BAB 7

8.9K 308 26
                                    

BAB 7

"KNIGHT in shining armor?"

Hannah ketawa berdekah-dekah. Terasa sihat pula tubuhnya membaca nota ini. Orang gila mana yang tulis nota ni? Tertinggal otaknya dekat luar wad ke apa? Buat lawak jenaka pula malam-malam buta ni. Hannah menepuk dahi, teringat sesuatu. Sofea!

Dengan memakai pakaian hospital, Hannah berjalan masuk kedalam wad yang menempatkan Sofea. Hannah adalah satu-satunya keluarga yang dimiliki Sofea. Orang tua Sofea terlibat didalam sebuah kemalangan ngeri ketika Sofea dibangku sekolah menengah. Setelah habis sekolah menengah, Sofea dan Hannah sama-sama menyambung pelajaran dalam bidang civil enginering namun Sofea mengambil keputusan untuk menjadi penulis novel sepenuh masa. Membiarkan ijazahnya berhabuk didalam almari.

"Fea, tolonglah sedar. Maafkan aku, kalau aku tahu nak jadi macam ni... ." Hannah tunduk mengira jari kakinya. Manalah tahu tambah satu lagi masa dia pengsan tadi.

"Cik Hannah buat apa dekat sini? Boleh cik tolong keluar sekejap. Kami nak buat pemeriksaan dekat cik Sofea," arah seorang doktor wanita yang dikira berusia awal 40an. Tanpa bercakap panjang, Hannah berjalan keluar dari wad itu, meninggalkan doktor itu membuat kerjanya. Lemah Hannah mengatur langkah menuju ke wadnya semula.

ETHAN merenung kelangit. Indah sekali malam ini. Cantik saja bintang-bintang bertaburan didada langit. Berkilau-kilauan. Terasa ada satu tangan asing melingkar pada pinggang Ethan. Tangan yang elok terletak pada perutnya dipegang dan dibawa kedada. "You cuba rasa degupan jantung I. Lajukan? Jantung I cuma akan berdegup sebegini laju kalau ada dengan you." Ethan menoleh kebelakang mencari wajah orang yang dicintainya.

"Tapi, kita mungkin akan terpisah. Hujung minggu ni you dah nak bertunang," ujar Ethan lirih. Hari esoknya segelap kepekatan malam ini. Tiada matahari yang menerangi hari, tiada lagi lilin yang membakar diri.

"I rela mati dari kena kahwin dengan perempuan tu," tegas Adam. Tangannya mengelus lembut pipi Ethan. "Percayalah, tiada apa yang dapat pisahkan kita berdua. Hatta dunia ni kiamat pun kita berdua tetap akan bersama ya baby." Tubuh tegap Ethan dirangkul Adam erat.

"I tahu you. I tahu." Kedua tubuh itu bersatu didalam kegelapan malam. Segelap hati mereka yang telah kotor tercemar. Yang sudah jauh menyimpang dari jalan yang mendapat keredhaan Allah. Astaghfirullah.

AZIZAH merapikan cadar katil yang diguna Hannah selama sehari dihospital ini. Hari ini Hannah dibenarkan pulang. Langsung tiada Hannah khabarkan kepada ibu bapanya tentang kemasukannya ke wad ini. Tidak mahu mereka risau katanya. Biarkanlah.

"Hannah dah siap ke? Sikit lagi kita boleh balik. Abang Khalil kamu tengah uruskan bil hospital." Hannah yang hanya menunduk dikerling sekilas sebelum Azizah menarik nafas panjang. "Hannah, itu bukan salah Hannah. Tak guna pun salahkan diri sendiri, semuanya dah jadi. Doktor pun kata Sofea okey kan. Dia cuma terlebih sedut asap je. Esok dia sedarlah tu."

"Tak tahulah kak. Na rasa bersalah sangat. Na nak sangat Fea ada masa Na bertunang nanti." 'Walaupun Na sendiri tak rela bertunang dengan anak Datin Amina tu.' Hannah hanya mampu untuk menyambung itu semua didalam hati. Dia masih belum dapat seru untuk menceritakan semua itu pada Azizah. Setakat ini hanya Sofea dan adiknya Hanis sahaja yang tahu tentang perasaannya yang satu ini.

"Sabar ya Hannah." Bahu Hannah ditepuk perlahan. Berat sungguh tanggungjawab yang dipikul Hannah.

"Kak Na, are you ready?"

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now