BAB 46

18.6K 815 65
                                    

Haris menghirup Americano yang masih panas itu perlahan-lahan sambil memandang Juwita. Sejak tadi mereka berdua tidak banyak berbicara. Juwita asyik fokus pada Caramel Frappucino-nya sejak mereka berdua sampai di Starbucks itu. Haris perasan gadis itu cuba untuk tidak membuat sebarang eye-contact dengannya dan dia tidak tahu kenapa.

"Kenapa senyap je dari tadi?"

Juwita menjungkitkan bahunya sedikit. "Tak tahu. Maybe sebab tak ada benda yang nak cakap."

"Bila dekat KL nanti... boleh kita jumpa lagi?"

Juwita mengalihkan pandangannya dari Frappucino ke wajah Haris. Wajah lelaki itu kelihatan sungguh berharap selepas menuturkan ayat itu dan membuatkan Juwita rasa bersalah. Dia mengeluh perlahan.

"Nothing's gonna change even if we meet. Abang jangan buat Lia macam ni... Lia rasa bersalah."

"I'm sure we will meet again somewhere in KL. KL tak besar mana pun Lia. Silap haribulan, esok lusa Lia terserempak dengan abang. Masa tu, Lia nak mengelak lagi?"

"Itu yang tidak dirancang. I'm okay with that. Tapi kalau yang dirancang, no. Jawapan Lia akan tetap sama tak kiralah berapa kali pun abang tanya."

Haris menggelengkan kepalanya sekejap. "Sejak bila Lia abang jadi keras macam ni?" tanya Haris dengan senyuman.

Juwita terdiam sejenak apabila terdengar perkataan itu.

Lia abang.

"Sejak balik dari Amerika," Juwita menjawab selamba.

"Fine. Tapi Lia kena janji dengan abang."

"Janji apa?"

"Kalau kita bertembung tanpa dirancang, jangan lari dari abang."

Juwita terdiam sekejap. Dia cuba memikirkan tentang permintaan Haris itu. Tidaklah sesusah mana pun. Juwita yakin yang dia tidak akan brrtembung dengan Haris terlalu kerap.

"Okey?" Haris menghulurkan jari kelingking untuk membuat pinky promise.

"Okey." Juwita mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Haris tanda bersetuju.

***

"How's your trip?"

Juwita memandang ke arah Khal yang sedang tenang memandu di sebelahnya. Sepatutnya ayahnya yang  menjemputnya di lapangan terbang, tetapi tiba-tiba Khal pula yang muncul.

Pandai aje ayah ni tau! Sajalah tu nak bagi aku rapat dengan Abang Khal!

"It was fun," ujar Juwita kemudian terhenti kerana menguap. "But tiring too."

"Berjalan sakan la ni?"

"Sakan la jugak... memang fully occupied throughout the days!" beritahu Juwita. "And Ju ada bawa balik souvenir untuk abang!"

"Really? Apa dia?"

Tangan Juwita pantas mencapai sebuah beg plastik dari tempat duduk belakang. "Tak banyak pun... Lia belikan abang kek lapis dengan kuih-kuih tradisional Sarawak. You're okay with that, right?"

Khal tersenyum. "Semua yang Ju bagi, Abang Khal terima dengan hati yang lapang selapang padang bola tau!"

Juwita tergelak. Amboi, Abang Khal... kalau bab mengayat memang nombor satu!

"Lusa abang free tak?" tanya Juwita tiba-tiba.

"Kenapa?"

"Ju nak ajak abang dating ni... nak tak?" tanya Juwita sekadar ingin mengusik Khal. Sebenarnya dia ingin mengajak Khal untuk membeli baju sahaja.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now