Sebaik sahaja Juwita menutup pintu biliknya, dia terus bersandar pada dinding dan melorot jatuh hingga terduduk. Merembes-rembes air matanya tumpah tanpa segan-silu lagi. Juwita menangis semahu-mahunya sambil duduk memeluk lutut dan bersandar pada dinding di tepi pintu bilik.
Sampai hati abang buat Lia macam ni. Abang dah janji... abang dah janji takkan lukakan hati Lia macam mana Yusuf lukakan hati Lia. Abang dah janji takkan tinggalkan Lia.
Perlahan-lahan Juwita bangun lalu melangkah ke arah pintu almari. Pintu almari dibuka dan dia membawa keluar sebuah kotak hitam yang diletakkan di tempat paling tinggi sekali di dalam almari itu. Hadiah pemberian Haris sempena hari jadinya sebulan yang lepas.
Penutup kotak dibuka. Juwita memandang sayu sepasang baju kurung berwarna biru muda pemberian daripada Haris itu. Sekeping kad yang terletak di atas baju kurung itu diambil dan dibaca sekali lagi.
Untuk Lia tersayang,
Mungkin hadiah abang biasa-biasa sahaja, tapi abang nak Lia tahu yang abang letak sepenuh hati abang masa pilihkan baju kurung ni untuk Lia. Kalau boleh abang nak Lia pakai baju ni masa mama abang datang merisik Lia bulan depan. Ingat tau sayang.
Abang sayang Lia. Terlalu sayangkan Lia.
Abang.
Makin laju air mata Lia turun ke pipi apabila membacanya. Sayang? Masih ada lagikah sayang itu kepada Lia? Macam mana hati abang boleh berubah hanya dalam sebulan?
Macam mana?
Betul ke abang sayangkan Lia? Atau abang hanya keliru tentang perasaan abang selama ni? Mungkin abang tak pernah langsung mencintai Lia.
Matanya melihat pula sebentuk cincin yang selama ini tersemat kemas di jarinya. Perlahan-lahan cincin itu dibuka dan diletakkan di dalam kotak yang sama.
Cincin ni bukan lagi untuk aku.
Akhirnya, Juwita terlelap di atas katilnya sambil memeluk baju kurung biru itu dengan tangisan yang masih mengalir di pipi.
***
Buat kesekian kalinya Haris cuba menghubungi Juwita tetapi hampa. Nombor itu sudah tidak bertuan. Memang jelas Juwita sudah menukar nombor telefon bimbitnya kerana hanya operator sahaja yang menjawab panggilan Haris setiap kali dia cuba menghubungi gadis itu.
Sungguh Haris menyesal. Setelah sebulan tidak dapat menghubungi Juwita, baru dia rasa betul-betul kehilangan gadis itu. Segala-galanya jadi tidak kena semenjak gadis itu pergi. Hidupnya terasa kosong dan dia dihimpit dengan perasaan bersalah.
Bersalah kerana mengabaikan Juwita. Bersalah kerana membohongi Juwita. Bersalah kerana cuba menduakan Juwita. Bersalah kerana menuduh Juwita. Bersalah terhadap segala-galanya.
Apabila ditanya tentang Juwita kepada adiknya Hanis, langsung adiknya tidak mahu menjawab. Apabila ditanya tentang Juwita kepada Aina, langsung tidak dilayan pertanyaannya itu. Apabila ditanya kepada Norman, lelaki itu juga tidak mahu menjawab.
Haris terasa seperti seluruh dunia sedang berkomplot untuk memusuhinya. Sepadanlah dengan perlakuannya yang tidak semenggah itu terhadap Juwita. Kini, tidak ada sesiapa pun yang mahu menolongnya memberitahu di mana keberadaan Juwita sekarang.
Nombor Juwita sudah tidak dapat dihubungi dan semua akaun media sosial gadis itu juga sudah ditutup. Haris tahu Juwita betul-betul nekad tidak mahu dihubungi olehnya lagi semenjak kes yang dulu.
Haris keluar dari biliknya untuk mencari udara segar. Terasa semakin sempit nafasnya jika dia berterus-terusan duduk di dalam bilik itu. Kakinya melangkah ke arah ruang pantry yang selalu menjadi tempat rehat pekerja-pekerja di klinik itu.
Apabila langkah semakin menghampiri pantry, dia terdengar sayup-sayup suara Aina yang sedang bergelak ketawa dan bercakap seorang diri. Mungkin gadis itu sedang bersembang melalui telefon bimbit.
Tetapi apabila nama Juwita terkeluar dari bibir Aina, Haris mematikan langkahnya. Dia mendekatkan diri dengan pintu tetapi masih dalam jarak yang tidak akan dilihat oleh Aina. Lebih-lebih lagi gadis itu sedang membelakangi pintu pantry.
