BAB 53

19.1K 819 60
                                    

Sebaik sahaja Juwita selesai mengisi perutnya yang kosong sejak malam semalam, dia terus melangkah naik semula ke bilik untuk menghubungi Haris. Sebelum itu, dia ingin menghubungi Khal terlebih dahulu untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Kata dah move on, tapi pergi masuk meminang lagi buat apa? Cakap tak serupa bikin betul Abang Khal ni!

"Hello, Abang Khal!" sergah Juwita sebaik sahaja taliannya berjawab.

"Amboi, salam takde, apa pun takde terus sergah macam tu je?" tanya Khal dengan gelak kecil.

"Abang tipu Ju!"

"Bila masa pulak abang tipu Ju? Ju merepek apa ni?"

"Hari tu abang kata abang boleh terima keputusan Ju, tapi semalam apa yang dah jadi?"

Makin pelik Khal yang berada di hujung talian. Sepatah apa pun tiada tidak faham apa yang sedang dikatakan oleh Juwita.

"Apa yang dah jadi???" Khal bertanya semula.

"Abang masuk meminang Ju!" marah Juwita.

"Hah?!" Ternyata Khal juga turut terkejut mendengar berita itu daripada Juwita. Terus dia terduduk dari baringannya.

"Kenapa buat-buat terkejut pulak?"

"Bila masa abang masuk meminang Ju? Abang masih kat hospital lagi ni! You know that Ju!"

"Habis tu kenapa parents abang masuk meminang Ju? Takkan abang tak tahu langsung?"

Tergeleng kepala Khal. Pelipis diurut walaupun dia tidak sakit kepala pun. "Ini kerja mama dengan papalah ni Ju..." ujar Khal. "Sumpah Ju... abang langsung tak tahu! Kita dah bincang kan pasal hal ni? Takkanlah abang nak masuk meminang Ju tiba-tiba pulak!"

Juwita terdiam. Boleh jadi juga memang mama dan papa Khal yang masuk meminangnya tanpa pengetahuan Khal langsung. Memang dari dulu lagi kedua-dua orang tua Khal dan orang tuanya cukup bersetuju jika dia dan Khal menjalinkan hubungan selepas kakaknya Julia yang disangka bersama Khal sebelum ini rupa-rupanya memilih Norman.

"Habis tu sekarang ni macam mana Abang Khal? Please... do something!" Juwita merayu.

"Okey, okey... Ju relaks dulu. Abang akan cakap dengan mama and papa tentang hal ni, okey?"

"Thank you, abang!"

Selepas mematikan talian, Juwita menghela nafas lega. Nasib baik. Mati-mati dia ingatkan Khal mengkhianati apa yang sudah dibincangkan oleh mereka tempoh hari. Rupa-rupanya mama dan papanya yang membuat rancangan itu tanpa memberitahu Khal dahulu.

Pantas Juwita mencari nombor Haris pula untuk dihubungi. Sejak semalam lagi dia tidak menghubungi lelaki itu. Kali pertama, tidak berjawab. Juwita mencuba lagi. Masih tidak berjawab. Kali ketiga... terus masuk voicemail!

Aik, kenapa pulak ni?

Juwita menyedapkan hatinya dengan menganggap mungkin Haris sedang bekerja dan tidak boleh menjawab panggilan. Juwita tunggu sehingga satu jam dengan sabar dan berdoa agar panggilannya nanti berjawab. Hari sudah menunjukkan ke jam 4 petang dan Juwita perlukan Haris untuk datang ke rumahnya hari ini juga!

Tolonglah... tolonglah jawab!

"Abang!" Juwita bersuara ceria apabila panggilannya kali ini berjawab. Syukur!

"Sayang sorry... abang tak boleh jawab call tadi."

"Abang kat mana ni? Berkali-kali Lia call tapi abang tak angkat pun."

"Abang... abang ada kat hospital ni," ujar Haris. "Haa, kat hospital." Ulangnya lagi.

"Abang... kita ada masalah besar!"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now