BAB 26

19.1K 993 98
                                    

"Get some ice for me," ujar Haris kepada adiknya. Dia mencampakkan kunci kereta kepada Hanis dan Hanis terus menyambutnya. "Lepas tu ambilkan bandage yang along letak dalam kotak dekat bonet belakang. Dah sampai nanti parking kereta dekat sini."

Hanis mengangguk faham dan terus melangkah laju meninggalkan mereka.

Haris membuka stoking kaki Juwita perlahan-lahan agar dia tidak menyakiti gadis itu. Sebaik sahaja stoking itu dibuka, jelas kelihatan pergelangan kakinya sudah membengkak.

"Arghhh sakit!!!" jerit Juwita apabila lelaki itu memegang buku lali dan pergelangan kakinya. Nasib baik refleksnya tidak menendang wajah Haris. Kalau tidak, naya sahaja wajah kacak itu terkena tendangannya. "Sakitlah Abang Haris!!!" jerit Juwita geram. Mencerlung matanya memandang Haris.

"Memanglah sakit, kaki ni dah bengkak..." ujar Haris tenang. Dia membuka penutup spray dan disemburkan ke pergelangan kaki Juwita.

Terasa nyaman sedikit kakinya apabila terkena semburan yang sangat sejuk itu. Haris meneliti lagi kaki Juwita.

"Nampak teruk jugak ni... mungkin ada tulang yang retak atau patah. Ataupun mungkin ligamen terkoyak."

Mata Juwita membulat. "Teruk sangat ke?" tanya Juwita seperti tidak percaya.

"Boleh jalan tak?"

Juwita menggeleng perlahan.

"I need to examine you further. Abang kena bawa Lia pergi klinik untuk buat x-ray."

Tidak lama kemudian Hanis datang kembali ke tempat mereka dengan membawa sebungkus ais yang dibeli di kedai mamak di hujung simpang, tempat mereka makan pagi tadi. Di sebelah lagi tangannya pula memegang bandage yang dipesan oleh alongnya.

Tanpa membuka pek ais tersebut, Haris terus menuam kaki Juwita. Juwita menyerigai sakit apabila ais yang teramat sejuk itu menyentuh kakinya yang bengkak. Haris meneruskan tuamannya sehingga 10 minit, sebelum dia mengalihkan pek ais itu dari kaki Juwita.

Bungkusan bandage dibuka dan Haris mula membalut pergelangan kaki Juwita yang membengkak dengan berhati-hati. Balutannya tidak terlalu ketat agar Juwita selesa.

Haris berdiri semula selepas lama melutut di hadapan Juwita. Ketika itu semua guru yang tadinya berkumpul sudah kembali menjalankan tugas agar murid-murid tidak berkeliaran dan untuk meneruskan latihan sukan. Jadi tinggal Juwita, Haris dan adiknya sahaja di situ.

"Abang nak kena bawa Lia pergi klinik, tapi Lia tak boleh nak berdiri pun..." gumam Haris perlahan. Kemudian dia memandang Juwita. "Abang nak minta izin dukung Lia, boleh?"

Membulat mata Juwita mendengarnya lalu dia menggeleng laju. "Tak nak! Mana boleh dukung-dukung!" Mukanya sudah merah, malu memikirkan jika Haris perlu mengkendongnya nanti.

"Abang bukannya nak buat apa-apa pun. I just want to get you into the car as soon as possible."

"Tak nak! Tak nak! Tak nak!" bentak Juwita dengan degil.

"Habis tu, nak abang buat macam mana lagi?" tanya Haris separuh geram. Hampir gila juga hendak melayan perangai Juwita ni!

Sudahlah aku penat mengendap dia kat bawah pokok tepi pagar tu dari tadi! Tak boleh ke nak appreciate sikit?

"Papah je tak boleh ke? Tak payahlah sampai nak dukung," ujar Juwita memberi cadangan.

"Fine, we do it your way." Haris malas lagi mahu berbalah, jadi dia ikutkan sahaja cadangan Juwita.

Perlahan-lahan Juwita cuba bangun dengan bantuan Hanis dan Haris. Dia menyangkutkan tangan kirinya pada bahu Hanis manakala tangan kanan pada bahu Haris. Ketinggian Haris yang memang sungguh berbeza daripadanya membuatkan Juwita sedikit sukar untuk memaut bahu lelaki itu. Tangan kiri Haris pula kejap memaut pinggang Juwita agar gadis itu dapat berdiri dengan stabil. Juwita rasa tidak selesa, tetapi dia tiada daya untuk menepis tangan Haris di pinggangnya.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now