[Picture (gif) : Juwita yang tengah lap air mata hahaha]
***
Hari sudah lewat malam dan majlis resepsi Julia dan Norman juga sudah selesai. Dewan hotel itu juga sudah lengang dan hanya terdapat beberapa orang ahli keluarga rakan-rakan rapat Julia dan Norman sahaja lagi yang tinggal di situ bersama pekerja-pekerja hotel yang sedang mengemas dewan.
Julia dan Norman pula masih sibuk bergambar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang masih belum pulang. Dari jauh Juwita lihat kakaknya tiba-tiba menggamitnya supaya menghampiri mereka untuk bergambar. Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah Julia yang berada di atas pelamin, tiba-tiba seorang lelaki menghentikan langkahnya.
Juwita menjeling Yusuf yang sedang berdiri di hadapannya. Sudah lama dia tidak berhubung dengan lelaki ini semenjak dia ternampak lelaki yang juga merupakan kekasihnya itu masih keluar dengan wanita lain.
"Juwita... kenapa ni? What did I do wrong this time?" tanya Yusuf lembut memujuk.
Juwita tergelak sinis. "You dare to ask me that question, Yusuf?" Tajam renungan mata Juwita mencabar Yusuf.
"Sayang..." Yusuf cuba mencapai tangan Juwita tetapi Juwita pantas melarikan tangannya.
"Yusuf, don't." Juwita berkata tegas sambil berpeluk tubuh. "I might look easy to you but I'm not stupid."
Dahi Yusuf berkerut. "Apa yang awak cakap ni, Juwita?"
"You. Cheated. On. Me." Tegas suara Juwita menuturkan ayat itu sepatah-sepatah. "This is not the first time I saw you with that girl, Yusuf. Not the first time." Suara Juwita sudah kedengaran bergetar-getar. Matanya juga sudah berkaca-kaca. Nasib baik mereka berdua berada agak tersorok di bahagian tepi dewan itu.
Yusuf terdiam lama apabila mendengar kata-kata Juwita.
"Sayang..."
"Don't sayang-sayang me anymore Yusuf!" bentak Juwita dengan suara yang sebak. "Saya cuba tutup sebelah mata bila kali pertama saya ternampak awak dengan perempuan tu tapi saya bukan bodoh nak terima lagi bila nampak awak dengan perempuan yang sama buat kali kedua Yusuf!"
Hati Juwita sakit apabila mengucapkan ayat itu. Mulut berkata begitu tetapi pada hakikatnya hatinya tidak mampu untuk melepaskan Yusuf.
Juwita tahu ada mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka sekarang ini termasuklah Julia dan beberapa orang yang sedang berada di atas pentas itu yang sejak tadi menunggu kehadirannya. Juwita sudah tidak peduli dan air matanya juga sudah hampir menitis.
Aina, satu-satunya orang yang tahu kisah yang sebenar terus melangkah pantas menuruni pentas itu meninggalkan semua orang untuk mendapatkan Juwita.
"Not here, babe. Not here," pujuk Aina supaya Juwita tidak menghamburkan tangisnya di dalam dewan ini. Dia memeluk bahu Juwita untuk membawa gadis itu keluar daripada dewan. Sebelum melangkah, sempat Aina memberikan jelingan maut terhadap Yusuf kerana berani-berani menyakiti hati sahabat baiknya.
Haris hanya memerhati dari atas pentas melihat insiden tadi. Matanya tajam memerhatikan lelaki yang masih tercegat di tepi dewan itu walaupun setelah Juwita dan Aina berlalu pergi.
"What happened just now? Siapa tu sayang?" tanya Norman perlahan kepada Julia tetapi masih dapat didengari oleh Haris.
Julia menggeleng perlahan. "I don't know... She didn't tell me about having a boyfriend all this while. I tak kenal pun siapa lelaki tu!"
Haris diam. Dia tahu siapa lelaki itu.
Yusuf.
