BAB 28

19.2K 977 63
                                    

"Hello, Ju..." Norman sengaja memandang Haris untuk melihat reaksi lelaki itu. "... lia." Sambung Norman membuatkan riak wajah Haris berubah. Haris menunjukkan penumbuk kepada Norman tanda tidak puas hati.

Mati-mati aku ingat dia nak call Juwita!

Norman ingin tergelak tetapi ditahan keinginannya itu. Aidil pula menunjukkan isyarat kepada Norman supaya membuka pembesar suara. Norman menyentuh skrin telefonnya untuk membuka pembesar suara.

"Normannnn, tak habis lagi ke 'guys talk' korang bertiga tu? Bila nak balik?" soal Julia yang kedengaran manja di hujung talian.

Norman tersengih. Aidil dan Haris pula sudah mahu tergelak tetapi segera ditahan.

"Kejap lagi I balik sayang..." ujar Norman dengan sengih tak sudah. Aidil buat gaya nak termuntah di depan Norman. "You tengah buat apa tu?"

"I tengah tengok Juwita buat kek ni. Tadi I paksa dia buat creampuff untuk I, sekarang ni I suruh dia buat oreo cheesecake pulak. Baby nilah... asyik nak makan je sayang..." ujar Julia manja.

Belum sempat Norman ingin membalas, terdengar satu lagi suara di hujung talian yang tiba-tiba menyampuk.

"Jangan percaya Abang Man! Kak Ju yang nak makan, dia salahkan baby pulak! Tengoklah sikit lagi confirm Kak Ju tembam!" usik Juwita sambil ketawa terkekeh-kekeh. "Nasib baik pregnant mother. Kalau tak... malas nak layan Kak Ju! Wekkkk!!!"

"Ooo... kutuk kakak ek! Jelir lidah pulak! Meh sini Juwita Natalia, kakak nak ikat lidah tu!!!"

Berdegung-degang bunyi Julia dan Juwita yang sedang gaduh-gaduh manja di dapur. Juwita pula sudah ketawa mengekek-ngekek apabila digeletek oleh kakaknya.

Haris yang mendengar suara Juwita yang kedengaran sangat ceria itu terus tersenyum. Terasa sudah amat lama dia tidak mendengar suara Juwita, apatah lagi seceria itu. Tak dapat tengok tuannya, dengar suara pun jadilahhh...

"Sayang, are you still there?" tanya Julia di hujung talian selepas selesai bergaduh dengan adiknya.

"Yes sayang... Juwita macam mana? You dah wrestling dia ke?"

"I dah ikat dia kat pokok mangga, bagi kena gigit dengan kerengga!" gurau Julia.

Haris terkedu. Eh eh Julia ni... kenapa nak ikat buah hati aku dekat pokok mangga pulak? Kan sakit kalau kena gigit kerengga tu!

"Eleh tipu! Kalau ikat adik kat pokok, siapa nak buat oreo cheesecake ni? Tak tercapailah hajat mak buyung tu nanti..." Juwita menyampuk lagi. Suaranya kedengaran perlahan sahaja berbanding suara Julia tetapi masih dapat didengari. Mungkin kerana jarak antara Julia dan adiknya sedikit jauh.

Haris tersenyum lega. Selamat buah hati aku...

"Eii, menyampuk je kerja dia. Cepat siapkan kek tu, tuan puteri nak bersantap ni."

Norman tergelak kuat. Macam-macam perangai isterinya yang satu ini!

"Norman, you call I ni ada apa sebenarnya?" soal Julia.

"Sebenarnya I nak tanya... you ingat tak hari tu you ada cerita pasal Juwita? You cakap nak carikan dia partner kan?" Norman memulakan plannya. Haris dan Aidil mendengar dengan fokus.

"Haa, cakap pasal tu!" Suara Julia kedengaran ceria tiba-tiba. "I've found the one!"

Riak wajah Haris sudah berubah. Norman pula yang rasa kesian terhadap sepupunya itu. "Siapa dia yang you dah jumpa tu sayang?" tanya Norman.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now