sikit boleh tak? Jangan nak jadi batu api eh!

"Dah cantik dah tu sayang..." ujar Haris yang tiba-tiba sahaja sudah berdiri di sebelah Juwita membuatkan Juwita yang sedang membetulkan selendangnya terkejut. "You've never failed to impress me, Lia. Makin lama tengok jadi makin cantik pulak. Apa rahsia ya?" usik Haris.

"Eleh, yelah tu..." Juwita menjeling Haris. Sebenarnya dia jadi malu apabila dipuji begitu oleh Haris.

"Betul sayang... tak tipu. Come, let's go." Tangan kanan Haris dihulurkan seperti ingin memegang tangan Juwita.

Juwita menjegilkan matanya. "Amboi... tak agak-agak!"

Haris ketawa kecil. Tangannya yang tidak disambut itu ditarik semula ke sisi. "Alah, abang acah-acah je!" ujar Haris sambil tersengih.

Mereka berdua kemudian berjalan beriringan masuk ke dalam kafe yang sememangnya sangat terkenal itu. Walaupun jam baru sahaja menginjak ke pukul 11 pagi, tetapi kafe itu sudah pun dikunjungi orang.

Haris memilih tempat di bahagian hujung sedikit dan ditepi tingkap supaya mendapat lebih privasi bersama Juwita. Sebaik sahaja mereka duduk di situ, pelayan datang untuk mengambil pesanan.

"Abang nak pesan apa?" tanya Juwita sambil membelek-belek buku menu.

"I would like to try the espresso and the potato waffle. Lia? I think you should order some food too."

"Kenapa?"

"Lia nampak kurus sikit. Masa dekat Amerika kurang makan ke?"

"Kurus?" Juwita seperti tidak percaya. "Tak adalah! Lagi bertambah berat ada. Abang yang silap tengok ni..."

Memang betul pun, beratnya semakin bertambah bukannya semakin berkurang!

Haris hanya ketawa. "So, nak order apa?"

Juwita berpaling memandang pelayan lelaki yang kelihatan seperti berbangsa Cina itu. Sejak tadi pelayan itu asyik memandangnya sahaja. Rasa kurang selesa pun ada, tetapi apabila memikirkan lelaki itu ialah pelayan yang ingin mengambil pesanannya, Juwita buat tidak peduli sahaja. Biasalah tu kalau dia pandang... kalau tak pandang macam mana nak ambil order kan? Ambil order sambil pejam mata?

"What would you recommend for me?" tanya Juwita kepada pelayan lelaki yang memakai tag nama Joe itu.

"I think you should try 'The King'. That's the best in our cafe," ujar lelaki kacak itu sambil tersenyum tak sudah. Haris pula sudah memandang lelaki itu lain macam.

Juwita turut membalas senyuman lelaki itu kembali. "Alright, then. I'll give it a try."

"Minum?" tanya Joe sambil menulis sesuatu di atas buku nota kecilnya.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now