Perlahan-lahan Juwita menutup semula pintu bilik Khal tanpa sesiapa pun di dalam bilik itu sedar akan kehadirannya. Bibir Juwita menguntum senyuman.
Dari tadi dia dapat melihat dan mendengar perbualan antara Khal dan jururawat yang tidak dikenalinya itu. Selama dia mengenali Khal, mana pernah Khal berkelakuan seperti itu. Merajuk? Jauh sekali!
Tetapi dengan jururawat cantik itu, seperti mengada-ngada pula perangai Khal. Minta disuap bagai! Ooo... melampau ye!
Cehh, ingat Ju tak perasan ke Abang Khal?
Niat di hati ingin melawat Khal di hospital setelah beberapa hari tidak bersua muka dengan lelaki itu. Tetapi apabila dia membuka pintu bilik Khal, dia ternampak Khal sedang meminta maaf kepada jururawat yang disebut sebagai Ika itu. Setelah melihat Khal yang tidak habis-habis menyuruh jururawat itu menyuapnya makan, akhirnya jururawat itu mengalah juga. Juwita lihat Khal senang dengan tindakan jururawat itu, membuatkan Juwita berasa bahawa dia tidak perlu mengganggu Khal dengan jururawat itu.
Mana tahu... mungkin Ika itulah jodoh Khal? Siapa tahu, kan? Kalau Ika boleh buat Abang Khal happy, apa salahnya!
Sebab memang jelas aku tak boleh buat Abang Khal happy.
"Eh? Nak balik dah, cik? Tadi kata nak melawat Encik Khal." Seorang jururawat bertanya kepada Juwita apabila mereka bertembung ketika Juwita ingin melangkah ke lif.
"Tak jadi... Encik Khal tengah 'sibuk' sikit jadi saya tak naklah kacau," ujarnya sambil tersengih. "Petang sikit saya datang balik."
Jururawat itu hanya membalas dengan senyuman. Sampai di hadapan lif, Juwita menekan butang bawah. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka.
Belum sempat Juwita melangkah masuk, dia tercengang melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di sudut lif itu. Lelaki itu turut terkejut melihat Juwita.
"Ehh, abang???"
"Lia?"
Pintu lif mulai ingin tertutup semula, tetapi pantas Haris menekan butang lif semula agar ia terbuka. Tanpa berlengah lagi, Juwita terus melangkah masuk ke dalam lif itu sebelum ia tertutup semula. Butang berhuruf G sudahpun bernyala, menandakan yang Haris turut mahu turun ke tingkat yang paling bawah sekali.
"Lia buat apa dekat sini?" tanya Haris dan melangkah ke depan sedikit untuk berdiri di sebelah Juwita.
"Abang yang buat apa dekat sini?" Juwita turut bertanyakan soalan yang sama.
Haris tergelak kecil. "Eh, tanya abang pulak? Abang kan doktor, jadi tempat-tempat yang macam ni dah jadi makanan abanglah."
"Tahulah... tapi ini bukan tempat kerja abang, kan?"
"Abang jumpa kawan abang kat bahagian surgery tadi," jawab Haris dengan senyuman. Gembira betul dia dapat bertembung dengan Juwita pagi ini. Macam berjodoh pula! "Lia pulak? What are you doing here?"
Pintu lif terbuka apabila mereka sudah sampai ke tingkat bawah. Haris dan Juwita berjalan beriringan keluar dari perut lif itu.
"Ingat nak melawat Abang Khal tadi, tapi tak jadilah. Petang nanti Lia datang lagi."
"Khal? Dia sakit ke?"
Juwita mengangguk. "Hari tu dia accident, tapi takdelah cedera parah. Patah tangan dengan kaki."
"Ye ke... jomlah, kita pergi sekali. Boleh abang melawat dia sama." Haris memberi cadangan. Ketika ini tak ada langsung perasaan cemburu terhadap Khal. Yelah, orang tengah sakit kita nak cemburu apa? Takkanlah sebab Juwita nak melawat Khal pun nak cemburu? Mengarut sungguh!
YOU ARE READING
Tanya Sama Hati ☑
RomanceCikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kal...