BAB 13

21.9K 951 39
                                    

[Picture : Right there is Khal. Siapa minat Four from the Divergent Series angkat tangan!!!]

***

Juwita memarkirkan keretanya di perkarangan bangunan tinggi yang tersergam megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu. Sebelun keluar daripada kereta, Juwita sempat menghantar pesanan kepada kakaknya bahawa dia sudah sampai di syarikat milik ayah mereka, Datuk Kamil.

Juwita datang ke sini pun bukan kerana dia mempunyai hal atau urusan di sini tetapi dia datang ke sini atas permintaan Julia sendiri. Entah apa mimpi Julia hari ini kerana tiba-tiba sahaja kakaknya itu mengajaknya untuk membeli barangan dapur, sekaligus meminta tunjuk ajar bagaimana caranya hendak memasak.
Tergaru juga kepala Juwita apabila mendapat panggilan daripada Julia tengah hari tadi. Bukannya dia tidak mahu mengajar, tetapi mengajar Julia yang mempunyai kosong pengetahuan tentang masak memasak memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi!

Bayangkanlah, halia dengan lengkuas pun Julia tak tahu nak bezakan!

Sampai sahaja di tingkat atas, Juwita melangkah terus ke arah bilik Julia. Kebanyakan pekerja yang bertembung dengannya tidak lupa mengucapkan selamat kepadanya memandangkan mereka tahu Juwita merupakan anak kepada Datuk Kamil. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam bilik Julia, satu suara menegurnya terlebih dahulu.

"Eh, Juwita!"

Juwita berpaling ke arah suara itu. Bibirnya tiba-tiba mekar dengan senyuman.

"Abang Khal!" panggil Juwita dengan suara yang ceria. "Lama tak nampak abang..."

"Mana nak nampak abang... datang sini pun jarang-jarang," usik Khal dengan senyuman.

Juwita mencebik. "Eleh... nak salahkan Juwita konon. Abang pun dah lama tak datang rumah kan..." Giliran Juwita pula yang mengusik. Kali ini dia menaikkan jari telunjuk sambil digerakkan-gerakkan jari itu.

Khal sekadar tersenyum. Wajah manis Juwita dipandang lama. Sudah lama wajah itu tidak dijumpai sejak kali terakhir di majlis pernikahan Julia dan Norman. Itupun dia dapat berjumpa dengan Juwita sekejap sahaja.

Sebenarnya dia sendiri yang hendak menjauhi Juwita apabila mengetahui bahawa gadis itu sudah berpunya. Khal tidak dapat menafikan bahawa hatinya mula terpaut pada Juwita sejak kali pertama Julia memperkenalkan adiknya ini kepadanya.

Personaliti Juwita yang menarik dan sikap gadis itu yang sangat bersahaja membuatkan Khal jatuh hati kepada Juwita. Itupun kerana dia tidak mengetahui status Juwita pada waktu itu. Selepas Khal tahu bahawa Juwita sudah mempunyai teman lelaki, dia pendamkan sahaja perasaan itu seorang diri.

"Abang Khal!" Juwita memetik jari sekali betul-betul di hadapan wajah Khal. "Amboi... berangan ya!"

Khal sedikit tersentak. Pantas dia cuba menyembunyikan malunya dengan senyuman yang lebar. "Mana ada berangan... abang tengah tengok Juwita la ni," dalih Khal. "Ju cakap apa tadi?"

"Juwita cakap... abang yang dah lama tak datang rumah." Juwita mengulang semula ayatnya yang tadi.

Memang dulu-dulu Khal selalu datang ke rumah ibu bapanya. Kadang-kadang kerana ada hal kerja yang perlu diselesaikan bersama Datuk Kamil dan Julia, kadang-kadang Khal akan datang untuk makan bersama mereka apabila dijemput oleh Datuk Kamil, kadang-kadang Khal akan datang untuk menjenguk seekor ikan koinya yang kini sedang dibela oleh Juwita, kadang-kadang Khal akan datang untuk berborak dengan Julia dan kadangkala dengan Juwita juga. Pokok pangkalnya, rumah Datuk Kamil sudah ibarat rumah kedua Khal!

Tetapi kebelakangan ini Juwita perasan yang Khal sudah jarang malah tidak lagi bertandang ke rumah mereka. Dia juga tidak tahu kenapa.

