Haris tekun melihat Dr. House yang sedang melakukan pembedahan terhadap kakinya sendiri dalam televisyen walaupun fikirannya sudah lama melayang jauh. Drama bersiri House yang merupakan kegemarannya sedang bermain di kaca televisyen pun tidak mampu menarik perhatian Haris kali ini.
"Along ni tengah tengok TV ke, atau TV tu yang tengok along?" usik Hanis ketika sedang menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sebelah abangnya. "Bila sampai?" tanya Hanis.
Pelik juga dia melihat abangnya pulang ke rumah ibu bapa mereka pada pagi Sabtu seperti itu. Selalunya Haris jarang ke rumah itu kerana jadual kerjanya yang sentiasa sibuk. Oleh sebab itu dia lebih selesa tinggal di sebuah kondominium secara bersendirian."Tengah malam semalam..." jawab Haris malas. Mata masih tak lekang dari memandang televisyen.
"Mimpi apa balik sini?"
"Cuti seminggu. Bosan duduk seorang kat rumah."
Hanis senyum lebar. "Cuti seminggu? Wah wah... bukan senang nak tengok along cuti panjang ni!"
"Kalau bosan... cari isteri, along." Puan Hidayah tiba-tiba menyampuk dari ruang makan. "Boleh dia teman along, jaga along. Tak adalah bosan sangat hidup tu... Ini tidak, sibuk memanjang dengar kerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Hidup tu jadi meaningless tahu tak along? Umur dah 33 tahun, bukannya muda lagi!" bebel Puan Hidayah lagi.
Haris mengeluh lemah. Nak buat macam mana mama, orang dah tak nak dekat anak mama ni. Nak kahwin macam mana? Layankan sajalah bebelan mama tu...
Hanis tersengih melihat wajah alongnya. Ini tak lain tak bukan masalah cinta la ni, sampai masam sangat muka tu. Nampak tak ada semangat langsung! Sejak bila Doktor Haris Redzuan boleh jadi macam ni sekali? Hanya Juwita je yang boleh buat alongnya jadi begini.
"Okeylah mama... Hanis pergi sekolah dulu. Nanti lambat pulak..."
"Eh, tak nak breakfast dulu ke? Kata ada latihan sukan kan? Nanti pengsan pulak sebab tak makan."
Hanis menggeleng perlahan. "Tak apalah ma. Hanis nak ambil Juwita dekat rumah, semalam Hanis dah janji nak pergi sama-sama dengan dia. Nanti kitorang breakfast sekalilah..." ujar Hanis. Sengaja dia menekan nama Juwita untuk melihat reaksi abangnya.
Cepat sahaja mata Haris berpaling memandang adiknya. Hanis nampak tetapi sengaja dia buat tak tahu.
"Hmm, yelah. Hati-hati drive..." pesan Puan Hidayah.
Belum sempat Hanis mencapai kunci keretanya, Haris cepat-cepat menutup televisyen dan mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluar.
"Along hantar Hanis la pagi ni. Lagipun along bukannya ada buat apa-apa pun..." dalih Haris. Sedangkan dia yang hendak berjumpa dengan Juwita!
Hanis menyembunyikan senyumnya. Eleh along ni... propa sangat!
"Eh, tak payahlah. Lagipun Hanis nak pick-up kawan ni!"
Haris buat tak peduli dan terus menuju ke pintu rumah. "Tak apalah, nanti along ambil sekalilah Juwita tu dekat rumah dia..."
"Kitorang nak breakfast dulu tau!" ujar Hanis lagi.
"Yelah, along tahu. Nanti along belanja sekalilah breakfast tu. Cakap je nak makan apa, kat mana. Dijamin beres!" ujar Haris penuh semangat.
Hanis senyum mengusik. "Mentang-mentanglah nak jumpa girlfriend dia..." gumam Hanis perlahan.
"Girlfriend? Along ada girlfriend?" tanya Puan Hidayah yang kebetulan terdengar kata-kata anak perempuannya tadi.
"Girlfriend dalam proses mama..." usik Hanis. Haris sudah menjegilkan mata kepada adiknya.
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomanceCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...