BAB 42

20.4K 927 86
                                    

Sejak tadi Haris asyik memandang Juwita sahaja. Kemana sahaja Juwita pergi, pasti matanya juga akan turut mengekori gadis itu dari jauh. Bukannya dia tidak mahu mendekati gadis itu, tetapi setiap kali dia cuba untuk mengekati Juwita, gadis itu akan melarikan diri daripadanya. Macamlah dia tu hantu yang nak makan orang!

Haris tersenyum melihat Juwita yang kelihatan sangat manis berkebarung hijau. Bibir gadis itu juga sentiasa sahaja tersenyum kepada orang ramai yang turut berada di situ, tidak seperti ketika dia berada bersama Haris. Dengan Haris, wajahnya masam sahaja tanpa senyuman. Haris rindu untuk melihat senyuman Juwita itu. Senyuman Juwita yang memang hanya ditujukan kepada dirinya. Tapi sampai saat ini, tak ada sekuntum senyuman pun yang Juwita berikan kepadanya.

Haris melepaskan keluhan lemah. Sungguh, dia terlampau merindui gadis itu. Terlampau rindu sehinggakan apabila Juwita hilang dari pandangan matanya sebentar sahaja pun, dia jadi tak tentu arah. Enam bulan mereka tidak berjumpa, dan Haris tahu Juwita masih marah terhadap dirinya. Juwita sudah cukup setia sepanjang pemergian selama sebulan dahulu, tetapi dia yang telah mengkhianati kepercayaan Juwita. Pasti Juwita sudah cukup terluka.

Ketika Juwita bersembang dengan Khal melalui panggilan telefon tadi pun dia sudah diserang perasaan cemburu yang amat sangat. Bermacam-macam perkara berlegar dalam fikirannya. Juwita dan Khal ada hubungankah sekarang? Ataupun... mereka sudah bertunang dan mungkin akan berkahwin tidak lama lagi? Memikirkan kemungkinan itu, Haris rasa seperti hendak migrain pula. Tetapi apabila dia melihat ke arah jari Juwita, jari-jemari itu masih lagi kosong tanpa ada tanda, termasuklah tanpa cincin pemberiannya dahulu.

"Tak kemana pun Juwita you tu, Haris..."

Satu suara wanita menegur Haris membuatkan lelaki itu tersentak dari lamunannya. Haris hanya tersenyum sumbing kepada Hafeesya.

"Pergilah tegur dia Haris. Cakap dengan dia ke... takkan you nak duduk dekat sini je?" tanya Hafeesya seperti tidak puas hati dengan Haris.

Haris mengeluh perlahan. "You tak nampak ke Feesya... every single time I nak rapat dengan dia je, dia dah lari sebatu dari I. Baru I nak datang dekat dia, dia dan menyorok entah dekat mana. She hates me, Feesya. Muka I pun dia dah tak nak pandang dah..."

"Mana you tahu dia benci you?"

"I tahulah..."

Hafeesya tersenyum. "Kalau I cakap yang sebenarnya dia pun selalu curi-curi pandang you... you percaya tak?"

"You tak payah nak tipu I la Feesya..."

"Sumpah I tak tipu!"

Serta-merta Haris berpaling ke arah Juwita. Memang benar, Juwita juga sedang memandang ke arahnya.

***

Juwita terus melarikan pandangannya apabila pandangan dia dan Haris bersatu. Merah wajahnya menahan malu kerana tertangkap sedang memandang ke arah lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa matanya sering sahaja memandang ke arah lelaki itu. Seperti Haris ada magnet penarik pula!

Tanpa Juwita sedar, Haris sudah pun melangkah ke arahnya ketika dia sedang sibuk mengalihkan pandangan ke tempat lain. Haris menarik kerusi bertentangan dengan Juwita dan duduk di situ membuatkan Juwita sedikit terkejut. Dia jadi keras di tempat duduknya apabila melihat Haris kini sudah duduk berhadapan dengannya dan dia tiada pilihan lain selain untuk kekal duduk di situ juga.

"Lia dah makan?" tanya Haris dengan senyuman sambil memandang ke arah Juwita.

Juwita sekadar membatukan dirinya tanpa menjawab persoalan Haris.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now