Manchester Airport~
HANNAH meregang-regangkan uratnya. Beg berodanya ditarik. Menguntum senyum dibibir Hannah. Tunggulah Ethan, dia akan cari Ethan walau dimana pun. Manchester taklah kecil mana dan taklah luas mana untuk Hannah jelajah. Tanpa ada sebarang klu pun Hannah datang ke Manchester mahu mencari Ethan.
Nampak tak pengorbanan seorang isteri. Baju sejuk ditarik rapat ketubuh. Nasib baik Hannah ingat dekat Manchester sekarang tengah musim sejuk.
"Bie, Hannah datang nak cari bie ni. Manchester, please be kind with me." Hannah memejam mata sambil menggenggam tangannya. Merasa angin dingin musim sejuk disini menampar kulit wajahnya.
Serius wajah Hannah. Apa benda ni? Dia rasa diperhatikan. Dari hari Ethan keluar rumah hari tu lagi Hannah rasa seakan diperhatikan. Fikirnya mungkin dia berkhayal.
Dirumah mungkin berkhayal. Di KLIA mungkin dia berdelusi. Tapi takkanlah sampai ke Manchester Airport ni Hannah masih didalam dunia khayalannya. Ni bukannya sekadar tak sedap hati saja ni. Ni mesti ada yang tak kena. Dia pernah jadi pengintiplah. Dia tahu cara dan rasanya.
Hannah toleh belakang sedikit dan pantas memandang kedepan semula. Ada tiga orang lelaki bersuit hitam. Berkaca mata hitam. Segalanya hitam. Mungkin brief boxer pun hitam. Macam men in black pulak dah.
Entah-entah mereka ni... Ejen rahsia kerajaan Malaysia yang menyiasat segala kes dalam dan luar negara. Mereka digelar D' Pearl. Macam nama produk kecantikan pula kan. Hahaha.
We'sT merupakan musuh utama D' Pearl. Mereka pernah bertembung secara besar-besaran tidak lama dahulu. Banyak pertumpahan darah berlaku.
Macam mana Hannah tahu?
Mestilah sebab dia ada dekat situ sekali.
Hannah berjalan selamba seakan tiada yang mengekorinya. Stay cool Hannah. Buat macam tak nampak.
Bila Hannah sudah mula berjalan, mereka juga turut mengekor. Hannah toleh kebelakang. Ketiga-tiga tengok tempat lain sambil bersiul dengan tangan diseluk kedalam seluar. Peh baik punya cover.
Hannah pandang depan balik dan toleh kebelakang sepantas kilat. Mereka tidak sempat nak buat apa. Yang seorang menyorok belakang tiang. Yang seorang lagi sorok muka dengan surat khabar terbalik. Tinggallah yang seorang lagi terkontang-kanting tak tahu nak menyorok dekat mana. Berdiri tegak macam tugu negara.
Hannah mengeluh. Entah apalah yang D' Pearl nak dengan dirinya. Mereka tahu identitinya yang sebenar? Lantak situlah. Bukannya dia ahli We'st lagipun. Kenyataannya dah lapan tahun Hannah tinggalkan We'sT. Buat apa dia menjadi ahli kumpulan kongsi gelap yang membunuh sahabatnya. Mereka kejam. Mereka bermain dengan darah dan air mata. Dengan darah, mereka ingin melihat air mata gugur. Saat air mata gugur, mereka akan bersorak kemenangan.
Binatang saja lebih elok berbanding mereka. Mereka ini syaitan!
"Mereka nak apa ni?" Hannah memberhentikan langkahnya dan berpatah balik menghampiri tiga orang jejaka yang tidak habis mengekorinya. Nak jadi pengintip tapi skill mengintip fail.
Ni ha meh belajar dengan akak Hannah cara nak jadi pengintip terunggul.
Tanpa mempedulikan tiga pasang mata yang membulat Hannah berdehem. Taknak orang tahu, tapi buat orang makin curious. Haih.
"Nak apa adik bertiga ni intip akak ya?" soal Hannah selamba badak dia dalam Bahasa Melayu. Alah biarlah. Bahasa jiwa bangsa. Lagi pulak muka masing-masing muka Melayu tulen. Mesti Melayu ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Limited Edition! [C]
RomanceDIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran i...