[Pic : Reaksi Juwita masa Haris sebut tentang kahwin. He must be kidding 🙈]
***
Sampai sahaja di rumah, Juwita terus berbaring di atas katil. Keadaan di luar rumah sudah semakin gelap dan azan maghrib juga bakal berkumandang tidak lama lagi. Juwita masih berbaring sambil memandang siling. Dia teringat kembali kejadian di Seoul Garden petang tadi.
"Kahwin? Awak ni biar betul Haris..." ujar Juwita seperti tidak percaya. Dia tergelak kecil untuk menutup gugup di dalam hati.
"Saya tak main-main Lia. Saya serius," ujar Haris tanpa senyuman.
Tawa Juwita mati. Dia telan air liur yang terasa kesat. "Kita bukannya suka sama suka pun kan?" tanya Juwita perlahan.
"Saya suka awak. Saya tak tahu sejak bila tapi saya memang dah suka awak, Lia." Haris memberitahu jujur. "Saya tahu awak tak ada perasaan terhadap saya, tapi kalau saya berjaya pikat hati awak, awak sudi terima saya?"
Juwita terdiam. Dia tidak tahu ingin membalas apa dan dia juga sebenarnya terkejut dengan pengakuan Haris. Doktor terlebih handsome ni suka aku? Eh... termengaku pulak dia handsome.
"Pergh Ju... aku tak sangka along aku minat dekat kau selama ni! Kau dapat restu aku 200% Juwita!" sempat lagi Hanis mengusik sambil tersengih.
Juwita menjeling Hanis. "Kau ni..."
"Boleh, Lia?" tanya Haris sambil memandang tepat ke mata Juwita sekali lagi.
Seperti biasa, Juwita melarikan pandangannya. "Awak cubalah dulu..." ujarnya perlahan seperti bercakap dengan diri sendiri.
Sejurus selepas dia menuturkan ayat itu, Juwita terasa menyesal. Really Juwita? Kau bagi kebenaran dekat dia untuk mengorat kau la sebenarnya ni?!
"Yes! Awak ingat perjanjian kita ni ya. Hanis jadi saksi!"
"Fine...." Juwita menjawab malas. Buat masa ini dia yakin bahawa dia tidak akan mudah terpikat dengan Haris memandangkan dia tidak ada sedikit perasaan pun pada lelaki itu.
Betul ke ni Juwita? Yakin boleh tepis? Bukan mudah ni!
Ting!
Bunyi telefon bimbit membuatkan lamunan Juwita terhenti. Tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja tidur di sebelah katil.
Pesanan WhatsApp daripada Haris.
Dah sampai rumah? - Haris
Dah. - Juwita
Thanks, Lia. I really had a great time today. - Haris
Tanpa sedar bibir Juwita mengukir senyuman.
Eventhough you had popcorn all over your body? 😉 - Juwita
Sebab awak yang buat, saya redha je sayang... - Haris
Apa sayang-sayang? 👊👊👊 - Juwita
Saya tengah biasakan diri ni. Orang kata practice makes perfect tau! - Haris
😑😑😑 - Juwita
Oklah Lia, dah maghrib ni. Siap-siap nak solat. Kalau kita ada jodoh, nanti boleh saya jadi imam awak Lia. Doakan ya... - Haris
Juwita tersenyum sendiri. 'Boleh saya jadi imam awak Lia.' Berulang kali Juwita membaca ayat yang sama.
Adui, Juwita Natalia! Takkan baru sekejap dah nak masuk jerat Haris kot? No no no!
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomanceCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...