BAB 30

10.6K 379 52
                                        

SEBAB dah berjanji dengan Meon dari minggu lepas lagi, terpaksalah Hannah dan Ethan membawa dua beradik itu ke taman. Hannah baru bercadang nak menghabiskan hujung minggunya bermalasan dikatil. Awal pagi macam ni dah pergi taman

Hannah pimpin tangan Adura atau juga dikenali sebagai Doraemon yang terkedek-kedek berjalan. Hannah kadangkala pelik juga dengan kak Jie. Kenapalah nama gelaran anak-anaknya unik-unik belaka. Dari Syed Mukhriz boleh jadi Meon. Yang adik elok nama Sharifah Adura dipanggil Doraemon.

Semangat sangat Doraemon sekarang ni. Pipi pun dah makin labuh, paha berlapis tapi tetap nampak comel dengan gigi yang tak berapa sempurna lagi tu.

Tidak jauh dari tempat Hannah berdiri, Ethan sedang dikejar oleh Meon dengan pistol airnya. Seronok sekali dua orang tu berlari-lari ditengah panas. Tanpa sedar, bibir Hannah merekah sendiri membentuk senyuman.

Agaknya seperti itulah Ethan jika mereka mempunyai anak sendiri. Ethan yang penyayang dan kadangkala romantis sampai menggigil kaki Hannah. Ada masanya juga seperti terendam dalam larutan Kalsium Karbonat, sengal. Bila tiba angin kus kus Ethan datang, menikus juga Hannah.

Tapi sisi yang langsung tak pernah terfikir oleh Hannah, Ethan sukakan budak kecil.

Tapi bolehkah mereka mempunyai zuriat sendiri jika Ethan itu... Gay? InshaAllah boleh. Bukan ke Ethan sedang bertatih untuk berubah.

"Huh, penat. Meon, abang tak nak main dah." Ethan mengah. Hannah tanpa dipinta menghulur air mineral yang sengaja dibelinya tadi. Kocek diseluk, sapu tangan berwarna biru lembut dikeluarkan. Akal tidak memberi arahan tapi hati Hannah terdorong untuk mengelap peluh didahi Ethan.

Ethan pegang tangan Hannah dan mata mereka pun bersabung.

"Terima kasih."

Hannah hanya senyum mengangguk.

Ethan melepaskan tangan Hannah dan membuka botol air mineral itu. Diteguk rakus.

"Alah abang ni, tak fit-lah. Kurang stamina. Badan lemah. Otot..."

"Dah-dah, tak payah nak mengutuk abang ya." Segera Ethan menahan Meon dari terus bercakap. Mulutnya ditekap dengan tangan besar Ethan. Hanya bunyi sumbang saja yang keluar. Adura melihat abangnya dibuli, bertepuk tangan suka.

"Kak Na.."

"Cop. Kenapa panggil Na?" soal Ethan polos dengan mukanya sesuci kasih ibu. Haha.

"Adlina, Na sempena nama belakang saya," terang Hannah.

"Kenapa?" soal Hannah pula dengan kening kanannya terjongget tinggi.

"Ooh, kalau macam tu Meon panggil abang, abang Az." Ethan sengih-sengih.

"Kenapa Az?"

"Sempena nama belakang I, Harraz. Az." Tenang Ethan menjawab sambil mengacau Doraemon yang membelakangi Hannah. Tak semena muka Hannah bertukar warna merah, malu.

Ethan menoleh. "Sweet tak?" Tayang gigi lalu mengangkat tubuh berat Adura. Tak menunggu jawapan dari Hannah, Ethan berlalu dengan Doraemon didukungannya. Meon pula terkedek-kedek mengekor.

Hannah sengih seakan kerang busuk mendapat minyak wangi. Suka benar dia. Hailah, sweetnya kau Ethan.

HANNAH garu kepala. Barang basah semua dah habis. Dia nak masak apa tengah hari ni? Tadi seronok sangat pergi taman dengan Meon dan Doraemon sampai lupa yang dia belum masak lagi.

Huh!

Hannah mengeluh.

"Mengeluh kenapa?" soal Ethan selamba membuka peti ais dan mengeluarkan jus anggur lalu dituang kedalam gelas. "Barang masak habis," beritahu Hannah lalu menarik kerusi untuk duduk.

Dia, Limited Edition! [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang