BAB 29

19.5K 1K 23
                                    

Juwita menuruni anak tangga perlahan-lahan selepas selesai bersiap-siap untuk keluar bersama Haris. Apabila sampai sahaja di tingkat bawah, Juwita pelik kerana keadaannya sunyi-sepi sahaja. Dia melangkah ke ruang dapur pula untuk mencari Mak Som. Nasib baik Mak Som ada si situ sedang mencuci pinggan mangkuk.

"Mak Som... nampak ibu dengan ayah tak?" tanya Juwita sambil membuka peti ais. Dia membawa keluar sebatang coklat KitKat Chunky perisa Hazelnut dari peti ais itu lalu pintu peti ais ditutup.

"Ayah Juwita pagi-pagi lagi dah keluar. Ada hal katanya. Ibu Juwita pulak ada mesyuarat persatuan. Kenapa?"

Juwita menggeleng sambil tangan membuka plastik coklat. "Juwita nak keluar sekejap tau, Mak Som. Tak apalah, nanti Juwita mesej ibu sendiri."

Sementara menunggu Haris, Juwita menghantar pesanan kepada ibunya untuk meminta kebenaran. Apabila sudah mendapat persetujuan daripada ibunya, Juwita tersenyum senang. Coklat di tangan dihabiskan dengan gembira.

Loceng rumah yang berbunyi membuatkan Juwita terus mencapai beg tangannya dan menuju ke pintu rumah. Butang pintu pagar automatik segera ditekan dan dari pintu rumah lagi Juwita sudah dapat melihat kelibat Haris yang sedang bersandar pada keretanya di luar pagar.

Haris tersenyum melihat Juwita. Dia melangkah ke arah gadis itu apabila pintu pagar sudah terbuka.

"Assalamualaikum... Lia sihat?" tanya Haris penuh prihatin.

"Sihat, tuan doktor."

Haris tersengih. "Ibu dengan ayah Lia ada tak? Abang nak kena tanya permission dulu nak ajak anak dara diorang ni keluar."

"Dua-dua tak ada. Tapi Lia dah bagitahu Mak Som dan dah mesej ibu. Ibu cakap okey... tapi abang kena jaga anak kesayangan ibu ni baik-baik. Jangan sampai balik basah-basah lagi macam hari tu, dan jangan sampai nangis-nangis lagi!" ujar Juwita seperti mengugut. Memang betul itu yang dipesan ibunya sebentar tadi.

"Abang akan jaga tuan puteri ni elok-elok, sampai nyamuk pun tak berani nak gigit!" usik Haris. "Kenapa Lia cantik sangat ni... susah hati abang nanti tau!"

Juwita tergelak kecil. "Cantik apa pakai macam ni... biasa-biasa je!" Juwita menunduk dan memandang pakaiannya sekilas.

Dia hanya memakai blaus berwarna krim dan dipadankan dengan seluar jeans putih. Selendang pula berwarna pastel bercorak bunga-bunga kecil. Biasa sahaja. Tak ada yang spesial pun!

"Pakaian Lia cantik, tapi tuan dia lebih cantik," ujar Haris sambil tersenyum nakal memandang Juwita.

Juwita tersenyum malu. Bagi mengelakkan Haris melihat wajahnya yang sudah mula bertukar warna, Juwita pantas berjalan mendahului Haris menuju ke arah kereta lelaki itu.

"Pandai Lia usik abang semalam ya... Lepas cakap pasal Johan, terus diam macam tu je. Abang ni dah macam cacing kepanasan tunggu Lia balas mesej abang tau," ujar Haris apabila mereka berdua sudah masuk ke dalam kereta.

Juwita tersenyum mengusik. "Habis tu, abang buat apa?"

"Abang call Johan terus," jawab Haris selamba.

Membulat mata Juwita jadinya. "Ha? Serius?! Doktor Johan cakap apa?" Habislah... tembelang aku dah pecah!

"Johan cakap... memang dia ada minta nombor telefon Lia, tapi Lia tak bagi. Instead, Lia hambur balik dekat dia. Betul tak?"

Juwita sengih sambil angkat dua jari menunjukkan tanda 'peace'. "Saja je nak gurau-gurau dengan abang semalam. Tapi padan muka Doktor Johan tu... siapa suruh gatal sangat!"

"Dia cuba tackle Lia?"

Juwita mengangguk. "Abang tahu dia cakap apa dekat Lia?"

Haris angkat kening tanda bertanya.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now