BAB 12

20.5K 1.1K 43
                                    

"Macam mana Cik Juwita?" Sengaja Haris bertanya dengan senyuman mengusik.

Masam muka Juwita melihat perilaku Haris. Boleh pulak dia buat macam ni?! Dia ingat ikan pari tu dia punya ke apa?

"Mana boleh macam ni doktor..." bentak Juwita. Seboleh-bolehnya dia mahu menjauhi Haris.

"Tak nak sudah... Awak makanlah lauk apa yang ada lagi tu..." ujar Haris selamba. Dia berpaling dan melangkah ke arah sebuah meja kosong dengan dua kerusi.

Juwita masih berdiri di tempat lauk pauk tadi. Matanya memandang lauk pauk yang terhidang di dalam dulang. Tidak banyak yang tinggal. Lauk yang ada pun tidak membangkitkan seleranya seperti asam pedas ikan pari tadi!

Ekor mata Juwita melirik ke arah Haris yang sudah duduk di meja makan. Apabila lelaki itu mula mencedukkan asam pedas ikan pari di dalam mangkuk itu ke dalam pinggannya, Juwita mula resah. Dengan perasaan yang malas dan sebal dia melangkah juga ke arah meja Haris.

"Okey, saya makan dengan awak!" ujar Juwita sedikit keras. Pinggan nasi diletakkan di atas meja dan dia menarik kerusi di hadapan Haris dengan kasar.

Haris tersenyum kemenangan. Walaupun wajah Juwita yang sudah duduk di hadapannya ini masam sungguh, tetapi sekurang-kurangnya dia sudah menang.

"Awak ni... cuba jangan masam-masam sangat depan rezeki. Tak elok tau..."

Juwita menjeling geram. "Awak tu lagi tak elok, ugut-ugut saya macam ni!"

Haris tergelak kerana lucu mendengar ayat Juwita. Kerana ikan pari pun dia boleh cop aku mengugut dia?

Dengan lagak seperti gentleman, Haris mencedukkan seketul ikan pari ke dalam pinggan Juwita yang hanya terdapat nasi kosong. Serta merta senyuman manis terukir di bibir Juwita.

"Puas hati?" tanya Haris sambil memandang wajah Juwita dengan senyuman.

Juwita mengangguk. "Sedapnya bau asam pedas ni..." ujar Juwita sambil menyudu lagi kuah asam pedas ke atas nasi putih.

"Asam pedas dekat restoran ni memang famous tau! Saya paling suka asam pedas ikan pari ni. My favourite," ujar Haris tanpa dipinta.

"Saya pun suka asam pedas ikan pari!" balas Juwita ceria. Terlupa sudah peristiwa yang berlaku antara dia dan Haris tadi apabila asam pedas ikan pari itu sudah selamat berada dalam pinggannya.

Perbualan mereka terhenti apabila seorang pelayan datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan air sambil mengira harga makanan yang diambil oleh Haris dan Juwita.

"Minum?"

"Jus epal," jawab Haris dan Juwita serentak kepada pelayan itu. Kemudian masing-masing berpandangan antara satu sama lain sebelum ketawa pecah dari bibir kedua-duanya.

"Satu lagi kebetulan..." ujar Haris sebaik sahaja pelayan tadi pergi membawa pesanan air mereka.

Juwita tersenyum sahaja. Haris mula  membaca doa makan sebelum masing-masing menjamu selera.

Tidak lama kemudian pelayan yang sama kembali dengan membawa dua cawan jus epal. Sehelai kertas yang ditulis jumlah bayaran yang perlu dibayar sebentar nanti turut diletakkan di atas meja.

Baru sahaja tangannya Juwita ingin mencapai kertas itu, Haris lebih pantas menarik dahulu kertas kecil itu dan menyelitkannya di bawah pinggan.

"Eh jangan la macam ni doktor..." ujar Juwita seperti tidak puas hati. "Saya bayar untuk apa yang saya makan."

"It's okay, Juwita. Saya belanja awak hari ni." Dan untuk hari-hari yang seterusnya juga, sambung Haris di dalam hati dengan senyuman. "Awak ni... tak habis-habis panggil saya doktor. It's too formal. Don't you think so?"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now