BAB 21

18.8K 1K 31
                                    

Juwita terus masuk ke dalam perkarangan rumah sebaik sahaja teksi itu sampai di rumahnya. Badan yang sudah basah kuyup tidak dihiraukan.

"Ya Allah, Juwita! Kenapa sampai basah kuyup ni? Kenapa balik naik teksi? Mana Haris?" Bertalu-talu soalan Datin Masnah apabila ternampak anak gadisnya itu dalam keadaan yang basah memasuki rumah.

Juwita tidak berhenti apabila dipanggil ibunya malah dia terus melangkah laju mendaki anak-anak tangga dan menuju ke biliknya. Bukannya dia mahu bersikap kurang sopan, tetapi dia tidak mahu ibunya risau melihat dia menangis. Lagipun, dia tidak tahu ingin menjawab apa kepada soalan-soalan ibunya tadi.

Sampai sahaja di dalam bilik, Juwita terus mengunci pintu dan menghempas tubuh yang masih basah ke atas katil. Dia menekup muka pada bantal kerana ingin menyembunyikan tangisan yang semakin berlagu.

"Juwita Natalia, apa dah jadi ni?" tanya Datin Masnah di luar bilik. Pintu bilik Juwita diketuk bertalu-talu.

Juwita masih mendiamkan diri.

"Haris ada buat tak elok dekat Juwita ke tadi?" Suara Datin Masnah sudah kedengaran marah.

Juwita mengesat air matanya apabila mendengar pertanyaan Datin Masnah. Dia melangkah ke arah pintu bilik tetapi masih tidak dibuka.

"Haris tak ada buat apa-apa," ujar Juwita sambil cuba mengawal suaranya yang sudah serak. "Sorry ibu, but I just want to be alone..."

Datin Masnah terdiam di sebalik pintu. Dia mengeluh lemah. "Okay... but I still need to know what happened to you. I'll come back later."

Juwita tidak kembali ke katil malah terus masuk ke dalam bilik air. Pancuran air dibuka dan dia duduk sambil memeluk lutut di bawah pancuran air yang turun dengan laju, selaju air matanya juga.

***

Haris meraup wajahnya berulang kali untuk menghilangkan rasa mengantuk yang mula bertandang. Penat, sangat penat. Penat bekerja dan penat memikirkan tentang Juwita. Sudah berminggu-minggu dia tidak berjumpa dengan Juwita semenjak di Toowoomba dulu. Pernah juga dia cuba menghubungi Juwita untuk tahu perkara yang sebenar, tetapi gadis itu langsung tidak menjawab panggilannya.

Kalau dah tak nak berterus terang tu, maknanya mesti ada sesuatulah kan? Kalau tak, kenapa payah sangat dia nak terangkan dekat aku? Dia lagi sanggup biarkan aku fikir macam-macam tentang dia berbanding berterus terang dengan aku?

Salahkah pandangan aku pada Juwita selama ni? Adakah Juwita tidak seperti yang aku sangkakan?

Haris mengeluh berat. Dia pantas bersiap-siap untuk pulang ke rumah setelah tamat shift bekerja hampir 16 jam. Ketika sedang berkemas, dia terdengar suara Aina yang kelam-kabut di hadapan biliknya. Segera Haris keluar dari biliknya untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia lihat Aina masih berada di hadapan biliknya sambil bercakap di dalam telefon. Muka gadis itu kelihatan resah sahaja.

"Auntie tahu tak berapa biji Juwita telan ubat tu?" tanya Aina resah. Berkerut-kerut dahinya.

Haris terkedu apabila nama itu yang timbul di bibir Aina.

"It's okay, auntie. It's okay. Auntie jangan panik. She's going to be okay. Ambulan dah dalam perjalanan." ujar Aina lagi. "Auntie tenang, relaks... Jangan risau, saya turun ke bahagian emergency sekarang." Talian dimatikan.

"Why? What happened?" Pantas Haris bertanya saat talian sudah dimatikan.

"Juwita collapsed dekat sekolah tadi."

Terkejut Haris mendengarnya. Pantas dia dan Aina melangkah menuju ke arah lif untuk ke bahagian kecemasan. Ketika itu kelihatan ambulan sudah berada di ruang kecemasan. Pintu belakang ambulan dibuka dan beberapa orang jururawat menarik keluar stretcher dari dalam ambulan.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now