"Kau okey tak kat sana? So far so good? Puasa kat sana okey tak?" tanya Aina bertubi-tubi.
"Okey je. Puasa kat sini lama berbanding kat Malaysia. Lagi-lagi sekarang tengah winter," ujar Juwita. "Aina... aku rindu nasi lemak."
Aina tergelak perlahan. "Kalau rindu nasi lemak, masaklah! Apa susah?"
"Kau gila? Harga ikan bilis pun macam harga ayam dah kat Malaysia tau!"
Makin kuat ketawa Aina jadinya. "Alah Ju... sabar jelah. Pejam celik pejam celik nanti kau dah sampai Malaysia!" ujar Aina.
Haris yang dari tadi sedang mencuri dengar terkedu. Juwita tak ada di Malaysia sekarang. Habis tu, dia ada di mana?
Apabila Aina sudah selesai bersembang di talian, dia berpaling ke belakang untuk keluar dari pantry. Terkejut dia apabila melihat Haris sedang berdiri tegak di muka pintu pantry itu.
"Juwita tak ada dekat Malaysia, Aina?" tanya Haris perlahan dengan wajah yang sugul.
Aina diam tidak menjawab. Sebenarnya dia kesian juga melihat keadaan Haris seperti ini, tetapi dia sudah berjanji dengan Juwita tidak akan memberitahu apa-apa kepada lelaki ini. Lagipun, biar Haris rasa apa yang Juwita rasa apabila lelaki itu buat perkara yang sama kepada kawan baiknya dulu.
"Please, Aina... at least I nak tahu nombor telefon baru dia. Please, I'm begging you."
Aina menghela nafas berat. "Dahlah, Haris. Leave her alone. Dia betul-betul tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi. You had hurt her too much this time."
"I tahu... I banyak buat salah dengan Juwita. I nak minta maaf dekat dia. I tak boleh hidup tanpa dia, Aina..." sayu suara Haris.
Aina berpeluk tubuh memandang Haris. "Habis tu, that girl pulak macam mana? You sanggup tipu Ju, semata-mata sebab that girl, and sekarang you nak cakap yang you tak boleh hidup tanpa Juwita? You sedar tak you tengah cakap apa sekarang ni? You jangan buat lawaklah!"
"I buat silap. I was confused when Feesya came back in my life. I rasa bersalah dengan dia sebab tinggalkan dia dulu. 10 tahun... 10 tahun I tinggalkan dia tanpa beri dia peluang untuk terangkan semuanya kepada I. bila I dah tahu perkara sebenar, I rasa bersalah. Rasa bersalah I tu dah membuatkan I ingat yang I masih cintakan dia. Bodohnya I... bila Juwita dah pergi dari hidup I baru I sedar yang I sangat cintakan dia. Sangat-sangat cintakan dia..." Setitis demi setitis air mata lelaki Haris turun di pipi.
Aina terkedu. Pertama kali dia melihat Haris menangis seperti ini. Lelaki itu kelihatan betul-betul menyesal dengan perbuatannya.
"You anggaplah antara Juwita dengan you dah tak ada jodoh. Yes, Ju memang tak ada di Malaysia sekarang but she'll come back sooner or later. Kalau memang jodoh you dengan Ju kuat, you guys will be together no matter what. You kena percaya pada tu."
"Dia boleh terima I lagi ke Aina after what I have done? I dah janji... I dah janji takkan ulangi kesilapan yang Yusuf pernah buat dulu. Sekarang ni I rasa apa yang I buat ni lebih teruk dari Yusuf."
"Biar apa pun yang orang cakap, biar sejauh mana pun Juwita cuba elakkan diri dari you, tapi kalau dah jodoh you dengan dia, tak akan ada sesiapa pun yang dapat pisahkan you berdua. Tapi kalau memang bukan jodoh you dengan Juwita, walaupun tinggal you berdua je atas muka bumi ni, tetap korang takkan bersama. Jadi, I nak you berdoa dan bersabar je Haris. If she's meant to you, then she'll be yours."
Haris mengangguk perlahan. Kata-kata Aina itu ada benarnya. walaupun gadis itu lebih muda daripadanya, ternyata Aina boleh berfikir lebih matang dalam situasi seperti ini.
Haris mengeluh perlahan. Di dalam hati, dia berdoa agar masih ada jodoh antara dia dan Juwita nanti.
***
Berapa lama nak bagi Haris merana ni? Ke nak bagi dia merana sampai bila-bila terus? 🙈🙈🙈
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomanceCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...