BAB 31

9.7K 342 62
                                    

TERSENGGUK-SENGGUK Hannah, mengantuk didalam kereta. Sudahlah dari mereka memulakan perjalanan, Ethan langsung tidak memasang radio. Sunyi gila. Rasa macam lalu kawasan perkuburan setiap saat. Ethan pula fokus pada jalan raya. Tak ke naya kalau accident tak tentu pasal nanti.

Hannah membuang pandang keluar tingkap. Seperti biasa, hanya pemandangan menghijau. Sudah kerap sangat lalu hingga hilang rasa menariknya. Mentol tiba-tiba menyala dikepala Hannah.

"Bie, nanti kalau dah sampai Teluk Intan kita naik Menara Condong ya," cadang Hannah. Lepas meeting bolahlah curi masa sedikit. Lama rasanya Hannah tak naik Menara Condong. Last masa sekolah menengah dulu rasanya. Ethan tentu saja tak pernah naik.

"Menara Condong? Wah, I dah lama teringin nak naik. Masa kecik-kecik dulu, ucu suka ajak pergi sini tapi mama dengan papa busy sangat sampai ke harini kami tak pernah pergi."

"Kesian ucu. Nanti kalau kita balik rumah opah, kita ajak dia sekali."

Ethan cuma mengiyakan saja. Untuk Hannah semua boleh katanya.

Saljjak gireojin meori jom yawin geot gata,

Geokjeongeorin nae mari neoegen jansori,

Nae taip anya neul pinjan jujiman,

Hangsang nae nunsogen neul neo ppunya.

Baboya molla jeongmal molla,

Neoman ppaego da ara molla,

Deo yeppeojijima buranhae jineun na neo jiguemboda johajilkka bwa,

Neoman boyeo neoman deullyeo.

Deoneun umjigil su eopseulmankeum,

Niga joha wae ajikdo molla,

Neol boneun nae nuni mal hajanha,

Baboya molla.

Tersenyum saja Ethan mendengar suara Hannah. Boleh tahanlah. Walaupun Ethan tak layan k-pop, tapi dia tahu tu lagu Korea. Tahu pula Hannah menyanyi lagu Korea. Ni mesti sejak layan Eric yang hantu k-pop tu.

Hannah memejamkan matanya buat seketika. Kalaulah Ethan tahu apa erti lagu yang dinyanyikannya ini...

Tapi tu cuma kalau Ethan faham bahasa Korea. Jangan mimpilah Hannah. Rasa hati kau ni takkan berbalas sampai bila-bila.

Melihat mood Hannah yang tiba-tiba saja berubah, mengundang 1001 persoalan pada Ethan. Dia ada buat salah ke? Jarang sekali Hannah akan menunjukkan riak wajah sebegitu.

SELESAI sudah perbincangan dengan Syarikat Jayamas Holding. Geram saja hati Ethan dibuatnya. Wakil Jayamas tidak habis-habis nak pandang Hannah. Tahulah Hannah cantik hari ini dengan baju kurung berwarna hijau sedondon dengan kemejanya.

Tidak tahukah Hannah ini isterinya? Hak miliknya seorang saja.

"Encik nak lunch sekali dengan kami?" soal Fuad, project manager syarikat Jayamas. Nilah orangnya yang tak habis-habis menggatal. Miang kenyit mata dekat Hannah. Tapi yang mengejutkan, Hannah tayang penumbuknya. Hampir saja tawa Ethan meletus disitu, tapi ditahan.

Pantas saja Hannah beredar dari situ. Malas dia nak menatap muka gatal Fuad tu. Kalau lama-lama mahu penumbuknya melayang pada muka tak tahu malu Fuad.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now