BAB 23

19.2K 1.1K 141
                                    

Saya lupa nak cakap dekat chapter sebelum ni. Bullying is a serious case. Kebelakangan ni banyak sangat kes buli yang kita dapat tengok dalam tv atau surat khabar. Membuli tak kiralah fizikal atau mental sama saja teruknya. Membuli tidak menunjukkan kehebatan, tapi menunjukkan kebodohan. Care for other people. Say NO to bullying! #antibullying

***

"Juwita? Kenapa menangis ni?"

Pantas Juwita mengesat sisa-sisa air mata di pipinya. Dia tidak mahu Khal salah faham apabila melihat keadaannya seperti itu. Dia memandang sekeliling, cuba mencari di mana jatuhnya selimut yang menutupi kepalanya tadi. Di atas lantai.

"Tak ada apa Abang Khal. Tadi doktor ambil darah sikit. Biasalah Ju dengan jarum macam mana kan..." dalih Juwita.

"Are you okay now? Tak payah jawablah sebab you are totally not okay," ujar Khal sambil mendekati Juwita. Sendiri yang tanya, sendiri yang jawab.

Belum sempat Juwita hendak turun dari katil untuk mengambil kembali selimutnya, Haris terlebih dahulu menunduk dan mencapai selimut itu. Selimut itu dikibas beberapa kali sebelum Haris sendiri yang meletakkannya di atas kepala Juwita, menutupi seluruh rambut gadis itu yang tadinya terdedah.

"Saya akan datang semula pukul 2 petang untuk periksa Juwita lagi. Nurse akan datang bagi ubat kejap lagi, please make sure you eat it." Haris berkata kepada Juwita sekaligus kepada Khal juga yang nampak seperti ingin tahu.

Tiba-tiba Haris mencapai pergelangan kiri Juwita. Dia menyeluk poket kot putihnya dan mengeluarkan tiga keping plaster. Satu demi satu dilekatkan dengan berhati-hati untuk menutupi parut di pergelangan tangan gadis itu tanpa dapat dilihat oleh Khal.

"Untuk sementara waktu..." bisik Haris perlahan dan hanya dapat didengari oleh Juwita. Kemudian dia melangkah ke arah pintu bilik dan keluar.

Sengaja dia membiarkan pintu bilik itu tidak bertutup dan terbuka luas kerana dia tidak mahu Juwita berdua-duaan di dalam bilik itu bersama 'pesaingnya'. Tak sedar pula dia sendiri pun berdua-duaan bersama Juwita di dalam bilik itu tadi. Ohh... untuk kau sendiri tak apa ya Haris? Haris tersenyum sendirian.

Khal meletakkan jambangan coklat di atas meja di tepi katil Juwita. "Because flowers are too mainstream, I bought chocolates for you. Favourite Ju kan?" Khal pura-pura tanya.

Juwita tersenyum manis dan mengangguk. Ferrero Roche, memang sampai menjilat jari la nanti!

"Thanks, Abang Khal. Patutlah dari semalam tekak ni asyik rasa nak makan Ferrero Roche je..." usik Juwita. "Macam mana abang tahu Ju ada dekat sini?"

"Julia yang bagitahu..." ujar Khal. Kerusi di sebelah Juwita ditarik dan dia duduk di situ. "It's okay, I won't ask what happened. Mesti Ju stress kan asyik kena tanya soalan yang sama je?"

Juwita tergelak kecil. "Sangat stress. Nasib baik Abang Khal very understanding!"

Khal turut tergelak sama. Kemudian matanya terpandang pada lantai bilik. "Kenapa ada banyak manik atas lantai ni?" tanya Khal yang curiga.

Juwita menggaru kepala cuba memikir jawapan. Belum sempat dia ingin menjawab, tiba-tiba pintu biliknya yang terbuka luas itu diketuk.

Haris melangkah masuk ke dalam bilik Juwita. "Sorry, lupa nak ambil fail." Dengan selamba dia mencapai fail di atas meja. Kemudian dia beralih memandang Khal di sebelah Juwita. "Haris Redzuan. Juwita patient saya." Haris menghulurkan tangan kepada Khal.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now