BAB 3
ETHAN melihat Adam yang tergolek disebelah tempat tidurnya. Tanpa berpakaian. Ethan tersenyum senget mengingati peristiwa tadi. Bahu Adam yang terdedah dielusnya lembut. Adam merengek-rengek kecil didalam tidurnya. Ethan menolak selimut yang membaluti tubuhnya dan melompat turun dari katil. Tidak lupa juga tuala dicapai dan dililit pada pinggangnya.
Langsir yang menutupi jendela kamar diselak. Cahaya matahari berlumba-lumba ingin masuk menerangi kamar itu. Pintu gelongsor yang menghubungkan bilik itu dengan beranda dibuka Ethan. Tenang sekali udara pada pagi itu. Santai Ethan bersandar pada beranda. Sesekali figura Adam yang terbongkang tidur dikerlingnya.
Adam Naqiu. Sesungguhnya hari seorang Ethan tidak akan sempurna tanpa Adamnya. Ethan membentuk senyuman indah dibibir merahnya. Bahagia, itu yang dia rasa saat ini.
"Sayang, apa yang you buat dekat luar ni? Sampai hati you tinggalkan I seorang dekat dalam. Kalau I kena culik macam mana?" Adam melingkarkan tangannya pada pinggang Ethan. Ethan ketawa kecil.
"Takde siapa nak culik youlah baby. I akan benam kepala orang tu dalam lubang jamban kalau dia berani culik you." Ethan memusingkan badannya agar berhadapan dengan Adam. Pipi Adam diusap penuh kasih.
"Memandangkan harini I happy sangat. I nak belanja you candle light dinner malam ni. Tapi sebelum tu, I nak ke pasar cari bahan untuk memasak. You tunggu dekat rumah tau. And satu lagi, jangan mengorat Bik Surti pulak bila I takde nanti. Dia datang sini tolong I kemaskan rumah tiga kali seminggu." Ethan bergerak masuk ke kamar mandi meninggalkan Adam keseorangan dibelakang.
"Sayang tunggulah dulu. I nak mandi sekali." Adam turut memuatkan dirinya didalam kamar mandi itu bersama Ethan. Ethan tertawa besar. "Kalau mandi sekali, you kena sabunkan badan I," giat Ethan nakal. Tubuh Adam direnungnya atas bawah dengan pandangan yang tidak bisa dimengertikan.
Tangan Adam naik menutup dadanya yang terdedah. Ethan ketawa lepas. Berlagak suci pula Adam ni. Macamlah dia tidak pernah tengok Adam tanpa seurat benang pun membaluti tubuh sebelum ini. Kerap. Sangat kerap.
Ethan sengaja mengacah Adam. Tuala dipinggang Adam ingin dipegang Ethan. Dengan sekali rentapan saja, tuala itu boleh terurai jatuh. Pantas Adam menepis tangan Ethan. Bukan boleh kira Ethan ni. Nakal tak bertempat.
Tawa Ethan meletus kuat. "Macamlah I tak pernah nampak."
"Naughtylah you ni sayang. Siapa ajar ha?"
"You." Terbahak-bahak Ethan ketawa. Merah muka putihnya kerana terlampau banyak ketawa. Kalau dengan Adam saja dia mampu untuk tertawa sebegini. Ethan bukanlah seorang yang mesra alam sangat sampai pokok limau bali belakang rumah jiran Nenek Rogayah pun nak ditegurnya. Dia hanya boleh masuk bila bersama dengan orang-orang yang tertentu.
"Dahlah, I nak cepat ke pasar ni. Jom jelah mandi sekali." Ethan merentap Adam kedalam. Air pancuran dipasang dan dibiar membasahi tubuh kedua-dua jejaka itu. Sesekali kedengaran tawa mereka berdua.
ETHAN menyarungkan baju T ke tubuh sasanya. Sengaja dia memilih baju yang lebih santai kerana dia mahu pergi ke pasar. Tuala yang melilit pinggangnya dijatuhkan lalu terus pantas memakai seluar pendek paras lutut. Adam bukan boleh melihat Ethan dalam keadaan seksi. Nanti lain jadinya. Bukan ke pasar tapi ke syurga.
Ethan menilik dirinya di cermin buat kali terakhir. Minyak wangi disembur ketubuh. Rambutnya juga disisir supaya rapi. Kunci kereta segera dicapai sebelum keluar dari bilik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...