***
Juwita menangis sepuas-puasnya sebaik sahaja mereka berdua berada di dalam tandas yang terletak di luar dewan itu. Aina pula dengan pantas mengunci pintu tandas dari dalam agar tiada siapa yang boleh masuk ke dalam tandas itu sewaktu Juwita sedang menangis.
Juwita menangis teresak-esak sambil Aina mengusap belakang badannya. Juwita meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas kaunter singki untuk menahan bahunya yang terenjut-enjut kerana tangisan yang turun mencurah-curah.
"Let it all out, Ju. Let it all out," ujar Aina perlahan membuatkan tangisan Juwita semakin menjadi-jadi.
"I love him so much Ena... So much that it hurts me..." Juwita bersuara lirih sambil memeluk Aina meminta kekuatan.
Aina membalas pelukan juwita sambil menepuk belakang badan Juwita perlahan. "I know babe. I know. But you have to let him go."
"I'm afraid I can't do that."
"You have too, Ju! Takkan kau nak biarkan je semua tu berlalu? He freaking cheated on you Juwita! Do you get that?!" bentak Aina sambil meleraikan pelukan. Wajah Juwita dipandang tegas. "Juwita, kau kawan baik aku. Damn it, of course I won't let you go back to him!"
"You don't understand, Aina! As much as I want to hate him, but I can't! Kau tak faham Ena, kau tak faham..."
"Apa yang aku tak faham? Bahagian mana yang aku tak faham? Aku kenal kau sejak zaman sekolah, Juwita! Semua cerita kau dari dulu sampai sekarang aku tahu! Even I know you better that you sister do, so please tell me what the hell yang aku tak faham tentang kau!" Aina meluahkan perasaan marahnya. Bukan niatnya untuk menambahkan lagi masalah Juwita yang sedia ada tetapi dia hanya mahu Juwita sedar bahawa lelaki seperti Yusuf tidak guna untuk diberi peluang lagi.
Juwita tersentak medengar suara Aina yang sudah meninggi. Dia tahu Aina bukannya seorang yang pemarah tetapi jika gadis itu mula meninggikan suara maknanya dia pasti sedang betul-betul marah.
Juwita kembali memandang cermin di hadapannya sambil tangan ditongkatkan pada kaunter singki. Wajah yang sudah comot dengan mekap yang luntur dipandang tanpa perasaan. Sisa air mata dilap dengan jari-jemarinya.
"Kau tak faham Aina." Sekali lagi Juwita menuturkan ayat yang sama. Kali ini dia tidak memandang Aina tetapi memandang ke arah pantulan diri sendiri di dalam cermin. Tangisannya juga sudah reda. "Kau tak ada masa benda tu jadi. Julia tak ada. Parents aku tak ada. No one was there when I needed you guys the most. No one."
Aina terdiam. Dia turut memandang ke arah pantulan imej mereka berdua di dalam cermin itu. Pandangan Juwita kelihatan sayu apabila dia cuba membuka kembali kisah lama. Aina tidak tahu mahu memberi respon bagaimana kerana dia turut rasa bersalah.
"Tak ada siapa, Aina. Tak ada siapa. You guys don't know how much I suffer sebab korang tak ada dengan aku," ujar Juwita perlahan. Bibirnya terukir senyum nipis yang kelihatan penuh dengan terpaksa. "Tapi Yusuf ada. Yusuf sentiasa ada. He was there when I really needed someone with me."
Aina terdiam lagi. Betul. Apa yang Juwita beritahu itu semuanya betul. Dari dulu memang Yusuf orang yang pertama sekali ada untuk Juwita, sejak mereka di bangku sekolah lagi walaupun Yusuf merupakan senior mereka berdua.
"Salah ke kalau aku nak bagi dia peluang lagi, Aina? Salah ke?"
Aina hanya mampu memandang Juwita tanpa dapat memberikan jawapan.
***
Siapa nak teka what actually happened to Juwita dulu? 🙋 Enjoy reading and kalau ada masa click the pretty little 'star' down there atau comment what are you thoughts! Muchos gracias! 💕
*gif ialah gambar bergerak.*
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
Roman d'amourCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...