BAB 25

10.1K 345 18
                                        

TERSENGIH saja Ethan dan Hannah mendengar leteran opah. Memang padan kena leter pun. Ada ke pergi terjun 'pembuang' tu. Geng dengan budak sekolah menengah pulak tu. Tak padan dengan awak tu dah tua.

Yang penting, Ethan dapat tahu yang 'pembuang' tulah Sungai Manik, anak sungai Sungai Bidor. Dulu dijadikan jalan pengangkutan. Hebat.

"Petang ni opah nak pergi rumah mak cik Rosnah kamu. Anak dia si Junaidah tu nak kahwin. Kamu berdua ikut sekali tak?" soal opah setelah marahnya reda. Marah opah ni sekejap je, macam hujan lalu.

"Ikut, ikut." Laju saja kepala Hannah dan Ethan mengangguk. Dah macam burung belatuk saja gayanya. Ni mesti kes takut kena bebel lagi sebab tu laju saja mulut setuju.

"Jangan buat perangai kanak-kanak ribena kamu berdua pulak dekat situ," pesan opah sebelum hilang masuk kedalam rumah. Pening kepala dia dapat cucu dengan cucu menantu macam hantu ni. Budak lima tahun pun kalah dengan mereka berdua ni. Haih.

"Kaulah ni." Hannah mempersalahkan Ethan. Membulat mata beriris biru itu. Dia yang mulakan dulu, kita pulak yang kena. Ni memang tidak adil.

"I pulak. You yang terjun dulu." Panjang muncung Ethan. Hannah mencebik. Dua-dua salah yang sebenarnya. Yang seorang laju saja terjun, yang seorang lagi laju saja nak mengikut. Laju sangat dua-duanya. Padan pun jadi suami isteri. Pinang dibelah dua pun tak macam Hannah dan Ethan.

"Masuk!"

Menikus Hannah dan Ethan, berdesup masuk kedalam rumah. Dua helai tuala sudah siap tersedia buat mereka. Ni mesti kerja opah. Takut Ethan dengan Hannah basahkan rumah dialah ni.

Pintu bilik air direnung. Siapa yang nak masuk dulu ni? Hannah ke Ethan?

"I masuk dulu tau," ujar Ethan selamba sebelum kolar bajunya ditarik Hannah. Terkebelakang Ethan dibuatnya. Tajam Hannah yang membuat poker face direnung. Apa masalah minah ni?

"Aku masuk dulu."

"Eh, I lah dulu. I kan suami."

"No. Aku dulu. Ladies first."

"I."

"Aku."

"I."

"Aku."

"Masuk berdua sekali tak boleh ke?" Opah menyampuk setelah bosan melihat pertelingkahan suami isteri itu. Sampai esok bagi pun tak habisnya isu-siapa-patut-masuk-bilik-air-dulu tu.

Baik Hannah atau Ethan, kedua-duanya tersentak maha hebat. Mandi sekali? Hannah tentu saja malu. Wajahnya sudah memerah. Ethan selamba saja sebenarnya. Dia biasa saja mandi sekali dengan Adam. Tapi tu Adam, lelaki. Ni Hannah, perempuan.

Ada beza ke?

"Okey jugak tu opah. Jom masuk sekali dengan I." Tanpa sempat Hannah bersuara, Ethan sudah menarik tangannya masuk kedalam bilik mandi. Hannah hanya menurut bagai dipukau.

Selang beberapa saat.

"Ethan Harraz!"

Opah tersengih-sengih saja diluar sebaik mendengar suara Hannah menjerit dan ketawa Ethan bercampur. Baru sedarlah tu. Berangan lagi, siapa suruh. Cepatlah dia dapat cicit kalau begini caranya. Hehehe.

MASAM saja muka Hannah. Langsung Ethan tidak ditegurnya. Nak kata marah, tak rasanya. Lebih kepada malu. Gila tak malu. Seumur hidup tak pernah lagi Hannah mandi dalam bilik air yang sama dengan lelaki. Bersama. Mahu gila Hannah rasanya.

Dia, Limited Edition! [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang