Haris masih lagi senyap dan tidak berkata apa-apa meskipun sudah hampir setengah jam dia, Aidil dan Norman berada di restoran itu. Kadang-kadang jari-jemarinya mengetuk meja secara spontan, membuatkan Aidil dan Norman berpandangan antara satu sama lain. Belum pernah mereka berdua melihat Haris sebegini rupa sebelum ini.
Aidil menyiku Norman, menyuruh lelaki itu memulakan perbualan dulu. Yelah, Norman dan Haris sebaya manakala Aidil lebih muda daripada mereka berdua. Walau bagaimanapun, Aidil yang terlebih dahulu sudah bergelar bapa manakala Norman sedang menunggu masanya kerana baru-baru ini, Julia disahkan hamil dua bulan.
Norman memandang Haris yang dari tadi kelihatan resah sahaja. "Wei Haris, apa masalah kau sebenarnya ni? Dah nak mereput kitorang tunggu kau cerita tapi dari tadi kau diam je. Apa cerita sebenarnya ni bro?" tanya Norman setelah lama berdiam diri.
"Entah kau ni... aku sanggup tinggalkan Dian dengan Anas dekat rumah sekejap sebab nak jumpa kau tau. Dahlah isteri aku tu tengah berpantang lagi," ujar Aidil yang sejak tadi asyik memikirkan isterinya di rumah yang ditemani oleh mummynya.
Nasib baik kau sepupu aku, Haris. Kalau tak... tak ada makna aku nak tinggalkan Dian dengan Anas malam-malam macam ni! Dibuatnya Anas menangis tak berhenti, tak ke haru Dian nanti!
Haris melarikan jari-jemari pada rambutnya membuatkan rambutnya menjadi sedikit berselerak. Kemudian lelaki itu mengeluh berat
"Entahlah bro... aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana," ujar Haris tidak bersemangat. "Kusutlah... aku tak sangka a woman can drive me crazy like this. Gilalah..."
Norman dan Aidil berpandangan lagi kemudian mereka berdua tersenyum. Ingatkan apa bendalah yang penting sangat... rupa-rupanya masalah hati dan perasaan!
"Tentang perempuanlah ni?" tanya Norman. Haris mengangguk. "Come on la Haris, you're a grown up man! Dah 33 tahun kot! Still can't make up your mind bila berkaitan dengan perempuan?"
"Man, kau cakap senanglah! This one is different. Tak macam yang dulu-dulu tu..." ujar Haris sedikit geram dengan Norman.
"Maksud kau yang kali ni memang stok-stok isteri la?" tanya Aidil. Bukan dia tidak tahu Haris ketika zaman belajar berperangai seperti mana. Petik jari, sepuluh perempuan beratur! Nasib baik semenjak sudah bekerja, tabiat Haris yang satu itu sudah pudar.
"I'm already 33 years old, Aidil. Mestilah nak kena cari isteri! Kau ingat aku ada masa nak mingle around macam dulu-dulu ke?"
Haris memang tidak dapat menafikan bahawa dia juga pernah merasa hidup bebas, lebih-lebih lagi ketika masih menuntut di Rusia dalam bidang perubatan. Waktu itu, bertukar perempuan ibarat bertukar baju sahaja bagi Haris. Walau bagaimanapun, tabiat itu sudah dikikis apabila dia pernah kecewa kerana seorang wanita. Semenjak itu, dia hanya menyibukkan diri bekerja setelah tamat pengajian dan bekerja di negara sendiri.
Sehinggalah apabila dia bertemu dengan Juwita hampir setahun yang lepas.
"Siapalah yang dah buat sepupu kita tonggang-terbalik ni Man..." ujar Aidil kepada Norman dengan nada mengusik.
Haris menjeling. "Korang kenal dia..." gumam Haris perlahan. "Kenal sangat."
"Serius? Siapa?" tanya Norman tak sabar-sabar.
"Juwita Natalia Datuk Kamil."
Mata Norman terbeliak manakala Aidil pula sudah ketawa terbahak-bahak.
"Man, Haris nak jadi biras kau tu!" usik Aidil dengan tawanya.
"Kau biar betul Haris? Bukan ke kau dengan dia punya jalan cerita masa kenal dulu tu disaster gila?" soal Norman seperti tidak percaya. Juwita Natalia... adik ipar aku tu!
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomanceCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...