"Macam mana abang nak datang kalau Juwita tak ajak abang datang..." usik Khal.

"Eleh... mengada! Dulu tak ajak pun tapi selalu je bertenggek dekat rumah tu. Sekarang ni nak kena ada surat jemputan pulak ke?"

Khak tersengih. "Amboi... perli abang ke?" Khal berpura-pura tanya. Juwita hanya tergelak. "Ju buat apa dekat sini? Nak jumpa papa ke nak jumpa kakak?" tanya Khal.

"Nak jumpa kakak. Dia ada?"

Khal melihat jam tangannya. "Oh... Julia keluar jumpa klien tadi. Dia lupa kot Juwita nak datang. Kejap lagi dia balik la tu..."

Juwita mengangguk-angguk faham. Kemudian matanya memandang Khal lama dari atas sampai bawah.

"Kenapa Ju pandang abang macam tu?" tanya Khal sedikit pelik. Dia turut melihat diri sendiri, mana tahu ada yang kotor melekat pada baju atau seluarnya. Elok je...

Juwita meletakkan jari telunjuknya pada dagu. Kemudian dia senyum mengusik. "Abang Khal workout eh... ini mesti kes nak acah-acah Shah Rukh Khan ni!" usik Juwita dengan nakal kerana dia tahu Khal amat menggemari filem Hindustan.

Khal membulatkan matanya kemudian dia tergelak. "Pandailah Ju... ada-ada je!" ujar Khal. "Ha'ah abang start workout dah tiga bulan dah. Amacam, bertambah hot tak abang macam ni?" Sengaja Khal bertanya dengan kening yang dinaik-naikkan.

Juwita pula sengaja buat muka tidak berminat. "Hmm... bolehlah. Adalah jugak daripada tak ada kan..."

Sedangkan sebenarnya Khal memang hot pun pada pengamatan Juwita. Kalau sebelum lelaki itu muka workout pun dia sudah kelihatan hot dan macho, apatah lagi apabila dia sudah mula workout. Bertambah-tambah hotlah! Biceps mahal tu!

Khal menarik sedikit hujung tudung Juwita membuatkan gadis itu ketawa mengekek-ngekek. Juwita tahu dia sudah berjaya mengusik Khal.

Khal turut tersenyum melihat Juwita yang ketawa. Sungguh... dia rindu dengan gadis ini.

"Abang rindu Juwita..." Tanpa sedar bibir Khal mengucap perlahan.

Juwita berhenti ketawa. Dia memandang Khal dengan riak tidak percaya. Khal yang baru tersedar yang dia sudah tersasul, pantas mencari ayat untuk cover line.

"Maksud abang... abang rindu masakan Juwita." Khal berbohong.

Oh... masakan aku rupa-rupanya. Ingatkan apalah tadi.

"Kalau rindu masakan Juwita, nanti datanglah rumah. Insya-Allah nanti Ju masakkan. Abang cakap je nak makan apa. Chef Juwita is always here to fulfill your request!"

"Requestlah sangat!" Suara Julia tiba-tiba berbunyi di belakang mereka. Serentak Juwita dan Khal berpaling. "Now you have to fulfill my request first, young lady. Hari ni adik kena ajar kakak macam mana nak masak rendang ayam!" ujar Julia penuh semangat.

"Hah? Rendang ayam?!" Juwita terkejut. Biar betul kakak aku ni?

"Yes adikku, rendang ayam. Now, lets go!" tangan Juwita terus ditarik. "Bye Abang Khal, Juwita and I have a very important thing to do! Tata!" ujar Julia sambil melambaikan tangan kepada Khal sebelum pintu lif tertutup.

Khal membalas lambaian tangan kedua-kedua beradik itu dengan senyuman. Nasib baik kerinduannya sedikit terubat apabila dapat melihat Juwita pada hari ini.

***

Ingat lagi tak Khal dari cerita pertama saya, Bekas Kekasih Dia? Norman ingat Khal dulu ada hati dekat Julia tapi sebenarnya Khal ni ada hati dekat Juwita rupa-rupanya hehehe...

Jadi dekat sini dah ada #TeamHaris , #TeamKhal dan #TeamYusuf (ada ke yg nak team Yusuf ni HAHAHA).

Tell me your thoughts lovelies <3



Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now