BAB 31

19.9K 954 42
                                    

Juwita melihat diri sendiri di hadapan cermin besar di dalam biliknya. Berkali-kali dia menilik diri sendiri agar hatinya puas. Baju kurung kosong berwarna biru dan berkain kotak-kotak tersarung elok di tubuhnya. Selendang berona kelabu pula dililit dengan kemas di kepalanya tanpa sedikit pun cacat-cela.

Fokusnya teralih dari cermin ke telefon bimbit apabila telefonnya itu berbunyi. Pesanan dari Haris dibaca.

Abang dah sampai depan rumah. Ayah dengan ibu Lia ada ke? - Haris

Tak ada, tapi Lia dah inform awal-awal kata nak keluar dengan abang. Give me a minute and I'll be there. -Juwita

Juwita melihat dirinya buat kali terakhir sebelum mencapai beg tangan dan melangkah menuruni anak tangga. Sempat dia singgah di dapur untuk mengambil beg kertas yang berisi mini creampuff yang dibuat pagi tadi. Kemudian, dia terus keluar daripada rumah. Pintu pagar automatik dibuka dan dia lihat kereta Haris sudah terparkir elok di luar pagar.

Haris keluar dari kereta dan membuka pintu di bahagian penumpang untuk Juwita. Tersenyum dia melihat Juwita yang sungguh ayu berbaju kurung biru, sedondon pula dengan warna baju kemeja yang dipakainya. Bukannya dia tidak pernah nampak Juwita berpakaian seperti ini, tetapi hari ini Juwita nampak lebih berseri-seri walaupun kelihatan sedikit resah.

"Kenapa nampak gelisah je ni?" tanya Haris ketika sudah memandu. Wajah Juwita dipandang sekilas.

Juwita bermain dengan jari-jemarinya sendiri di atas paha. "Nervouslah..." ujar Juwita sambil memandang jari-jemarinya.

"Nak nervous apa?"

Juwita berkalih memandang Haris yang tenang memandu. "Macam mana kalau mama abang tak suka Lia?" Persoalan itulah yang sering bermain di minda Juwita, sejak Haris memberitahu bahawa ingin membawa dirinya berjumpa mama lelaki itu.

"Tak mungkinlah Lia... I know my mother. Mama abang mesti suka Lia punya. Siapa yang tak suka kalau dapat menantu cantik macam sayang ni..." usik Haris bagi meredakan kegusaran yang bermain di fikiran gadis kesayangannya itu.

"Abang... Lia serius ni!"

Haris tergelak kecil. "Lah... abang pun serius la ni! Bila masa abang main-main?"

Juwita kembali memandang ke hadapan sambil memeluk tubuh. Masam mukanya kerana Haris tidak ambil serius akan kegelisahan yang bersarang dalam dirinya. Sudahlah ini kali pertama nak berjumpa dengan bakal ibu mertua... nervous tahu tak!

"Sayang..." Panggil Haris lembut apabila melihat Juwita sudah menarik muncung. "Kenapa masam sangat muka tu? Cuba senyum sikit sayang..."

Juwita buat tak peduli. Malas mahu melayan Haris. Lebih baik dia tenangkan fikiran sebelum berjumpa dengan bakal ibu mertuanya nanti.

"Aduh... terseksanya jiwa ni tak dapat dengar suara Lia. Senyum pun tak nampak. Nasib badanlahhh..."

Terukir juga senyuman di pinggir bibir Juwita apabila Haris berkata-kata begitu dengan suara yang dibuat-buat sedih. Lengan Haris dicubit pantas. Eii dia ni... mengada-ngada tau!

"Haa... baru nampak senyuman tu. Kena cubit pun, cubitlahhh! Lega hati abang... sikit lagi nak kena heart attack tadi!" usik Haris sambil memandang Juwita di sebelahnya.

Juwita mengambil kesempatan itu untuk mengamati wajah Haris. Nampak sedikit lesu. "Abang nampak penat je. Baru balik kerja ya?" Melihat baju kemeja yang dipakai Haris, Juwita sudah tahu jawapannya.

Haris mengangguk. "Abang dari hospital tadi. Sepatutnya cuti... tapi tak cukup staff pulak jadi abang turunlah malam semalam. Tadi baru habis shift."

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now