[Gif: Muka kesian Juwita ;) ]
***
Juwita duduk di tempatnya sambil menanda buku sementara menanti anak-anak muridnya menyiapkan karangan yang perlu dihantar hari ini juga. Kadang-kadang matanya melilau-lilau seperti helang melihat jikalau ada pelajar yang cuba mengelat daripada melakukan tugasan yang diberi.
"Teacher... Tak ada idea nak tulis essay la tengah hari macam ni. Otak tepu, penat." Seorang pelajar bernama Meor memberanikan diri untuk bersuara.
"Betul tu teacher... Rasa tensed sangat ni. Dah la tadi subjek additional mathematics!" Sokong seorang lagi pelajar lelaki di belakang.
"Betul...!!!" Yang lain turut bersuara serentak.
"Teacher, essay ni hantar esok pagilah..."
Haa... mulalah tu dia orang nak buat pakatan murni bersama! Biasaaaa budak-budak ni!
Juwita mengetao bibir. Dia meletakkan pen merah di tangan ke atas meja. "Mana boleh macam tu... Saya bagi awak semua dua period untuk siapkan. Satu jam dua puluh minit tu! Lebih daripada cukup tau! Dalam exam awak semua ada masa satu jam je untuk bahagian ni!"
"Alah teacher... bukannya selalu," ujar Meor lagi sambil tersengih. "Kita orang tengah stress la teacher... Exam pun nak dekat. Asyik kena torture je. Boleh la eh teacher..."
Juwita menjeling. Sengajalah tu nak pujuk-pujuk konon! "Okay, I'll let you guys pass this time."
Seluruh kelas sudah mula mahu bersorak.
"Tapi..." Tambah Juwita tiba-tiba. "Tambah satu lagi kerja!"
Kedengaran pula mereka mengeluh berat seperti tidak puas hati.
"Saya tambah sikit je... Buat buku kerja muka surat 26 dan 27. Termasuk dengan soalan summary sekali!"
Para pelajarnya kelihatan sedikit lega kerana kerja yang ditambah bukannya banyak sangat pun. Masing-masing kini mula mengemas beg sekolah dan bersedia untuk pulang.
"Ehhh... jangan nak mengada-ngada kemas beg! We still have five more minutes!" ujar Juwita apabila melihat anak-anak muridnya seperti bersedia untuk pulang.
"Alah teacher... masa kitorang kemas beg nanti lima minit pun berlalu..." ujar Azman dengan tawa.
Juwita menggelengkan kepala. Inilah susahnya bercakap dengan budak-budak lelaki. Nak ikut kepala dia je! Apalah nasib aku first posting dapat sekolah semua lelaki macam ni...
Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan masa persekolahan tamat, berpusu-pusu semuanya keluar dari kelas setelah mengucapkan selamat. Juwita turut mengemas barangannya. Tangannya terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Nama Aina tertera di atas skrin.
"Hello, assalamualaikum Cikgu Juwita Natalia..." Aina bersuara lembut seperti gedik-gedik manja pun ada.
"Waalaikumussalam Doktor Nurul Aina..." jawab Juwita dengan lenggok yang sama. "Kenapa call aku buat suara manja-manja ni? Nak cari pasal ke? Tak ada kerja?"
Terkekeh-kekeh Aina ketawa di hujung talian. "Ala... nak manja sikit pun tak boleh!" ujar Aina. "Aku memang tak ada kerja ni. Jom lunch sesama nak? Lama rasanya tak jumpa kau!"
Juwita melihat jam di tangannya. Baru pukul 2 petang. "Bolehlah... tapi kau belanja!" usik Juwita.
"Itu bisa diatur..."
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomanceCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...